Kerepek Ubi Kayu

Resipi dalam draf juga.
Ubi kayu yang ditanam oleh anak menantu kakak saya memang menjadi betul buah nya, besar-besar pula tu. Dalam sepohon memang banyak buah nya hingga tak termakan. Disedekahkan kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain. Saya ambil buah yang sederhana besar jer, tak nak ambil buah yang saiz besar. Hari ni nak buat kerepek jer. Boleh buat kudap-kudapan sambil nonton tv.
Kerepek Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.
Ubi kayu yang ditanam oleh anak menantu kakak saya memang menjadi betul buah nya, besar-besar pula tu. Dalam sepohon memang banyak buah nya hingga tak termakan. Disedekahkan kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain. Saya ambil buah yang sederhana besar jer, tak nak ambil buah yang saiz besar. Hari ni nak buat kerepek jer. Boleh buat kudap-kudapan sambil nonton tv.
Cara Memasak
- 1
Kupas kulit ubi kayu dan cuci bersih, belah dan buang urat tengah nya. Bahagi/potong lagi jika saiz nya masih besar. Guna alat pemotong/pemarut untuk memotong nipis ubi kayu.
- 2
Parut/potong hingga habis. Goreng di dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Sentiasa kacau dan balik-balikkan ubi kayu supaya tak melekat di antara satu sama lain. Angkat dan toskan minyak nya. Campurkan dengan garam dan tampi-tampikan biar garam sekata.
- 3
Masukkan ke dalan bekas kedap udara atau boleh dimakan terus.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
#MottainaiUbi kayu rebus masih berbaki di dalam peti sejuk. Sayang pulak nak dibuang. Banyak resipi yang boleh dibuat dengan ubi rebus ni contoh kuih getuk ubi, bebola ubi cheese, kerepek ubi rebus, nugget ubi dan sebagai nya. Cuma tinggal rajin atau malas jer.Hari ni mood kurang rajin, sebab sayang tak nak membazir dan tak nak peti sejuk penuh hingga tak cukup ruang untuk simpan makanan, saya goreng jer. Alhamdulillah licin 😊 Dapur Yusfarisyia -
Kerepek Kulit Ubi Kayu Kerepek Kulit Ubi Kayu
Lama dah nak buat kerepek ubi kayu ni selepas tengok @Sirap_Cheese muatnaik resipi di Cookpad tahun lepas cuma setiap kali beli ubi kayu asyik terlupa nak membuat nya, kulit ubi tu saya terus buang. Mood rajin sikit jadi tercapai juga janji saya pada dik Aznie nak cooksnap resipi nya tu. Memang sedap sangat sekejap je licin 😂 Terima kasih dik Aznie atas inspirasi nya 😘❤️ Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Curah Gula Apong Ubi Kayu Rebus Curah Gula Apong
Ubi kayu ni pemberian dari kakak saya yang nombor dua. Pokok yang ditanam nya sendiri, buah nya memang besar-besar payah nak mencabut nya. Nasib baik ada kudrat anak menantu nya yang tolong cabutkan. 😅Makanan kesukaan arwah bapa saya. Sewaktu kami masih kecil, mak banyak tanam pokok ubi kayu di sekeliling rumah kerajaan khas untuk petugas hospital di Kota Sentosa. Kawasan tanah nya memang cukup luas dan pelbagai pokok sayur dan buah-buahan juga ada ditanam, memang subur sangat. Tak payah nak keluarkan duit untuk membeli sayur-sayuran. Di zaman sekarang ni, harga sayur pun dah semakin naik, ubi kayu pun payah nak jumpa. Dapur Yusfarisyia -
Bingka Ubi Kayu Bingka Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.Ubi kayu pemberian anak saudara, suami dia tanam sendiri. Ambik sepokok jer banyak sungguh buah ubi nya, besar-besar pulak tu. Alhamdulillah rezeki, saya buat jadi kuih bingka untuk dibawa ke rumah mak dapat untuk merasa bersama yang lain. Kongsi-kongsi rezeki. Dapur Yusfarisyia -
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @amirshah19Mak saya memang suka sangat makan sira ubi kayu ni. Kadang tu dia buat sira sukun. Dua-dua pun sedap, memang layan habis di musim hujan begini. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Keladi Goreng Ubi Keladi Goreng
Resipi dalam galeri fon, lama jugak lah terperuk 😅Cooksnap daripada @rohani_1390Saya potong dadu jer ubi keladi tu sebab malas nak celup satu persatu. Campak terus ke dalam adunan tepung dan sudukan ke dalam minyak panas. Sedap sangat sarapan ubi keladi goreng ni pekena pulak kopi o panas. Teringat zaman remaja dulu sewaktu bermalam di rumah kawan kepada kawan sekolah. Suasana rumah kampung, rumah tepi sungai. Nak mandi terpaksa cedok air sungai di tepi titi rumah nya, sejukkk yakmat mandi sebelum subuh dengan air sungai. Waktu solat kami di Sarawak lebih awal berbanding di Semenanjung Malaysia. Nasib baik takde "Si Bujang Senang" mungkin waktu tu Bujang Senang belum ada lagi isteri kot. Nama pun bujang 😆. Tak macam sekarang ni anak pinak dia dah makin banyak membahayakan keselamatan penduduk kampung yang berhampiran dengan sungai. Lepas habis solat dihidangkan tuan rumah sarapan dengan keladi goreng panas dengan kopi o panas. Pokok keladi ditanam sendiri memang sihat membesar, puas makan. Ada menu sarapan yang lain tapi saya asyik layan keladi goreng jer sebab sooo sedappp 😋👍 Dapur Yusfarisyia -
Sambal Kentang Bilis Sambal Kentang Bilis
Resipi dalam draf juga.Menu kegemaran saya dan keluarga di waktu musim tengkujuh. Kenapa musim tengkujuh? Kerana jalanraya kawasan kampung kami juga terlibat dengan banjir. Jadi sukar buat kami untuk ke sana ke sini. Selalu nya stok kentang dan bilis mesti ada di dapur kerana saya penggemar ubi kentang. Sebenar nya menu ni tak payah tunggu musim tengkujuh pun sedap. Yang membuat nya sedap dimakan di musim tengkujuh kerana dapat makan bersama ahli keluarga, dapat berebut-rebut makan, ia lah mana tak berebut-rebut? Kerana tak banyak menu dibuat kerana kehabisan stok. Jadi nya fokus kepada satu atau dua jenis lauk jer. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Kerepek Ubi Kayu Pedas Kerepek Ubi Kayu Pedas
Resipi dalam draf juga.Kegemaran saya dari zaman kecil lagi hingga lah sekarang. Suami dan anak-anak pun suka. Pernah menjadi sumber pendapatan juga ketika saya menjual untuk budak-budak sekolah kerana rumah kami bersebelahan dengan sekolah. Jiran-jiran pun suka juga kadang tak sempat kerana cepat habis. Nak membuat nya ambik masa lah juga tapi cepat habis. Alhamdulillah rezeki buat kami. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
Lebihan ubi kayu yang direbus sebenar nya boleh dibuat pelbagai kuih cuma tinggal rajin atau malas sahaja nak membuat nya. Malam tadi mood sedikit malas 😊 jadi saya gorengkan sahaja. Si dara saya lebih suka ubi goreng daripada ubi rebus. Sambil tengok TV sambil meratah ubi goreng dan pekena kopi/teh/milo panas. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Gula Perang Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Gula Perang
Resipi dalam draf juga.Favourite mak saya kalau dibuat cicah dengan kelapa parut mahu pun dengan gula perang. Bagi anak-anak saya pulak, mereka lebih suka cicah bersama sambal tumis, sambal belacan kering dan ikan masin goreng. Selera masing-masing kan? Kalau tanya saya, saya tak kisah pun, mana-mana boleh, janji dapat dimakan. 🤗 Dapur Yusfarisyia -
Labu Air Tumis Santan Labu Air Tumis Santan
Resipi lama dalam galeri fon.Bila dah asyik petik labu air yang ditanam sendiri, tak tahu nak masak apa dah. Anak-anak memang tak gemar sayur labu air ni. Suami saya suka, saya pulak nak kata suka tu, tak jugak.. Nak kata tak suka pun tak jugak. Tengok jugak lah kekerapan hari memasak sayur labu air ni. Bila dah buah nya menjadi dengan banyak nya hingga tak termakan, sedekah kat jiran-jiran, keluarga sendiri, kawan-kawan pun masih banyak buah nya. Arwah m.i.l bagitau dia hairan tengok kenapa dia tanam tak menjadi buah nya, kawasan tanah rumah m.i.l luas kalau menjadi memang tak tau nak cakap, boleh hantar kat kedai-kedai kot. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Cireng Nasi (Leftover nasi) Cireng Nasi (Leftover nasi)
Resipi dalam draf juga.#mottainaiSayang bila tengok ada lebihan nasi di dalam periuk, baik dimanfaatkan. Terus teringin nak makan cireng nasi. Patut la selalu tengok kat MedSos/SocMed ramai yang buat cireng, rupa nya sedap. Bagi saya ianya sedap dimakan ketika masih panas. Suami pun kata sedap. Sos nya saya tak masak tapi kalau nak masak pun boleh ikut selera masing-masing. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)