Kerabu taugey

Porshia Kelimah
Porshia Kelimah @Ammi_Aufa

Resepi ni Ammi belajar dari arwah mak. Dulu2 time kecik suka makan cenggini. Mudah, cepat dan menyelerakan. Silap hari bulan memang bertambah nasi😆

Kerabu taugey

3 orang bercadang membuatnya

Resepi ni Ammi belajar dari arwah mak. Dulu2 time kecik suka makan cenggini. Mudah, cepat dan menyelerakan. Silap hari bulan memang bertambah nasi😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 min
  1. Taugey dibuang ekornya (ikut suka nk banyak mana)
  2. 3 ulasBawang putih
  3. Belacan satu tunjuk
  4. 7-9 tangkaiCili
  5. Bawang merah 1 ulas (optional)
  6. Segenggamikan bilis
  7. 2-3 bijiLimau kasturi
  8. secukup rasaGaram, ajinomoto dan gula

Cara Memasak

15 min
  1. 1

    Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis, dan belacan

  2. 2

    Selepas itu, letak garam, ajinomoto dan gula. Gaulkan sehingga rata

  3. 3

    Taugey nak celupkan dengan air panas pun boleh, tak celur pun boleh. Kalau ammi, ammi lebih suka meratah mentah sbb lebih ranggup

  4. 4

    Kemudian, letak taugey ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yg telah ditumbuh dan diperasakan.

  5. 5

    Last sekali, perah limau sedikit. Tadaaa. Siap dah kerabu taugey. Boleh terus hidang atau sejukkan dulu bagi bahan tumbuh meresap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Porshia Kelimah
Porshia Kelimah @Ammi_Aufa
pada
Ubahsuai resepi rumit menjadi semudah yang mungkin😆 namun rasa tetap sama✌🏻
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya