Honey Buns I ❤ You

Challenge 20: Honey I Love You🍯 #GlobalApron2024
Untuk tema minggu ini Yani memilih menggunakan bahan seperti: Ayam, Halia, Madu, Mentega dan Paprika.
Pertama kali cuba buat roti tanpa guna gula tapi digantikan dengan madu. Madu juga digunakan untuk inti roti ini. Ok, jom lihat resipi ini. Kalau suka boleh cuba nanti👍😁.
Honey Buns I ❤ You
Challenge 20: Honey I Love You🍯 #GlobalApron2024
Untuk tema minggu ini Yani memilih menggunakan bahan seperti: Ayam, Halia, Madu, Mentega dan Paprika.
Pertama kali cuba buat roti tanpa guna gula tapi digantikan dengan madu. Madu juga digunakan untuk inti roti ini. Ok, jom lihat resipi ini. Kalau suka boleh cuba nanti👍😁.
Cara Memasak
- 1
Bahan untuk inti roti. Anggaran 1 inci halia, 4 ulas bawang putih, 1 mangkuk isi ayam yang dihiris kecil, 1 sudu makan serbuk paprika, 1/2 sudu makan garam, 2 sudu makan kicap soya, 2 sudu makan madu, anggaran 4 sudu makan minyak masak/ minyak zaitun dan 1/2 sudu makan serbuk lada hitam. Yani kisarkan semua bahan ini bersama.
- 2
Kemudian panaskan kuali, masak inti ini. Yani tambahkan lagi anggaran 2 sudu makan madu. Kacau rata sehingga ia masak rata. Kemudian biarkan inti menyejuk seketika. ** Rasa disesuaikan dengan citarasa sendiri ya.
- 3
Bahan untuk doh roti. Ok semua bahan Yani masukkan ke dalam bread maker aje ye. 1 kotak kecil susu full cream, 1 biji telur, 1/2 sudu makan garam, 1/3 bahagian mentega, 2 cup kecil madu (anggaran 60ml untuk madu).
- 4
Kemudian Yani masukkan 500gm tepung naik sendiri dan 1/2 pek yis.
- 5
Ok setting di bread maker Yani pilih knead sahaja dan tekan on serta start di mesin. Sebab Yani nak buat bentuk mini bun nanti. Selesai uli doh, Yani biarkan doh tersebut kembang di dalam bread maker anggaran 1 jam.
- 6
Canai doh dan jadikan ia bentuk bulat kemudian tekan dengan tapak tangan untuk leperkan sedikit. Biar kembang kembali dalam 10 minit, sapukan dengan egg wash guna berus. Bakar di dalam oven guna api atas bawah selama 20 minit pada suhu 180°C. Ia akan kembang cantik. Anggaran roti buns yang Yani dapat buat ialah 18 biji roti.
- 7
Ok kembali semula kepada inti. Yani gunakan yogurt dicampurkan dengan mayonis dan gaulkan pada inti yang telah dimasak.
- 8
Kemudian roti yang telah siap dibakar dibelah pada bahagian tepi. Ambil anggaran sesudu inti, kemudian taburkan hirisan bawang merah, 1 hirisan timun dan 1 hirisan lada benggala. Ini optional ya...Inti boleh dibuat mengikut kesukaan kita.
- 9
Ok, siap untuk dimakan. 18 biji tak semua dapat masuk dalam gambar🤭 sebab ada yang dah masuk mulut🤣. Selamat mencuba.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi


























Komen