Bihun Goreng Cencaluk

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 28: MALAY FOOD
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#cencaluk #cilipadi #asamjawa

Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Malay Food.

Saja try goreng bihun campur cencaluk. Sedap weh. Menambah nambah makan. Terasa umami cencaluk tu.

Bihun Goreng Cencaluk

1 orang bercadang membuatnya

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 28: MALAY FOOD
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#cencaluk #cilipadi #asamjawa

Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Malay Food.

Saja try goreng bihun campur cencaluk. Sedap weh. Menambah nambah makan. Terasa umami cencaluk tu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. 1 bijibawang besar *
  2. 3 ulasbawang putih *
  3. 7 bijicili padi *
  4. 2 sudu besarcencaluk *
  5. 1/3 cawanminyak masak
  6. 2 bijitelur
  7. 300 gmudang
  8. 1 cawanair
  9. secukup rasaSos ikan, kicap masin & gula
  10. 1 sudu besarasam jawa biji (ramas dengan 1/3 cawan air)
  11. 1/2 bungkusbihun (rendam dalam air biasa 15 minit, toskan)
  12. 2 pokoksawi pakchoy

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakn bahan.
    Kisar bahan *.

  2. 2

    Panaskan minyak. Goreng telur hancur sampai garing. Masukkan bahan kisar. Kacau sampai garing.

  3. 3

    Bila dah garing masukkan udang. Kacau dan tambah air. Kacau sampai mendidih.

  4. 4

    Perasakan dengan air asam jawa, kicap masin, sos ikan dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

  5. 5

    Bila dah mendidih, masukkan bihun yg dah direndam lembut. Kacau sampai bihun lembut. Masukkan sawi, kacau sekata. Bila bihun dah masak dan secukup rasa, tutup api.

  6. 6

    Hidangkan bihun goreng cencaluk dengan telur mata. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya