Ikan Bakar Petai

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 28: MALAY FOOD
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#buahkeras #cencaluk #serai #gulamelaka #cilipadi

Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Malay Food.

Abah request ikan bakar so kita masak ikan bakar petai. Buat pes sambal ikan bakar lebih, simpan buat stok. Makan ikan bakar style orang Melayu, wajib cicah air asam.

Ikan Bakar Petai

5 orang bercadang membuatnya

GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 28: MALAY FOOD
#GlobalApron2024
COOKPAD MAGIC PANTRY:
#buahkeras #cencaluk #serai #gulamelaka #cilipadi

Sempena #MalaysiaMonth, GA ambil tema sempena Hari Malaysia dan minggu ni, Tema Malay Food.

Abah request ikan bakar so kita masak ikan bakar petai. Buat pes sambal ikan bakar lebih, simpan buat stok. Makan ikan bakar style orang Melayu, wajib cicah air asam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
Beberapa ekor ikan
  1. 5-6 ekorikan (ikan besar, tak kisah ikan apa pun)
  2. secukup rasaGaram
  3. 3 sudu besarserbuk kunyit
  4. Daunpisang secukupnya
  5. 3 papanpetai (hiris)
  6. Bahan Pes Sambal Ikan Bakar
  7. 1 cawancili kering (rendam sampai lembut) *
  8. 3 bijibawang besar *
  9. 3 ulasbawang putih *
  10. 2 incihalia *
  11. 3 bijibuah keras *
  12. 4 batangserai *
  13. 1/2 cawancencaluk *
  14. 2 cawanminyak masak *
  15. secukup rasaGaram, gula dan ajinomoto
  16. 1 ketulkecil gula melaka
  17. 1 sudu besarpes asam jawa
  18. 1 cawanair
  19. Bahan Air Asam
  20. 1 bijibawang besar (hiris)
  21. 1 bijitomato (hiris)
  22. 11 bijicili padi (hiris)
  23. 2 sudu besarpes asam jawa
  24. 2 sudu besargula
  25. 1 sudu besarjus limau
  26. secukup rasaGaram
  27. 1/3 cawanair suam
  28. secukup rasaKicap lemak manis

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Gaul rata ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Perap.

  2. 2

    Untuk pes sambal ikan bakar, kisar lumat bahan *.

    Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing. Perasakan dengan gula melaka, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau sampai garing dan pecah minyak.

  3. 3

    Tambah air. Kacau lagi sampai betul betul garing dan pecah minyak. Tutup api.

  4. 4

    Untuk bakar ikan, panaskan kuali grill. Letak sehelai daun pisang, ratakan sedikit minyak pes sambal.

  5. 5

    Letak seekor ikan. Ratakan lagi sedikit minyak pes sambal sekata pada ikan. Tutup kuali, bakar 7 minit.

  6. 6

    Ratakan pes sambal pada ikan. Tabur petai. Tutup kuali bakar lagi 5-7 minit. Tutup api.

  7. 7

    Untuk air asam, satukan semua bahan. Sesuaikan rasa. Kacau sebati.

  8. 8

    Hidangkan ikan bakar dengan air asam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya