Asparagus & Cendawan Hitam Sos Tiram

Quick Fix ⏳
Petang semalam kelam kabut balik daripada airport selepas jemput suami balik dari out station. Saya pula takde masak lauk pauk kerana ada lebihan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk, itu yang saya dan si dara saya makan. Suami tiber tanya "masak apa tadi? Lapar la" sambil gosok-gosok perut dia. Ingatkan suami saya sudah makan kerana selalu nya dia kalau balik dari out station selalu nya sudah makan bersama rakan-rakan nya. Nasib baik ada masak nasi jer sebab lauk pauk lebihan cuma diperangatkan jer untuk saya dan si dara saya tengahari tu. Selongkar peti sejuk ada sayur asparagus seikat. Buat telur goreng dadar dan campur cendawan hitam bersama asparagus. Resipi yang cepat, mudah, ringkas dan yang penting, tetap sedap dan mengenyangkan. Suami habis mandi terus tengok makanan ada di atas meja makan. Hehe..... syukur alhamdulillah berselera dia makan.
Asparagus & Cendawan Hitam Sos Tiram
Quick Fix ⏳
Petang semalam kelam kabut balik daripada airport selepas jemput suami balik dari out station. Saya pula takde masak lauk pauk kerana ada lebihan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk, itu yang saya dan si dara saya makan. Suami tiber tanya "masak apa tadi? Lapar la" sambil gosok-gosok perut dia. Ingatkan suami saya sudah makan kerana selalu nya dia kalau balik dari out station selalu nya sudah makan bersama rakan-rakan nya. Nasib baik ada masak nasi jer sebab lauk pauk lebihan cuma diperangatkan jer untuk saya dan si dara saya tengahari tu. Selongkar peti sejuk ada sayur asparagus seikat. Buat telur goreng dadar dan campur cendawan hitam bersama asparagus. Resipi yang cepat, mudah, ringkas dan yang penting, tetap sedap dan mengenyangkan. Suami habis mandi terus tengok makanan ada di atas meja makan. Hehe..... syukur alhamdulillah berselera dia makan.
Cara Memasak
- 1
Cuci dan potong sayur asparagus. Nak biar panjang pun boleh ikut suka tapi saya potong dua sebab senang nak makan nanti. Cendawan hitam direndam hingga kembang dan buang hujung yang keras dan dipotong dua jika besar. Dalam mangkuk kecil, satukan sos tiram, maggi cukup rasa, gula, tepung jagung dan sedikit air.
- 2
Gaul rata, ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cendawan hitam dan asparagus, kacau rata.
- 3
Masukkan bancuhan sos tiram tadi dan kacau sebati. Masak tak payah lama-lama, adjust rasa mengikut sesuai selera. Tutupkan api dan tabur bijan (yang telah disangai. Saya memang ada simpan stock bijan sangai di dapur). Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sup Cendawan Enoki & Cendawan Hitam Kering Sup Cendawan Enoki & Cendawan Hitam Kering
Resipi dalam draf juga.Memula ingatkan cendawan putih ni cendawan shimeji tetapi hairan pulak tengok kaki nya panjang dah serupa kaki supermodel dah bak kata @Rozita 😆. Tetapi rupa nya seperti cendawan enoki cuma saiz nya lebih besar. Tanya pak google, memang ternyata cendawan enoki. Enoki pun enoki lah, cuma kita tukar/edit jer pada draf senang citer kan? Nak dijadikan citer tengah masak sup tu, tiba-tiba anak dara panggil suruh tengok keadaan tucen dia, ntah apa-apa yang dia cakap dari jarak jauh tak berapa jelas dengan muka panik nya. Aduh! Dalam hati saya berkata "jangan lah ada apa-apa perkara buruk yang berlaku pada tucen kami yang kat sangkar luar." Jadi saya suruh suami saya pergi tengok tapi dia pulak yang suruh saya pergi tengok. Saya bagitau yang saya tengah masak. Belum apa-apa lagi dia terus cakap, "takpe, nanti saya tolong sambung masak." Saya pun bagitau step yang seterus nya sambil tunjuk bahan apa yang nak dimasukkan selepas itu. Dia pun angguk kepala sambil tunjuk tanda isyarat 👌. Dipendekkan citer tucen kami takde apa-apa pun, anak saya hias tucen dia tapi tucen dia tak reti nak duduk diam jadi susah lah dia nak ambik gambar. Saja jer nak prank mama dia suruh datang untuk pegangkan tucen dia. Bertuah punya anak. Lain pulak hal dengan masakan di dapur, suami saya boleh-boleh pulak campur telur dengan tepung jagung, dipukul bersama baru dimasukkan ke dalam sup. 💆♀️🤦🏻♀️ Nak bising pun dah tak guna. Benda dah jadi, makan jer lah. Rasa nak 👊 ganyang jer. 😏🙄 Dapur Yusfarisyia -
Kailan Sos Tiram Kailan Sos Tiram
Resipi dalam draf juga.Selongkar peti sejuk tengok sayur kailan dah berapa hari tak sempat dimasak gara-gara sibuk dengan majlis tahlil arwah m.i.l saya. Kebanyakan daun nya hampir rosak dan menguning, sayang dibuang kerana masih ada lagi bahagian nya yang masih dapat dimakan. Saya paling suka makan bahagian batang kailan kerana kerangupan nya. Masak campak-campak jer, perut dah lapar tak sempat nak snap gambar dalam pinggan. Dapur Yusfarisyia -
Asparagus sos tiram Asparagus sos tiram
Ayam boleh digantikan dgn seafood udang atau sotong. Asparagus guna boleh digantikan dgn kacang panjangKite buat dia kannn hehe DyaKakgerl -
Stu/Stew Kambing Pressure Cooker Stu/Stew Kambing Pressure Cooker
Global Apron 2024 Challenge 9: Fam FaveFavourite suami dan anak bujang saya kalau daging kambing, tak kisah lah masak apa sekali pun. Bagi saya dan si dara saya cuma makan seketul dua jer. Stu/stew kambing ni si bujang saya yang masak pada hari raya yang lalu. Mama dia cuma sediakan bahan-bahan untuk dia. Ini lah moment saya dan si bujang saya dapat meluangkan masa bersama kerana dia ada minat memasak. Hari raya jer lah masa yang ada untuk dia pulang ke rumah bersama keluarga.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kambing (3) + kentang (1) + tepung gandum (R) Dapur Yusfarisyia -
Taugeh Besar Tumis Campak Campak Taugeh Besar Tumis Campak Campak
Main Campak Campak 🍲Taugeh besar ni kalau kat rumah kami hanya saya dan suami jer yang suka makan. Saya dan suami suka meratah jer. Anak bujang memang tak gemar langsung taugeh besar. Si dara saya pulak akan cakap lenguh rahang nak mengunyah sayur taugeh besar ni 😆 Alasan lah tu sebab tak gemar.Kalau dulu-dulu arwah bapak saya memang tak suka tengok taugeh yang tak dibuang ekor nya. Tak kemas dan nampak berselerak taugeh yang tak dibuang ekor nya.Bila perut dah lapar balik dari temujanji di hospital, kita masak main campak-, campak jer. Capai apa-apa jer yang dapat digabungkan dengan bahan yang hendak dimasak. Udang pun tak sempat nak dibuang kulit nya. Taugeh besar ni cik suami yang tolong buangkan ekor nya sehari sebelum dimasak. Ntah kenapa la dia tiber jer datang rajin nak menolong buang ekor taugeh tu. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Kuetiau Hong Kong Ikut Suka Kuetiau Hong Kong Ikut Suka
Global Apron 2024 Challenge 3: SahurSelalu nya kalau sahur, saya dan suami memang jarang ambik makanan yang berat. Perut tak larat nak makan makanan yang berat. Si dara pulak uzur jadi tak dapat nak berpuasa. Suami tiber request nak makan kuetiau alasan nya kerana takut kuetiau tu nanti jadi tak elok sebab dah berapa hari dia beli tapi tak terusik. Saya pulak tak nak makan yang bergoreng, nak yang berkuah supaya dapat dihirup. Terus terfikir nak buat kuetiau ala hong kong. Disebabkan masa singkat sangat, buat jer dengan bahan yang ada. Sotong masih lagi tak nyahbeku sepenuh nya. Nampak ada lebihan ayam goreng pedas, terus capai dan potong, leburkan ajer ke dalam kuali sampaikan tepung saduran ayam goreng pun tak sempat nak dibuang membuatkan kuah kuetiau saya jadi sedikit pekat tapi sedap lah pulak 😄🤭#GlobalApron2024Bahan-bahan :- Telur (1) + Sawi Pak Choy (1) + Ayam (1) Dapur Yusfarisyia -
Nasi Goreng Tuna Nasi Goreng Tuna
Global Apron 2024 Challenge 9: Fam FaveHari ni si dara saya rasa tak larat nak pergi kerja, perut memulas jer kata nya sejak bangun tidur. Nak mintak cuti sakit, tak cukup staff. Nak tak nak kerja juga. Saya pula, rasa pening kat mata sejak malam tadi, asyik baring jer tak dan nak masak.Tak sampai 2 jam, si dara telefon bagitau tak larat nak keluar beli makanan, nak order grabfood/foodpanda kata nya dia ada masalah nak buat transaksi online, bla.. bla.. bla.. apa ntah dah tak ingat. Hmm.. Gagahkan diri juga ke dapur, memang nak masak nasi jer untuk dimakan dengan lebihan makanan yang masih di dalam freezer cuma tak sempat nak perangatkan sebab belum dinyahbeku. Masak nasi goreng jer lah untuk dia, lagi pun nasi goreng memang favourite kami sekeluarga juga. Ada lebihan ayam panggang, saya perangatkan sebentar dengan sos pencicah nya sekali untuk dibekalkan sekali).#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Mentega (1) + beras (1) + sayur bayam (1) + telur (1) Dapur Yusfarisyia -
Kacang Kuda Berempah Kacang Kuda Berempah
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanKalau bab kekacang ni, saya dan suami serta si bujang memang suka makan. Tetapi tidak bagi si dara saya, kata nya takut jerawat muncul lah apa lah pada hal kulit muka dia elok jer. Si bujang saya pulak, kulit muka dia memang ada jerawat kecil-kecil tapi tak banyak. Bagi dia lantak lah jerawat nak timbul ke apa lepas makan kacang janji perut dia kenyang. Soal jerawat tu belakang kira 😆 Antara kekacang yang sering ada di rumah kami ialah kacang kuda. Selalu buat kacang kuda rebus jer sebab mudah. Tapi tu lah cik suami kata "sedap tu sedap tapi lepas makan nanti perut asyik berangin jer, banyak gas."Hari ni saya buat kacang kuda versi berempah, layan tengok tv licin tinggal mangkuk jer. Suka makan bila tergigit bawang dan daun bawang yang rangup.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daun kari (2) + jintan manis (1) + kacang kuda (3) Dapur Yusfarisyia -
Telur Dadar Campur (Lengkap Nasi) Rice Cooker Telur Dadar Campur (Lengkap Nasi) Rice Cooker
Boleh ke masak tanpa dapur? Mesti la boleh. Teringat pada anak dara saya sewaktu belajar di kolej. Menginap di hostel/asrama bersama rakan-rakan sekolej telah mengajar mereka untuk berdikari dalam pelbagai hal dan perkara seharian. Salah satu nya bab memasak. Mereka dilarang menggunakan dapur gas atau dapur elektrik. Mereka hanya boleh menggunakan peralatan elektrik seperti peti sejuk, periuk nasi, cerek eletrik dan sterika sahaja. Oleh kerana bilangan mereka terlalu ramai dalam satu rumah, mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakan periuk nasi masing-masing untuk memasak dan mengambil masa yang agak lama. Untuk memudahkan kerja memasak anak dara saya menggunakan periuk nasi elektrik untuk menggoreng telur dadar campur. Di dalam telur dadar itu sudah ada pelbagai bahan yang digunakan tetapi dimasak sekaligus. Jimat masa juga. Lebihan nasi sejuk boleh disimpan di dalam peti sejuk. Hari ini saya menggunakan periuk nasi elektrik anak dara saya yang selalu digunakan nya sewaktu di hostel/asrama dahulu. Comel je periuk nya 😁. #ricecooker #periuknasi Jom lihat resipi nya ⬇️ Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Sos Tomato Bihun Goreng Sos Tomato
Global Apron 2024 Challenge 2: IftarTahun ni sambut Ramadan ala kadar jer, masak seada nya. Atas faktor kesihatan membataskan aktiviti membuat kerja-kerja di rumah. Suami pulak sejenis yang tak suka makan di luar, nak tak nak pun mesti masak jugak. Kalau dah tak larat, dia lah yang masak. Syukur alhamdulillah dapat juga diharapkan. Kalau dulu pelbagai juadah dibuat, dapat sedekah kepada mak, mak mertua dan jiran. Mereka pulak akan "membalas" dengan juadah masing-masing, jadi pelbagai menu penuh di meja hingga tak termakan. Tahun ni masak 1 atau 2 jenis menu jer. Masak pun tak ler banyak portion nya kerana kurang sihat. Sedih kerana tahun ni menyambut Ramadan tanpa mak mertua yang tinggal di sebelah rumah. Terasa kurang gembira nya. Al-Fatihah untuk arwah mak mertua. 🥺#GlobalApron2024Bahan-bahan :- Bihun (1) + cendawan hitam (3) + sayur sawi (1) + cili padi (1) Dapur Yusfarisyia -
Sup Petola, Telur, Cendawan & Suhun Sup Petola, Telur, Cendawan & Suhun
Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap SukahatiCHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI#Cooksnap daripada adik @kukimonster Saya tambah udang kering, cendawan hitam dan serbuk lada hitam. Saya juga tumis bahan-bahan hiris sebentar dan gantikan garam dengan maggi cukup rasa.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cendawan (R) + halia (R) + petola (1) + telur (R) + udang (R) Dapur Yusfarisyia -
Tumis Simple Pucuk & Buah Muda Mengkudu Tumis Simple Pucuk & Buah Muda Mengkudu
New Year New MenuSebenar nya dah lama jugak saya tak masak pucuk dan buah muda mengkudu. Dulu, pernah masak tumis biasher-biasher jer adalah dalam 2-3 kali jer sebab anak-anak tak suka ada rasa pahit. Suami saya pun kurang suka tetapi at least dia masih boleh makan walaupun tak banyak. Saya seorang jer lah yang perhabiskan. Pahit tu bagi saya tak lah sepahit mana pun. Pahit-pahit manja jer. Banyak khasiat nya dan baik untuk kesihatan. Pucuk dan buah muda mengkudu tu sebenar nya saya petik 3 hari lepas, ingatkan nak masak tumis pada hari dipetik, tetapi tak jadi kerana suami ajak pergi ke rumah mak. Semalam tengok @hanishaimi1504 terbit resipi daun mengkudu tumis belacan terus rasa nak masak pucuk mengkudu yang ada di meja dapur tetapi isi ayam/daging/udang takde. Nak goreng belacan, pil alergik saya pula dah habis. Tak nak tanggung risiko tergaru-garu nanti selepas makan belacan. 🤭 Bila usia dah meningkat ni, timbul macam-macam penyakit pulak, kalau dulu-dulu saya memang takde masalah pun selepas makan belacan. Entah lah kenapa jadi begitu. Jadi hari ni saya buat tumis dengan isi ayam. Tak nak nanti daun nya makin kering dan rosak pulak.Kepada yang tak boleh tahan dengan rasa pahit daun mengkudu tu, rebus dahulu, perahkan air nya kemudian boleh lah dihiris dan dimasak ikut sesuai selera nak masak apa. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen