Air Limau Kasturi Asam Boi

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

363/2024 (1916/2K)

Alhamdulillah..petik buah limau kasturi yang di tanam dalam pasu tepi rumah, hasilnya satu besen jugaklah..untuk tak membazir dan supaya limau kasturi ni tak membusuk terbuang, Uchu kisar jadikan minuman untuk disajikan pada ahli keluarga yang datang berkumpul di kebun Ahad baru ni. Alhamdulillah..laku keras..dengan menu utama nasi lemak, menu sampingan steamboat oden tomyam..air utama limau kasturi asam boi mcm ni, aishh..letih nak merefill..😄

Air Limau Kasturi Asam Boi

9 orang bercadang membuatnya

363/2024 (1916/2K)

Alhamdulillah..petik buah limau kasturi yang di tanam dalam pasu tepi rumah, hasilnya satu besen jugaklah..untuk tak membazir dan supaya limau kasturi ni tak membusuk terbuang, Uchu kisar jadikan minuman untuk disajikan pada ahli keluarga yang datang berkumpul di kebun Ahad baru ni. Alhamdulillah..laku keras..dengan menu utama nasi lemak, menu sampingan steamboat oden tomyam..air utama limau kasturi asam boi mcm ni, aishh..letih nak merefill..😄

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 liter
  1. 200 g(18-20 biji) limau kasturi
  2. 90-120 ghoneycomb rock sugar (Uchu guna 120 g)
  3. 3 biji (3 g)asam boi (buang biji)
  4. 900 mlair masak sejuk/suhu bilik (air minuman bertapis)
  5. Secukupnyaais

Cara Memasak

  1. 1

    Masyaallah..Jom petik limau kasturi lu…basuh bersih sebanyak mana yang hendak digunakan..alhamdulillah..

  2. 2

    Kisar kering honeycomb sugar dengan asam boi yang dibuang biji.

    Nota: Uchu cuma guna 3 biji asam boi. Asam boi yang berlebihan boleh beri rasa masin terlebih pada minuman.

    Tm6:
    Turbo/2 saat (repeat 3-4 kali sampai halus)

  3. 3

    Pindahkan serbuk gula dan asam boi ke dalam pengisar bahan basah. Masukkan limau kasturi dan air. Kisar 3-4 saat sahaja jika menggunakan pengisar biasa. Jika pengisar dengan kuasa tinggi, 2 saat. Sekali sahaja untuk elakkan rasa pahit dari kulit limau.

    Tm6:
    Turbo/2 saat (1x sahaja)

  4. 4

    Tapis air limau kasturi asam boi ke dalam jug.

  5. 5

    Tambahkan ais. Sedia dihidangkan..

    Uchu buat sebanyak 8 liter ganda sukatan dalam ramuan di atas, untuk refill dalam balang minuman ni.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya