Ikan Patin Tempoyak Pahang

Mimi Azura bt Zaidin
Mimi Azura bt Zaidin @cook_111053999
Gemencheh, N. Sembilan

Di Malaysia, Ikan patin terkenal di beberapa sungai antaranya Pahang Dan perak. Ikan Patin Sungai Pahang, kebanyakan berada di Kuala Lipis Dan Temerloh.

Khasiat Ikan patin kaya dengan nutrisi Dan sumber protein berkualiti tinggi untuk pertumbuhan Dan perbaikan jaringan tubuh Dan Rendah lemak juga kolestrol. Lemak dalam Ikan patin termasuk daripada lemak sihat(Omega 3 Dan 6). Ia juga membantu menjaga kesihatan jantung Dan menurunkan Kadar kolestrol jahat. Omega 3 boleh meningkatkan Dan Omega-3 dalam ikan patin juga mendukung fungsi otak, meningkatkan daya ingat, dan mencegah penurunan kognitif. Ia juga mengandungi vitamin B12 yang baik untuk pembentukan sel darah merah dan fungsi saraf juga kalsium yang membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Ikan patin juga terkenal dengan masakan bagi negeri Pahang iaitu Ikan Patin Tempoyak. Salah satu tempat yang terkenal adalah di Temerloh Dan Kuala Lipis, Pahang.

Ikan patin tempoyak yang lembut dan kuah tempoyak yang masam dan pedas menciptakan perpaduan rasa yang khas.Ikan patin biasanya dimasak dengan kuah tempoyak hingga dagingnya empuk dan rasanya meresap.Kuah tempoyak memiliki tekstur kental dengan aroma khas durian fermentasi.

Tips Menikmati

Hidangkan ikan patin tempoyak dengan nasi hangat untuk pengalaman terbaik.

Jom kita buat Ikan patin tempoyak

Citarasa saya: Mimi..

Ikan Patin Tempoyak Pahang

23 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5 orang
  1. 1 ekorIkan Patin. (Potong ikut saiz yang diminati). Lau saya potong setiap besar 2 jari
  2. 2 incikunyit hidup
  3. 15 bijiCili Api
  4. 1 1/2Tempoyak
  5. 2 kepingAsam Keping
  6. 5 tangkaidaun kesum (ambil hujungnya)
  7. 1/2 batangbunga kantan
  8. 5 bijiTerung telunjuk @ 1/2 biji Timun kuning
  9. 1 literAir
  10. SedikitGaram
  11. Sedikitgula jika perlu
  12. Sedikitajinimoto
  13. Sayur Timun @ Terung ini jika tidak mahu letak pun tetap sedap

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Mula-mula, blender atau tumbuk Kunyit hidup Dan Cili api. Kemudian masuk ke dalam periuk.

  2. 2

    Masukkan tempoyak, air, Asam Keping, daun kesum Dan bunga kantan. Tunggu mendidih, kemudian masukkan garam Dan cukup rasa. Sekiranya rasa masam sangat tambahan gula sedikit. Jika nak agak pekat tempoyak, tunggu hingga agak2 pekat sikit.

  3. 3

    Setelah itu, masukkan Ikan patin tadi hingga masak. Siap.. sedia dihidang. Selamat mencuba..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mimi Azura bt Zaidin
Mimi Azura bt Zaidin @cook_111053999
pada
Gemencheh, N. Sembilan
Saya orang Pahang Dan Selangor. Saya dibesarkan di N. Sembilan. Saya minat memasak Dan pernah berniaga di western bangi, food court bangi Dan restoran De Selera Desa Kajang Utama. Saya juga berniaga di kantin sekolah. Alhamdulillah, makanan saya disukai ramai terutama rendang Maman, Mee Kari, laksa penang Dan ikan patin tempoyak. Saya pernah menghantar rendang Maman ke semua lokasi di Kajang. Terima kasih kepada pelanggan saya yang berminat dengan makanan saya. Terima kasih sekali lagi.
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya