Cekodok Udang Geragau (Udang Bubok)

Cookpad Apron 2025 : Week 11
Cookpad Magic 🛒 : Week 11
🛒 Kobis
🛒 Cili
🛒 Kunyit
Pergi ke kampung Bako, rezeki sebab jumpa orang jual udang geragau segar. Kalau kat tempat saya di Sarawak dpanggil udang bubok. Anak udang yang kecil-kecil, halus. Selalu digunakan untuk, belacan dan cencaluk.
Masa tengah pilih ikan, nampak seorang pekerja yang jual ikan tu membawa satu bekas plastik besar dan terus membuka nya sambil jerit-jerit "udang bubok³!!! Segar, sapa cepat dia dapat sebab stock tak banyak. Baru nait/darat dari air." Saya pun terus cakap nak 4 kilo. Plastik asing-asing 2 kilo. Satu plastik (2 kilo) untuk bagi dekat mak, satu plastik lagi untuk saya. Nasib baik sempat beli, sekejap jer habis. Orang ramai beli, semua pakat kata sedap buat cucur/cekodok.
Hari ni saya buat cekodok sebab dah lama tak makan cekodok udang geragau. Sebenar nya belum terfikir nak buat cekodok sebab bahan-bahan lain takde kat dapur. Saya guna bahan yang ada jer, saya terlupa letak bawang besar, dah siap goreng baru perasan bawang tertinggal kat meja yang satu lagi 🤦🏼♀️adui! Faktor usia dah semakin senja ni asyik lupa. Sedap layan dengan kuah kacang atau sos pilihan. Krup krap..krup krap.... Rangup.
Cekodok Udang Geragau (Udang Bubok)
Cookpad Apron 2025 : Week 11
Cookpad Magic 🛒 : Week 11
🛒 Kobis
🛒 Cili
🛒 Kunyit
Pergi ke kampung Bako, rezeki sebab jumpa orang jual udang geragau segar. Kalau kat tempat saya di Sarawak dpanggil udang bubok. Anak udang yang kecil-kecil, halus. Selalu digunakan untuk, belacan dan cencaluk.
Masa tengah pilih ikan, nampak seorang pekerja yang jual ikan tu membawa satu bekas plastik besar dan terus membuka nya sambil jerit-jerit "udang bubok³!!! Segar, sapa cepat dia dapat sebab stock tak banyak. Baru nait/darat dari air." Saya pun terus cakap nak 4 kilo. Plastik asing-asing 2 kilo. Satu plastik (2 kilo) untuk bagi dekat mak, satu plastik lagi untuk saya. Nasib baik sempat beli, sekejap jer habis. Orang ramai beli, semua pakat kata sedap buat cucur/cekodok.
Hari ni saya buat cekodok sebab dah lama tak makan cekodok udang geragau. Sebenar nya belum terfikir nak buat cekodok sebab bahan-bahan lain takde kat dapur. Saya guna bahan yang ada jer, saya terlupa letak bawang besar, dah siap goreng baru perasan bawang tertinggal kat meja yang satu lagi 🤦🏼♀️adui! Faktor usia dah semakin senja ni asyik lupa. Sedap layan dengan kuah kacang atau sos pilihan. Krup krap..krup krap.... Rangup.
Cara Memasak
- 1
Masukkan lobak merah, cili merah, daun ketumbar/daun sup dan kobis ke dalam mangkuk yang besar.
- 2
Masukkan tepung gandum, baking powder, serbuk kunyit, gula, garam dan maggi cukup rasa sesuai selera serta telur.
- 3
Gaul rata, tuangkan air sejuk (paling bagus gunakan air yang berais) sedikit demi sedikit sambil digaul ke dalam mangkuk tadi. Gaul hingga adunan sebati. Pastikan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Masukkan udang geragau/udang bubok, gaul rata.
- 4
Panaskan minyak masak, sudukan adunan cekodok udang tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup. Angkat dan toskan minyak nya. Buat hingga habis.
- 5
Potong-potongkan cekodok udang dan boleh lah dicicah bersama sos cili thai/sos kegemaran/kuah kacang panas-panas.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Cucur Udang Geragau Sailor Cucur Udang Geragau Sailor
#goldenapron #minggukesebelas #minggu11 #CookpadMalaysia #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders yang dihormati sekalian. Alhamdulillah kali ini CN berpeluang untuk berkongsi resipi Cucur Udang Geragau kesukaan Encik suami CN.Beliau memang 'Hantu' udang geragau. Setiap kali CN nak memasak, beliau akan tanya, "Ada tak udang geragau?" Alamak CN jadi tak sampai hati pula untuk menghampakan permintaan Encik suami. Jadi, CN cuba olah resipi cucur ini dengan memasukkan udang geragau ke dalamnya. Tetapi hati-hati dengan sukatan garam ya. Sebab udang geragau sudah pun masin. Sebab itu CN rendamkan seketika untuk mengurangkan rasa masinnya. Malah CN gunakan serbuk perasa Secukup Rasa bagi menggantikan garam. Alhamdulillah Encik suami pun suka. Sedap katanya. Kawan-kawan bolehlah mencuba resipi ini. 😍😍😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Salad Udang Sesuka Hati Salad Udang Sesuka Hati
Cookpad Apron 2025 : Week 19Cookpad Apron Magic 🛒 :-🛒 Timun🛒 TomatoKenapa nama nya salad udang sesuka hati? Eh! Suka hati saya lah nak letak apa yang ada kat depan mata saya? 😅 Daripada membazir, baik manfaatkan. Bahan-bahan yang lain tu pun bahan berbaki yang ada dalam peti. Saya campak jer semua jadi satu hidangan yang ringkas penyediaan nya dan boleh dimakan sejuk pada cuaca panas gini memang sedappp.#CookpadApron2025#Week19#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Labu Air Tumis Udang Labu Air Tumis Udang
Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap SukahatiCHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATIJiran sebelah rumah sedekah udang sungai yang dia dapat hasil menjala seorang diri di sungai berhampiran. 3/4 bahagian plastik udang sudah pun digoreng. Tinggal baki nya 1/4 plastik jer lagi untuk dicampur dengan labu air. Seperti biasa, anak-anak kurang suka makan sayur labu air, saya dan suami jer lah yang perhabiskan sebab tu buat sikit jer. Haha..#Cooksnap daripada dik @Uchu Saya gantikan udang kering dengan udang segar.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Labu air (1) + udang (2) Dapur Yusfarisyia -
Cucur Udang Geragau Rangup Cucur Udang Geragau Rangup
Global Apron 2024 Challenge 4: MorehSebelum terawih tadi tiba-tiba teringin nak makan cucur udang geragau yang dibeli tadi. Sewaktu balik daripada membeli barang-barang keperluan tadi, memang tak menyempat nak buah cekodok/cucur udang geragau. Juadah untuk berbuka tadi pun beli jer sebab waktu terlalu singkat. Habis jer terawih, terus ke dapur dan buat. Sedap makan panas-panas. Lebihan tu boleh dibuat untuk makan sahur nanti. Cooksnap daripada adik @sasha_sabrina#GlobalApron2024Bahan - bahan :- Mentega (1) tepung gandum (1) + cili merah (1) + udang (2) Dapur Yusfarisyia -
Karipap Rangup Inti Dhal Karipap Rangup Inti Dhal
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Kalau kuih karipap, cik suami saya memang suka sangat. Dah dapat gelaran Hantu Karipap oleh kakak sulung saya 😆. Dia boleh habiskan sepinggan karipap lagi-lagi kalau karipap pusing. Bagi saya pulak, saya lebih suka karipap rangup sebab bagi saya kulit karipap rangup tak muak dan kurang berminyak selepas digoreng.Kalau dari segi inti nya pulak, selalu nya suka inti ubi keledek dan udang kering. Hari ni saya buat inti kacang dhal sebab itu jer bahan inti yang ada kat dapur. Alhamdulillah sedap kata cik suami kerana inti nya tak kering berderai apabila dimakan tak seperti inti karipap yang dibeli inti yang sama. Sesetengah orang suka tengok kulit karipap yang licin dan ada juga yang suka kulit karipap yang menggerutu (menggelembung), saya pulak suka kulit karipap yang menggerutu.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang dhal (2) + lada sulah (1) Dapur Yusfarisyia -
Jemput-jemput nasi udang geragau kering Jemput-jemput nasi udang geragau kering
Ada lebih nasi semalam, nak goreng macam sikit, jadi kita buat jemput-jemput jer. Udang geragau kering tu kalau tak ada boleh ganti ikan bilis. Kalau nak tambah bawang & sayur pun boleh. Sedap tau, lembut jer walaupun dah sejuk. Azizah Mansor -
Masak Rebus Manis Labu Kuning & Bayam Masak Rebus Manis Labu Kuning & Bayam
Global Apron 2024 Challenge 32: Pumpkin Party 🎉CHALLENGE 32: PUMPKIN PARTY 🎉#PumpkinLabu kuning dimasak rebus manis ni memang favourite kami lagi-lagi suami saya yang tengah demam dan batuk, suka makan yang berhirup. Dia tak nak makan sup ayam jadi saya masakkan labu kuning berkuah, ditambah dengan sayur bayam, lobak merah dan udang segar. Nutrisi daripada bermacam jenis sayur tu sangat baik. Masak pun tak guna minyak jadi takde lah batuk dia tu melarat sangat. Alhamdulillah berselera dia makan.#GlobalApron2024Bahan-Bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Cili padi (R) + LABU KUNING - BAHAN WAJIB (R) + lobak merah (R) + sayur bayam (1) + serai (1) + udang segar (2) Dapur Yusfarisyia -
Maggi Goreng Simple (Udang Geragau) Maggi Goreng Simple (Udang Geragau)
Menu ni kalau dekat Sabah orang sebut MEE GORENG . Tp dekat semenanjung lagi2 di rumah mertua sis, diorang sebut MAGGI GORENG. Mula2 dengar tu heran juga sbb bukan maggi tp mee . Tp pd akhirnya sis iya kan ja laa . Hehehe. Lain tempat lainlah sebutannya kan .So mee/maggi ni sis beli dekat Sabah. Made from Sabah . Kalau masuk dekat supermarket, kebanyakan mee/maggi yg dijual adalah keluaran Sabahan . Ada juga keluaran drpd semenanjung tp tak banyaklah .Udang geragau kering juga beli di Sabah. Ada perbezaan sikit udang geragau sabah dan Semenanjung dr segi saiz.Udang geragau semenanjung lebih halus dan kecil manakala versi sabah pulak agak besar sedikit. So tumbuk2 kasar campak dkt mee atau sayuran mmg masih terasa rasa udang keringnya .#CookEveryPart#HaiwanLautanSungai aFun ashriati -
Pau Kukus Cendawan & Red Mung Beans (2 in 1) Pau Kukus Cendawan & Red Mung Beans (2 in 1)
Global Apron 2024 Challenge 27: CHINESE FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberLama dah tak buat pau kukus. Suka tengok pau kukus kaum cina, besar, putih dan gebu pau nya.Untuk cabaran 27 (Chinese Food) saya buat pau inti savoury dan inti manis dengan menggunakan adunan yang sama. Di sini saya taip sukatan bahan-bahan untuk setengah adunan tetapi sebenar nya saya gandakan adunan kerana saya memggunakan dua jenis inti. Makna nya kesemua bahan doh diganda dua.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daun bawang (R) + kicap masin (R) + red mung beans (2) + minyak bijan (R) + shitake mushroom (2) + soft tofu (1) + sos tiram (R) + taucu (2) + tepung hong kong (2) Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Kulit Tembikai, Buah Lai, Mempelam & Kubis Kerabu Kulit Tembikai, Buah Lai, Mempelam & Kubis
Cookpad Apron 2025 : Week 21Cookpad Magic 🛒 Week 21 :-🛒 Kubis🛒 CiliInspirasi daripada adik @Faizah_92Saya guna bahan yang ada kat dapur. Saya skip jus limau kasturi sebab mempelam muda dah cukup masam. Sedap diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng.#CookpadApron2025#Week21#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Labu Kuning, Pucuk Manis Dan Udang Masak Lemak Labu Kuning, Pucuk Manis Dan Udang
Cookpad Apron 2025 : Week 17Cookpad Apron Magic 🛒 Week 17 :-🛒 Labu kuning🛒 Santan🛒 CiliSuami beli labu kuning. Dalam hati nak buat kuih dengan labu kuning tapi suami kata buat masak campur udang dan santan. Saya pergi ke belakang rumah pergi petik pucuk manis sedikit untuk dicampur bersama. Kalau arwah mil masih ada, dia lah yang selalu minta pucuk manis yang saya tanam tu sebab saya jarang petik untuk dimasak jadi mil kata sayang tak diambil nanti tua keras tak sedap daun nya. Saya kata, kalau mak nak mak ambil jer mak sebab saya jarang masak pucuk manis tu, suka jer tanam. Mil pun cakap ya lah, bila-bila mak nak nanti mak datang ambil jer lah ya? Saya pun bagitau, ambil jer lah mak, takyah nak minta izin pun. Dalam tengah memasak teringat pada arwah mil, berlinang air mata mengenang makanan kesukaan arwah. Al-fatihah untuk mak. 🥺#CookpadApron2025#Week17#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Bihun Goreng
Cookpad Apron 2025 : Week 10Cookpad Magic 🛒 Week 10 :-🛒Sotong🛒BihunBakal menantu datang lagi tengahari semalam, siap bagi salam melalui tingkap rumah. Terkejut mendengar suara nya di tingkap rumah ruang tamu sebab saya baru selesai mandi tak dapat nak buka pagar rumah sebab masih berkemban, serah jer kunci pagar pada bakal menantu melalui tingkap. Saya terus masuk ke bilik untuk bersiap tetapi di dalam hati bertanya kenapa bakal menantu memakai pakaian seperti orang nak pergi majlis kenduri? Melalui tingkap bilik saya, saya melihat ke arah kereta bakal menantu ternampak ada sosok tubuh seorang lelaki keluar daripada kereta dari arah tempat duduk pemandu. Laa.. Bertuah punya anak! Balik rumah buat kejutan lagi, tapi dia tak tahu yang saya dah pun ternampak dia 😆Lepas jer dah bersiap memakai pakaian, saya keluar dari bilik, bakal menantu pun siap bersalam cium tangan dan pipi. Saya terus cakap "Aieee.. macam baru lepas pergi majlis kenduri jer korang berdua?" Dia terus gelak dan cakap "sorry sebab Aip tak bagitau pun nak balik. Awal pagi tadi dia call suruh ambil dia dekat airport. Lepas tu kami pergi majlis kenduri kawan dia yang mana secara kebetulan sama kerja dengan saya (bakal menantu.) Si bujang saya pulak sengeh-sengeh depan pintu beri salam sebab dah terkantoi mama dia dah tahu dulu dah. 😂Saya pula belum lagi makan tengahari. Buat jer stock yang ada kat dapur iaitu bihun goreng.#CookpadApron2025#Week10#CA2025 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen