Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️
Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢
Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍
Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.
Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.
Memasak Sepenuh Cinta♥️
Nota:
1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.
2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.
3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.
4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)
#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️
Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢
Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍
Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.
Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.
Memasak Sepenuh Cinta♥️
Nota:
1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.
2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.
3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.
4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)
#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung
Cara Memasak
- 1
Tumbuk cili padi kampung bersama kunyit hidup sehingga lumat.
- 2
Masukkan bahan tumbuk, serai yang diketuk, ayam dan sedikit air di dalam periuk. Didihkan sehingga air ayam keluar. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
- 3
Kemudian masukkan santan dan kentang. Kacau mesra. Perasakan dengan garam kasar. Masukkan sedikit dan rasa dahulu. Ini kerana garam kasar mempunyai rasa masin yang kuat.
- 4
Tambahkan sedikit air jika rasa gulai terlalu pekat. Biarkan mendidih sehingga naik minyak dan kentang empuk.
- 5
Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan seketika. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Gulai Lemak Kulat Sisir dan Udang Gulai Lemak Kulat Sisir dan Udang
#goldenapron2020 #minggu35 #CookpadderPerak #gulailemaktumisAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian.Pejam celik pejam celik rupanya ini adalah minggu kedua terakhir untuk Peraduan Golden Apron 2020. Tinggal seminggu saja lagi. Alhamdulillah. ❤CN sangat suka Gulai Lemak. Kebiasaanya gulai lemak yang Mak dan CN buat adalah jenis yang dileburkan terus (cara Negeri Sembilan). Tapi ada juga gulai lemak yang ditumis terlebih dahulu. Seperti contoh resipi CN kali ini. Ia sangat enak dan menyelerakan apatah pula ramuan utamanya adalah Kulat Sisir. Rasanya yang kenyal apabila dikunyah cukup membangkitkan nostalgia.Selamat mencuba. 🥰#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat
#goldenapron #minggu19 #minggukesembilanbelas #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders.Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat adalah menu kegemaran CN seisi keluarga. Isi ikan jenahak yang lembut dan manis bergandingan dengan gulai berlemak dan pedas memang menambat selera. Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.Menu gulai ini amat ringkas dan mudah disediakan. CN sukakan aroma serai dan daun kunyit yang harum. Cukup menyelerakan apabila dimakan.Selamat mencuba ya kawan-kawan 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Rendang Ayam Pedas #MaratonRaya #RumahTerbuka #Minggu6 Rendang Ayam Pedas #MaratonRaya #RumahTerbuka #Minggu6
Assalammualaikum sahabat semua. ❤️Kali ini CN kongsikan resipi Rendang Ayam Pedas orang Perak yang CN amat suka. Resipi ini CN ambil dan olah dari resipi Azie Kitchen. Menariknya mengenai rendang ini, ia tidak menggunakan minyak untuk menumis. Bak kata orang Perak, main lebur saja di dalam kuali. Kerisik yang digunakan dalam resipi ini memberi rasa lemak dan aroma harum pada rendang. Rasanya juga pedas kerana CN sukakan cili padi kampung. Pun begitu sahabat boleh sesuaikan dengan tahap kepedasan yang bersesuaian ya.Selamat mencuba 😍Nota:1. Jika mahu rasa rendang yang lebih sedap, biarkan rendang di atas dapur dengan api kecil. Kuahnya akan menggering dan tidak lagi kelihatan basah.2. Tambahkan cili kisar mengikut tahap kepedasan yang anda sukai.3. Pastikan anda mengacau bahagian kuah dan bukannya ayam untuk menggelakkan ayam menjadi hancur.4. Sangai kelapa parut sehingga keperangan dan ditumbuk kasar untuk dijadikan kerisik.#RumahTerbuka #RendangAyamPedas #MaratonRaya #Minggu6#CookpadMY#CookpadMalaysia#PeraduanResipi#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
Hari ini sepatutnya saya meraikan farewell kawan saya yang mahu pulang ke Indonesia. Disebabkan Covid19 makin tinggi, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi. Lagi pula anak saya kurang sihat. Ayam yang sepatutnya saya sajikan untuk majlis perpisahan itu saya masak untuk anak-anak saya. Karina teringin nak makan ayam masak lemak cili api. Bila tengok semua bahan ada, saya terus siapkan semua.Seperti kebiasaan cara saya memasak lemak, saya tidak suka campurkan bawang. Apatah lagi kalau masak lemak ayam. Saya tidak gemar ada rasa bawang pada kuah. Saya memilih untuk menggunakan kunyit hidup dan serai dalam kuantiti yang banyak supaya tidak rasa muak. Kuah akan menjadi lebih sedap jika gunakan kunyit hidup dan serai pula akan menambahkan aroma yang segar dalam masakan.Seronok hati saya melihat anak-anak makan sambil menjilat jari. Sebab tu la semua anak-anak saya bulat. Agaknya air tangan saya sudah menambat hati mereka. Kecuali anak saya paling Tom, macam mana sekali sedap pun saya masak, dia tetap akan kata neneknya nombor 1 paling sedap memasak. Alasannya saya pandai memasak disebabkan oleh mak saya. Jadi guru memasak adalah neneknya. Apa-apa sajalah Tom.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Masak Lemak Ayam Sihat Masak Lemak Ayam Sihat
#nutrifest #resipisihat #cookpadmalaysiaSedang berdiet? Tetapi teringin untuk menikmati lauk bersantan. Tiada masalah, hanya perlu tukar penggunaan santan dengan krim masakan sahaja. Penggunaan krim masakan ini, menjadikan kuah masak lemak kita pekat dan ia tidak menyebabkan pecah minyak. Jadi bagi yang berdiet tu, tapi teringin nak makan masak lemak. Ini adalah caranya. Mudah bukan. Berdiet pun masih boleh menikmati makanan yang sedap asalkan tahu bahan dan kaedah masakannya. Salina Jalaludin -
Gulai lemak udang bayam brazil Gulai lemak udang bayam brazil
#goldenapron2020 #minggu19 #cookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders yang dihormati sekalian. Baiklah untuk minggu ke 19 ini, CN kongsikan resipi menggunakan Bayam Brazil. Maklumlah ramai yang teruja menikmatinya kan? Tumbuhan ini amat mudah ditanam dan rasanya pun enak serta kaya khasiat.Selain dimakan begitu saja, ia juga sedap dibuat gulai lemak bersama udang. Tak percaya? Cubalah ya resipi mudah ini.Selamat mencuba.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kari Kambing & Lobak Walah! Kari Kambing & Lobak Walah!
Assalamualaikum semua. 🙋♀️Kali ini CN kongsikan resipi Kari Kambing kesukaan CN. Resipi ini CN olah sedikit mengikut citarasa CN ya. Terima kasih kepada pemilik resipi asal iaitu Che' Nom kerana sudi kongsikan resipi Kari sedap ini. Pun begitu, CN percaya air tangan kita tidak sama waima menggunakan produk yang serupa kan? Oleh itu, nikmati seadanya masakan anda. 😍Selamat mencuba semua ♥️Nota:1. Proses merebus daging kambing mengambil masa antara dua hingga tiga jam. Justeru sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi untuk mempercepatkan masa memasak anda. CN guna periuk Noxxa.2. Basuh daging kambing dengan menggunakan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir.3. Resipi asal menggunakan gula Melaka sebagai bahan perasa. Terpulang kepada citarasa anda ya.4. Sesuai dinikmati bersama Nasi Jagung, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Roti Jala dan sebagainya.#CNdidapur #KariKambing #Kari #MenuTradisional Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Rendang pindang ciliapi ayam kampung Rendang pindang ciliapi ayam kampung
#masakannegeri#semangatmerdeka#goldenapron#level4Rendang pindang cili api.. yang amat mudah, dan yang paling sedap jika kita menggunakan ayam kampung.. walaupun ila tak menggunakan kerisik iya enak kerana apabila rendang ini apabila kering, ade rasa pekat2 dari santan sudah cukup mengujakan. Kuah santan yang lemak direneh perlahan sehingga kering dan pecah minyak.. yummy sedap dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Lagi2 petai klu yg suka .. Ila Dila -
👩🍳Ayam Masak Lemak Cili Api 👩🍳Ayam Masak Lemak Cili Api
Masak lemak Cili Api ialah masakan signature Negeri Sembilan. Saya selalu juga masak hidangan ini; kadang2 guna udang, ikan tenggiri,daging salai dan juga ayam.Kalau masak lemak daging dan ayam saya akan gunakan periuk serbaguna/tekanan Noxxa kerana ia cepat masak dan jimat masa🤗. Caranya ialah dengan menggunakan fungsi ‘High Pressure’ selama 8 min; ayam cepat lembut dan teruskan pula dengan fungsi ‘Stirfry’ sehingga kuah menjadi pekat seperti yang digemari.#merdekapassport Mahadiah -
Otak-Otak Saba Otak-Otak Saba
#goldenapron #minggu21 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Hari ini CN kongsikan resipi Otak-Otak versi mudah yang CN buat untuk pertandingan Saba Je La Ayam Brand tempoh hari. Ia sangat mudah, cepat dan sedap. Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Jarang-jarang sangat buat ayam masak lemak ni. Selalu goreng saja @ buat sambal.Recook resepi daripada cookpadies Bintun Jamil dengan sedikit olahan pada bahan dan cara penyediaannya. Norashikin Rahmat -
Rendang Ayam Cili Padi Rendang Ayam Cili Padi
Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Nora Hj Talib
Lebih Banyak Resipi
Komen