Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat

#goldenapron #minggu19 #minggukesembilanbelas #saturesipisatupohon #CookpadderPerak
Assalammualaikum sahabat Cookpadders.
Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat adalah menu kegemaran CN seisi keluarga. Isi ikan jenahak yang lembut dan manis bergandingan dengan gulai berlemak dan pedas memang menambat selera. Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Menu gulai ini amat ringkas dan mudah disediakan. CN sukakan aroma serai dan daun kunyit yang harum. Cukup menyelerakan apabila dimakan.
Selamat mencuba ya kawan-kawan 😍
Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat
#goldenapron #minggu19 #minggukesembilanbelas #saturesipisatupohon #CookpadderPerak
Assalammualaikum sahabat Cookpadders.
Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat adalah menu kegemaran CN seisi keluarga. Isi ikan jenahak yang lembut dan manis bergandingan dengan gulai berlemak dan pedas memang menambat selera. Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Menu gulai ini amat ringkas dan mudah disediakan. CN sukakan aroma serai dan daun kunyit yang harum. Cukup menyelerakan apabila dimakan.
Selamat mencuba ya kawan-kawan 😍
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan seperti berikut.
- 2
Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali.
- 3
Masukkan santan kotak dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
- 4
Masukkan serai, daun kunyit dan terung bulat. Kacau rata dan didihkan.
- 5
Apabila terung sudah separuh masak, masukkan ikan jenahak, asam keping dan garam secukup rasa.
- 6
Kacau gulai sehingga ikan jenahak dan terung bulat masak sempurna. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Gulai Lemak Kulat Sisir dan Udang Gulai Lemak Kulat Sisir dan Udang
#goldenapron2020 #minggu35 #CookpadderPerak #gulailemaktumisAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian.Pejam celik pejam celik rupanya ini adalah minggu kedua terakhir untuk Peraduan Golden Apron 2020. Tinggal seminggu saja lagi. Alhamdulillah. ❤CN sangat suka Gulai Lemak. Kebiasaanya gulai lemak yang Mak dan CN buat adalah jenis yang dileburkan terus (cara Negeri Sembilan). Tapi ada juga gulai lemak yang ditumis terlebih dahulu. Seperti contoh resipi CN kali ini. Ia sangat enak dan menyelerakan apatah pula ramuan utamanya adalah Kulat Sisir. Rasanya yang kenyal apabila dikunyah cukup membangkitkan nostalgia.Selamat mencuba. 🥰#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Gulai lemak udang bayam brazil Gulai lemak udang bayam brazil
#goldenapron2020 #minggu19 #cookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders yang dihormati sekalian. Baiklah untuk minggu ke 19 ini, CN kongsikan resipi menggunakan Bayam Brazil. Maklumlah ramai yang teruja menikmatinya kan? Tumbuhan ini amat mudah ditanam dan rasanya pun enak serta kaya khasiat.Selain dimakan begitu saja, ia juga sedap dibuat gulai lemak bersama udang. Tak percaya? Cubalah ya resipi mudah ini.Selamat mencuba.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Ikan Rebus Goreng Sambal Ikan Rebus Goreng
#goldenapron2020 #minggu12 #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. Entri kali ini CN kongsikan resipi Sambal Ikan Rebus Goreng yang menjadi kegemaran suami CN.Sambal ini ala Sambal Ikan Aye Terengganu yang dinikmati bersama Nasi Lemak. Oleh kerana Encik Suami sukakan Ikan Kembung, jadi CN ganti Ikan Tongkol (Ikan Aye) dengan Ikan Kembung. Rasanya sedap juga.Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Cili Padi Bawal bersama Terung Sambal Cili Padi Bawal bersama Terung
#goldenapron #minggu20 #minggukeduapuluh #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah sudah sampai kita ke minggu 20 bagi pertandingan Golden Apron ini. Tak lama lagi ia akan berakhir dan pastinya CN merindui detik-detik perkongsian resipi bersama sahabat semua.CN seorang yang amat sukakan makanan laut. Ikan bawal merupakan antara ikan kegemaran CN. Biasanya CN masak ikan bawal goreng atau dimasak kari. Rasanya ya ampun memang sedap sekali. CN sukakan isinya yang putih dan halus. Suka sungguh CN mencubit isinya untuk diratah. 🤣Kali ini CN masak ikan bawal bersama terung bersambal cili padi. Aduh memang pedas dan terangkat. Makan dengan Nasi putih yang panas-panas. Memang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Baiklah, tak nak menulis panjang lebar, sahabat semua jemputlah cuba ya. ❤️❤️❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ikan Cencaru Sambal Tumis Maggi Ikan Cencaru Sambal Tumis Maggi
#goldenapron2020 #minggu22 #CookpadderPerak #sambaltumisMaggi #ikancencaruAssalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Diharapkan semuanya sihat belaka ya.Baiklah, hari ini CN teringin nak makan Ikan Cencaru Sambal. Jadi CN gunakan Sambal Tumis Maggi yang amat mudah untuk dimasak selain rasanya juga enak. Tak perlu nak tambah air asam jawa lagi. CN hanya tambahkan Maggi Secukup Rasa dan sedikit gula. Memang sedap. Jemputlah cuba ya. ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Gulai Lemak Ikan Kembung dan Terung #Perak #RayaHiteaPertama Gulai Lemak Ikan Kembung dan Terung #Perak #RayaHiteaPertama
Gulai Lemak Ikan Kembung dan Terung ini menjadi kegemaran kami seisi keluarga. Enak dimakan bersama ikan masin goreng dan sayuran tumis. Selamat mencuba.#Perak #RayaHiteaPertama #CookPadMalaysia Ayuni Sara -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.Memasak Sepenuh Cinta♥️Nota:1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Gulai Daging Terengganu Gulai Daging Terengganu
#goldenapron2020 #minggu10 #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders.Alhamdulillah tanpa sedar kita sudah tiba ke minggu 10 untuk cabaran Golden Apron 2020. Hari ini pula sudah 6 Zulkaedah 1441H. Begitu cepat masa berlalu.Kali ini CN kongsikan resipi Gulai Daging Terengganu yang menjadi kesukaan Encik Suami CN. Almaklumlah anak jati Terengganu 😅😂Menariknya resipi ini kerana ia menggunakan susu cair dan rasa gulainya pun sedap. Aroma harum dan menyelerakan. Gulai Daging ini juga seringkali dipadankan dengan Nasi Minyak. Memang sedap 👍. Selamat mencuba.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Bubur Nasi Bunga Telang Bubur Nasi Bunga Telang
#goldenapron2020 #minggu25 #CookpadderPerak #buburnasi #bungatelangAssalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Selamat berhujung minggu.Kali ini CN kongsikan resipi bubur nasi menggunakan bunga telang sebagai penganti kepada pewarna makanan. Nampak cantik pula bubur nasi berwarna biru kan? Kebiasaannya kita makan bubur nasi berwarna putih saja, tetapi kali ini CN cuba hasilkan bubur berwarna biru untuk menaikkan selera menikmatinya.Selain udang, kawan-kawan boleh gunakan juga isi ayam atau daging mengikut citarasa. CN juga sukakan rasa bubur yang pedas, jadi CN taburkan serbuk cili ketika mahu menikmatinya.Selamat mencuba. ♥️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kari Ikan Bawal (tanpa santan) Kari Ikan Bawal (tanpa santan)
#goldenapron2020 #minggu28 #CookpadderPerak #kari #kariikan #kariikanbawal #karitanpasantanAssalammualaikum sahabat Cookpadder yang dihormati sekalian.Bertemu lagi kita. ❤Hari ini CN kongsikan resipi Kari Ikan Bawal tanpa menggunakan santan. Kari ini pekat dan kaya dengan rempah. Sesuai buat kawan-kawan yang sedang berdiet dan mahu mengurangkan pengambilan santan.Santan juga boleh digantikan dengan yogurt jika kawan-kawan mahukan kari versi sihat.Selamat mencuba. 👌#CNDiDapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Otak-Otak Saba Otak-Otak Saba
#goldenapron #minggu21 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Hari ini CN kongsikan resipi Otak-Otak versi mudah yang CN buat untuk pertandingan Saba Je La Ayam Brand tempoh hari. Ia sangat mudah, cepat dan sedap. Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Daging Masak Merah Daging Masak Merah
#goldenapron2020 #minggu11 #CookpadderPerak #dagingmasakmerahAssalammualaikum sahabat Cookpadders yang CN hormati. Alhamdulilah sudah minggu ke-11 rupanya Golden Apron 2020.Kali ini CN kongsikan resipi Daging Masak Merah ala CN yang sedap dan disukai oleh keluarga tersayang. Sangat mudah membuatnya. Selain daging, boleh juga digantikan dengan Ayam atau Makanan Laut kegemaran anda.Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi
Komen