Kek Coklat Moist ~ versi bakar

Mawar Wilsa
Mawar Wilsa @Mawar_Wilsa
Malaysia 🇲🇾

MOIST CHOCOLATE CAKE loyang 10x10" ...Chocolate Cake versi bakar...walaupun bakar tetap moist...sesedap rasa ditambah lagi dengan chocolate ganache...highly recommended ❤

Kongsi

Ramuan

  1. 🍒 Bahan A
  2. ✔90gm serbuk koko
  3. ✔200gm gula kastor
  4. ✔200gm minyak masak/minyak jagung/canoli/
  5. sunflower
  6. ✔250g susu pekat
  7. ✔1 tin susu cair
  8. 🍒 Bahan B (dicampur & dipukul sampai kembang)
  9. ✔4 biji telur gred A
  10. ✔esen vanila - saya letak 1 sudu kecil
  11. 🍒 Bahan C (dicampurkan sekali & diayak)
  12. ✔150gm tepung gandum/kek/superfine
  13. ✔1 sudu kecil baking powder
  14. ✔1 sudu kecil baking soda

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan semua bahan A ke dalam 1 bekas stainless steel/periuk, kacau rata sampai sebati & masak di atas api kecil..masak sekejap sahaja sambil adunan dikacau..kacau perlahan2..tidak perlu mendidih @ sampai berasap...adunan hanya suam2 panas..kalau rasa bekas tu dah panas boleh terus tutup api.

  2. 2

    Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi & kacau.

    Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati.

  3. 3

    Masukkan ke dalam loyang yg dah disapu dgn butter/marjerin & dilapik dgn baking paper..sy guna loyang saiz 9 inci..nak TEBAL sikit guna LOYANG 8inci.

    Panaskan oven dahulu (preheat) sy panaskan 10min suhu 180c.
    Bakar sehingga masak..nk KUKUS pun boleh..sy bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 1 jam..walaupun bakar tapi tetap moist.

  4. 4

    Sejukkan kek dulu baru curahkan choc topping..sy sejukkan kek dalam chiller..nanti topping akan melekat cantik dekat kek.

  5. 5

    🍎 Resepi chocolate topping
    ✔200gm chocolate compound/choc masak..didadu/
    dipotong kecil
    ✔100gm whipping cream

    🍏 Caranya

    1. Masukkan chocolate compound dalam bekas stainless steel..double boil kan..bila coklat dah cair masukkan pula cream tadi..kacau smpai sebati..siap

    *nak pekat sikit guna 80gm whipping cream

  6. 6

    Sebabkan saya tiada chocolate compound saya guna resepi lain utk topping..Resepi dibawah

    🍎 resepi chocolate topping - gandakan resepi dibawah baru dapat cover sebiji kek diatas ya.

    ✔1/2 cawan serbuk koko
    ✔1/2 cawan susu pekat manis
    ✔1 sudu besar minyak masak

    🍏 Caranya

    1. Masukkan serbuk koko dan susu pekat manis ke dalam periuk. Gaul hingga sebati.Panaskan atas api yang kecil. Masukkan minyak masak. Gaul sekejap dan matikan api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mawar Wilsa
Mawar Wilsa @Mawar_Wilsa
pada
Malaysia 🇲🇾
❤🍒🍎🍓💕#mawarwilsa#mawar_resepi#mawarhomecooking#alhamdulillah
Baca lagi

Komen (5)

emi iris
emi iris @ujuk77
I like it! I dah cuba dah sis..terbaek 👍🏻. Thank you for resepi tu sis 🤗
(diedit)

Resipi Sepertinya