Kek Coklat Kunafa Pistachio

Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) @arcticsyapex

Assalamualaikum semua.... Hari ni kita kembali dengan kek birthday untuk tahun ni.... Selamat hari tua lah kann...... Hahaaa.... Kalau ikutkan aku nak buat yg versi ketuk² bahagian coklat tu. Tp yg tu kena buat dlm bekas kecik² br cantik. Yang ni versi coklat ganache lembut. Lps ni buleh la try versi ketuk² tu. Kalau rajin lahhh.... Hahaaa.....

Kek Coklat Kunafa Pistachio

Assalamualaikum semua.... Hari ni kita kembali dengan kek birthday untuk tahun ni.... Selamat hari tua lah kann...... Hahaaa.... Kalau ikutkan aku nak buat yg versi ketuk² bahagian coklat tu. Tp yg tu kena buat dlm bekas kecik² br cantik. Yang ni versi coklat ganache lembut. Lps ni buleh la try versi ketuk² tu. Kalau rajin lahhh.... Hahaaa.....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-7 orang
  1. Kek Coklat
  2. Bahan A
  3. 1/3 cawanserbuk koko
  4. 1/3 cawangula perang
  5. 1/3 cawansusu segar
  6. 1/3 cawansusu pekat manis
  7. 1/3 cawanminyak jagung
  8. Bahan B
  9. 1/3 cawan+ 1 sudu besar tepung kek*
  10. 1/3 sudu kecilbaking powder*
  11. 1/3 sudu kecilsoda bikarbonat*[ diayak ]
  12. Bahan C
  13. 1 bijitelur
  14. 1/2 sudu tehesen vanila
  15. Kunafa Pistachio
  16. 100 gmdoh kunafa
  17. 25 gmmentega
  18. 25 gmkacang pistachio (bakar & hancurkan)
  19. 150 gmpistachio spread
  20. Pistachio Cheese
  21. 250 gmcream cheese
  22. 4 sudu besargula aising
  23. 100 mlwhipping cream (pukul kental)
  24. 150pistachio spread
  25. 1/2 sudu besarserbuk gelatin + 2 sudu besar air panas (cairkan)
  26. 1/2 sudu besarpistachio paste
  27. Chocolate ganache
  28. 200 gmdark chocolate
  29. 100 mlwhipping cream

Cara Memasak

  1. 1

    Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.

  2. 2

    Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.

  4. 4

    Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.

  5. 5

    Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci. Ketepikan dan sediakan kunafa pistachio pula.

  6. 6

    Bila kek dah masak, kita buat kunafa pistachio. Potong doh kunafa pendek-pendek supaya mudah goreng.

  7. 7

    Cairkan mentega dan goreng doh kunafa hingga keperangan dengan api kecil.

  8. 8

    Setelah doh kunafa keperangan, ketepikan dan biarkan sejuk.

  9. 9

    Satukan kunafa tadi dengan pistachio spread dan kacang pistachio. Sebatikan.

  10. 10

    Tuang atas adunan kek coklat. Tekan sedikit supaya padat. Ketepikan.

  11. 11

    Selepas kunafa pistachio siap, kita buat pistachio cheese pula. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.

  12. 12

    Masukkan pistachio spread & pistachio paste. Putar sebat.

  13. 13

    Masukkan larutan gelatin dan putar.

  14. 14

    Masukkan whipping cream dan gaul rata.

  15. 15

    Tuang atas adunan kunafa pistachio.

  16. 16

    Sejukkan hingga adunan betul-betul set.

  17. 17

    Selepas siap pistachio cheese, kita buat chocolate ganache. Satukan dark Coklat dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.

  18. 18

    Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas pistachio cheese.

  19. 19

    Sejukkan semalaman kek sebelum dipotong.

  20. 20

    Jika ada lebihah chocolate ganache, simpan dalam peti sejuk sehingga ganache keras. Kemudian paipkan keliling kek dengan coklat ganache menggunakan nozzle yang sesuai.

  21. 21

    Tabur keliling kek dengan kacang pistachio & coklat flakes...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
pada
Aku lebih suka mem'baking' dari memasak... Sebabnya kalau baking dah ada sukatan. Kalau memasak banyak pakai term secukupnya, agak-agak, sesedap rasa... Haaa... Aku dah mula pening.... Kalau nak tengok resepi lain² boleh search blog " Syapex Kitchen "
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (4)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Tuuuu diaaaaaa orang len baru nak berjinak buat cekelat kunafa dia jump buat sebijik kek teruih! Hebat! 👏👏👏

Resipi Sepertinya