🥀pastry fruirt cake🥀

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Kek yang pernah viral dulu.. Pastry Fruit Cake.. Seronok tengok ramai yang follow buat ni.. buah cantik terletak.. sedap dimakan bersama creamy vanila sos juga coklat sos..

🥀pastry fruirt cake🥀

Kek yang pernah viral dulu.. Pastry Fruit Cake.. Seronok tengok ramai yang follow buat ni.. buah cantik terletak.. sedap dimakan bersama creamy vanila sos juga coklat sos..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. ♥Bahan♥
  2. 100 gbutter
  3. 160 ggula halus (Aznie bubuh 130g je)
  4. 3 bijitelur ayam (A @ B)
  5. 210 gtepung gandum. }ayak
  6. 1s/k baking powder. }ayak
  7. 1s/t Vanila flovor
  8. 1s/t Lemon zest / kulit oren
  9. 100 gsourcream / yogurt
  10. buah2 segar.. Seperti strawberry, blue berry, buah peach
  11. Peach aznie guna dlm tin je.. yang segar aje mahe
  12. pastikan buah2an ditoskan dahulu ye.. XNak ada air
  13. 🥀Creamy vanila sous...🥀
  14. ♥Bahan♥
  15. 1 cawansusu cair
  16. 1 cawanwhipping cream
  17. 1s/k vanila flovor
  18. 1@ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita nak)
  19. 4 bijikuning telur

Cara Memasak

  1. 1

    ♥Cara♥
    ---------------
    ▶pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul ngan gula caster hingga creamy..

  2. 2

    ▶pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..

  3. 3

    ▶masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa ni...

  4. 4

    ▶masukkan vanila flovor juga lemon zest.. Pukul lagi..

  5. 5

    ▶masukkan bahan kering yg telah diayak tadi sedikitdemi sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati..

  6. 6

    ▶Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)

  7. 7

    ▶masukkan adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..

  8. 8

    ▶kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan tidak 'watery'...

  9. 9

    ▶Kemudian bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api atas bawah..

  10. 10

    ▶cucuk dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek..

  11. 11

    ▶untuk dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar.. Dan xlarut dalam kek..

  12. 12

    ▶Siap.. Bole la dihidangkan..

  13. 13

    Aznie bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
    *** aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah..

  14. 14

    #TIPSUPAYABUAHTAKTENGGELAM...
    ~~sebelum bubuh buah hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali.. Supaya tiada ruang udara didalam..

  15. 15

    ~~sebelum bubuh buah.. Buah hendaklah ditapis airnya dahulu.. Jangan bubuh buah yang berair.

  16. 16

    ~~buah jangan dipotong nipis.. Biar tebal skit.. Klu nipis mmg akan tenggelam..

  17. 17

    ~~kalau nk permukaan kek cantik elok xde warna perang.. Kita kn jaga api ye.. Klu suhu oven kita ni jenis cpt panas.. Kome bole kurangkan suhu oven ye.. Xsemestinya kena ikut resepi bulat2.. Suhu oven masing2 mmg xsama.. Klu bila kita sentuh kek.. Permukaan kek dh msk tapi bahagian dlm belum lagi.. Kome bole tukar bakar kek guna api bawah je plk.. Bakar lagi hingga masak.. Baru kek jadi cantik..

  18. 18

    ~~satu lg tip penting.. Kek kalau bole jgn bakar sampai warna perang dipermukaan.. Nnt kek jadi krg lembut... Tepi2 kek akan kering sedikit.. Tp bhgn dlm ttp lembut.. Kita nk luar dan dlm lembut.. Br 👍

  19. 19

    ♥Cara Untuk Sos♥
    ----------------------------------
    ▶panaskan susu cair, whipping cream juga vanila flovor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk.. Tutup api..

  20. 20

    ▶pukul kuning telur bersama gula hingga sebati..

  21. 21

    ▶masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebari.. (Pastikan sentiasa kacau ye.. Jangan malas🤣)

  22. 22

    ▶kemudian masukkan semula kedalam periuk.. Dan masak lagi hingga agak pekat... Sentiasa dikacau ye.. Jangan terlalu pekat.. Sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi..

  23. 23

    ▶siap.. Tutup api.. Kemudian tapis kedalam mangkuk..

  24. 24

    ▶sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama pastry fruits cake ye..

  25. 25

    ▶sedap macam mkn aiskrim vanila..

  26. 26
  27. 27
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Resipi Sepertinya