Pastry fruit cake

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Beberapa minggu ni fikiran blur sikit. Macam-macam dugaan bertimpa. Tapi Aznie doakan moga dipermudahkan segalanya. Hari ni Aznie kuatkan juga semangat tuk teruskan cabaran buat cookpad. Aznie buat Pastry Fruit Cake je. Kenapa kek ni?? Jawapannya mudah, kek ni senang disrdiakan dan sedap dimakan walau pun tanpa sos creamy yang selalu Aznie buat. Strawberry dan kiwi lama beli dah. Sampai kecut strawberry jadinya. Banyak resepi masakan tergendala Aznie nak buat. walau bagaimana pun nanti akan Aznie buat jugak resepi-resepi yang tertunda. Seronok sangat, dan rasa lega bila siap juga cabaran 6 bahan dari Aznie. Sayang Cookpad Malaysia🌹.

Pastry fruit cake

Beberapa minggu ni fikiran blur sikit. Macam-macam dugaan bertimpa. Tapi Aznie doakan moga dipermudahkan segalanya. Hari ni Aznie kuatkan juga semangat tuk teruskan cabaran buat cookpad. Aznie buat Pastry Fruit Cake je. Kenapa kek ni?? Jawapannya mudah, kek ni senang disrdiakan dan sedap dimakan walau pun tanpa sos creamy yang selalu Aznie buat. Strawberry dan kiwi lama beli dah. Sampai kecut strawberry jadinya. Banyak resepi masakan tergendala Aznie nak buat. walau bagaimana pun nanti akan Aznie buat jugak resepi-resepi yang tertunda. Seronok sangat, dan rasa lega bila siap juga cabaran 6 bahan dari Aznie. Sayang Cookpad Malaysia🌹.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 100 gbutter
  2. 125 ggula halus
  3. 3biji telur (A)
  4. 210 gtepung gandum. }ayak
  5. 1s/k baking powder. }ayak
  6. 100 gsourcream / yogurt
  7. buah-buahan segar. Seperti strawberry, kiwi dan buah peach
  8. pastikan buah2an ditoskan dahulu ye.. tak Nak ada air

Cara Memasak

  1. 1

    ♥Cara♥
    ---------------
    ▶pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul ngan gula caster hingga creamy..

  2. 2

    ▶pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..

  3. 3

    ▶masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa ni...

  4. 4

    ▶masukkan bahan kering yg telah diayak tadi sedikitdemi sedikit sambil dipukul hingga sebati..

  5. 5

    ▶Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)

  6. 6

    ▶masukkan adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..

  7. 7

    ▶kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan tidak 'watery'...

  8. 8

    ▶Kemudian bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api atas bawah..

  9. 9

    ▶cucuk dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek..

  10. 10

    ▶untuk dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar.. Dan xlarut dalam kek.. (Aznie tak bubuh)

  11. 11

    ▶Siap.. Bole la dihidangkan.. Untuk yang ni Aznie tak makan dengan sos. kalau ada sos dia lagi sedap.

  12. 12

    Aznie bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
    *** aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah..

  13. 13

    TIP SUPAYA BUAH TAK TENGGELAM...
    ~~sebelum bubuh buah hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali.. Supaya tiada ruang udara didalam..
    ~~sebelum bubuh buah.. Buah hendaklah ditapis airnya dahulu.. Jangan bubuh buah yang berair..
    ~~buah jangan dipotong nipis.. Biar tebal skit.. Klu nipis mmg akan tenggelam..

  14. 14

    ~~kalau nk permukaan kek cantik elok xde warna perang.. Kita kn jaga api ye.. Klu suhu oven kita ni jenis cpt panas.. Kome bole kurangkan suhu oven ye.. Xsemestinya kena ikut resepi bulat2.. Suhu oven masing2 mmg xsama.. Klu bila kita sentuh kek.. Permukaan kek dh msk tapi bahagian dlm belum lagi.. Kome bole tukar bakar kek guna api bawah je plk.. Bakar lagi hingga masak.. Baru kek jadi cantik..

  15. 15

    ~~satu lg tip penting.. Kek kalau bole jgn bakar sampai warna perang dipermukaan.. Nnt kek jadi krg lembut... Tepi2 kek akan kering sedikit.. Tp bhgn dlm ttp lembut.. Kita nk luar dan dlm lembut.. Baru 👍

  16. 16
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen (6)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
halah halah halah. lama dah masok list tp asyik lupa nak masak. @GoodFellas sila cooksnap 🤣🤣🤣

Resipi Sepertinya