Sardin Goreng

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Bila dapat task masakan dalam tin, terus terbayang sardin😄.

Menu sardin nie antara yang popular kat rumah bila masak last minute. Bukan apa, jika bahan basah dah habis stok, ikan sardin dalam tin adalah penyelamat untuk menu makan keluarga selain telur.

Nak sediakan pun simple dan cepat sangat sebab tak memerlukan masa yang lama.
Jika nak lebih sedap, ikan sardin perlu digoreng dulu dan akan memberikan kelainan rasa pada masakan ikan sardin.

Jom cuba menu yang popular ini😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 tinsardin besar
  2. 3 ulasbawang putih
  3. 1labu bawang besar
  4. 1biji cili merah
  5. 5sudu besar sos tomato
  6. 1/2sudu kecil serbuk lada hitam
  7. 1/2biji air perahan limau nipis

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Goreng ikan sardin dahulu. Siap boleh angkat.

  3. 3

    Tumis bawang putih dan bawang besar guna minyak goreng ikan sardin sampai naik bau. Masukkan sos dari dalam tin sardin ke dalam tumisan

  4. 4

    Masukkan sos tomato dan serbuk lada hitam. Tumis sekejap

  5. 5

    Masukkan ikan sardin yang telah digoreng dan biar mesra dengan kuah. Tutup api dan perah air limau nipis. Sedia dihidang bersama nasi panas😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Resipi Sepertinya