11:10:23 - Lempeng cendawan tiram

menu rahmah lagi. memang padat rasa lempeng/dasar telur bersama cendawan tiram ni. sedp dimakan bersama nasi panas-panas. Modal pun murah saja boleh makan 3 - 4 orang. boleh tambah lauk sambal gesek dan kicap juga.
#MenuRahmah
11:10:23 - Lempeng cendawan tiram
menu rahmah lagi. memang padat rasa lempeng/dasar telur bersama cendawan tiram ni. sedp dimakan bersama nasi panas-panas. Modal pun murah saja boleh makan 3 - 4 orang. boleh tambah lauk sambal gesek dan kicap juga.
#MenuRahmah
Cara Memasak
- 1
Tumbuk cendawan tiram hingga lumat.
Kemudian masukkan ikan bilis dan cili padi - tumbuk hingga agak hancur - 2
Dalam bekas pecahkan telur dan kacau rata.
Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi dan sesedap rasa
Masukkan juga daun bawang
Gaul rata. - 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Tuang campuran telur tadi
Biar bahagian bawah garing, terbalikkan
Bila kedua- dua belah telah masak angkat dan sedia untuk dihidangkan
Resipi Sepertinya
-
3:10:23 - Kangkung tumis belacan 3:10:23 - Kangkung tumis belacan
Untuk menu Rahmah makan nasi berlaukkan kangkung goreng belacan ni memang terbaiklah. Tak payah nak lauk lain lagi dah. Kalau nak tambah ikan goreng pun boleh cari yang harga murah-murah saja. Ni kalau seikat kangkung saya sefamily 3- 4 orang memang lepas ni. Memang sesuai dengan menu Rahmah RM5 seorang makan.#MenuRahmah Hani Shaimi -
15:10:23 - Cokodok jagung 15:10:23 - Cokodok jagung
Ada jagung rebus tak dimakan-makan kejung kecut je dalam peti ais tu. Kita jadikan ia cokodok lah pulak. Usah membazir apa yang ada kita olah menjadi menu yang lebih menyelerakan. Modal pun murah je untuk kita jadikan ia sebagai menu Rahmah yang mengenyangkan.#MenuRahmah Hani Shaimi -
5:10:23 - Tauge 2 minit siap 5:10:23 - Tauge 2 minit siap
sedap digandingkan dengan ikan masin goreng bawang.harga menu ini kurang dari RM5 kerana harga tauge yang agak murah. Ikan masin pula cukup sekadar 2 ekor dan dipotong kecil-kecil digandingkan dengan gorengan potongan bawang dan cili merah yang ditabur diatasnya. Memang laju je bila dapat menu sebegini. Kita boleh saja menyajikan menu rahmah kepada keluarga kita mengikut citarasa dan kemampuan kita. Semuanya ditangan kita bagi menentukan bajet kewangan dalam keluarga kita. sajian ini adalah untuk kami 4 orang sekeluarga.#MenuRahmah Hani Shaimi -
13:10:23 - Lontong goreng bersama terung 13:10:23 - Lontong goreng bersama terung
Leftover2 yang ada usah dibuang. Boleh menjadi salah satu daripada menu Rahmah. Ikan yang tak habis makan sama ada dimasak atau digoreng ambil saja isinya untuk dijadikan rencah. Ayam atau daging juga boleh digunakan.#MenuRahmah Hani Shaimi -
14:10:23 - Bayam merah goreng basah 14:10:23 - Bayam merah goreng basah
Sesuaikan untuk dijadikan sebagai menu Rahmah. Kami makan sekeluarga 3 orang. Digandingkan dengan ikan goreng mabung sorang sekor. Bajet kesemua tak sampai RM15 untuk 3 orang makan. Sesuai dengan keadaan semasa yang kesemua barangan naik harga.#MenuRahmah Hani Shaimi -
7:10:23 - Sambal bilis menyengat 7:10:23 - Sambal bilis menyengat
kali ni dapat cili yang tak pedas. letak banyak cili pun tak pedas. warna cili pun cantik merah. so kali ni terpaksa letak lebih cili.Sambal ikan bilis, tambah nasi lemak, telur rebus, dan timun memang menjadi menu Rahmah kami sekeluarga. Masak nasi lemak 2 pot digandingkan dengan sambal bilis ni kami makan breakfast dan lunch sekali. Memang tersangatlah bajet menu breakfast bersekali lunch kami ini#MenuRahmah Hani Shaimi -
26:11:23 - Tampura keledek & cendawan 26:11:23 - Tampura keledek & cendawan
Sedap dimakan bersama kicap dan wasabi. Dimakan begitu saja pun sedap.#GoldenApron23#Week20#KeledekCendawan Hani Shaimi -
1:10:23 - Telur mata air asam 1:10:23 - Telur mata air asam
Sorang sebiji je telur mata ni. Cukup memang cukup. Tak perlu banyak lauk terutama musim2 segala barang naik harga. Kat rumah ni memang ada 3 orang je. Kali ni kita makan menu Rahmah telur mata bersama air asam. Menu simple macam ni pun boleh layan 2 pinggan sorang.3 bj telur dalam RM1.50 je. Campur bawang sebiji, sedikit air asam, cili padi, sebiji tomato, garam dan gula. Memang terlebih dari Rahmah menu ni. Beras pun masak 1 pot kecil kami boleh share untuk 3 orang juga. Ikutkan menu Rahmah 3 orang RM15. Masak sendiri menu macam ni modal dalam RM6 - RM7 saja. Hani Shaimi -
Sate Cendawan Tiram #FayeKusairi Sate Cendawan Tiram #FayeKusairi
Biasanya cendawan tiram ini saya masak tumis, bubuh dalam tomyam atau goreng tepung. Kali ini saya buat sate pula yg dimakan bersama kuah kacang atau sambal kicap. Rasa sate cendawan tiram ini tak kalah sedapnya dgn sate ayam atau daging...sememangnya sesuai untuk sesiapa yg mengamalkan diet vegetarian. Dijadikan lauk makan dengan nasi pun sedap 😋 Eka Zahra -
3:11:23 - Sambal gesek buah tomato 3:11:23 - Sambal gesek buah tomato
Zaman dulu menu-menu simple je lah yang biasa mak-mak kami buat. sambal belacan makan dengan ulam-ulaman. Selain pembuka selera sambal macam ni lah yang mereka pandai buat. Masa dulu mana ada menu-menu dari pelbagai negara yang mak-mak or nenek-nenek kita reti nak buat. Dengar pun tak pernah. Sambal belacan/sambal gesek dan dilawankam dengan sayur masak bening/masak air. Rebus-rebus je gitu yang mereka pandai. Bagi era saya yang dah nak masuk 60an ni memang kami boleh bayangkan makanan-makanan di zaman kami dahulu semuanya simple2 je.#TerkenangSemasaDulu Hani Shaimi -
4:12:23 - Cendawan Tiram + Suhun Goreng Sos Tiram 4:12:23 - Cendawan Tiram + Suhun Goreng Sos Tiram
Kebetulan memang ada stok cendawan di rumah. Suhun pula lebihan buat soto tempohari dah siap digoreng untuk ditaburkan atas soto tersebut. Memang sayang dan tak nak membazir. So kita gunakan lah untuk task kali ini.#GoldenApron23#Week22#CendawanTiramSuhun Hani Shaimi -
8:10:23 - Sambal Gesek Buah Prune 8:10:23 - Sambal Gesek Buah Prune
Licin terus sambal ni hari ni. 1st time buat sebab masa nak buat sambal ni tadi terpandang buah prune ni. Biasa bila nak makan sambal ni kami akan perahkan limau kasturi untuk bagi masam2 dan kadangkala saya masuk kan belimbing buluh. Terpandang buah prune ni yang rasanya masam-masam manis memang sesuai pada tekak saya untuk dicampurkan dalam sambal ni. Terus ambik masukkan dalam sambal untuk dijadikan juadah tengahari ni. Tak perlu lagi perah limau dan tambah gula sebab semua rasa dah ada masam-masam manis. Layan tadi makan dengan ikan sepat pekasam. Perhhhh laju je licin semua lauk tu tadi.#GoldenApron23#Week13#Prune Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen