Pulut Durian Bunga Telang

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

073/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2233 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 16 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025

Menu kegemaran suami hakak. Pantang ada durian. Harus kena ada pulut. Baru puas makan katanya. Jadi untuk bagi nampak cantik, hakak gunakan bunga telang sebagai pewarna. Pastu buat bentuk bunga2. Comel ler sikit dan ada ler kelainan.

Pulut durian ni, hakak masak di rumah dan dibawa ke rumah mak. Tu gambarnya asal ada jela😌. Hakak dulu tak pandai makan pulut durian ni. Sekarang dah pandai sikit dah. Alhamdulillah 😘

Cookpad Magic Cart ( Week 16) :
🛒 Durian
🛒 Beras Pulut
🛒 Santan

Pulut Durian Bunga Telang

073/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2233 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 16 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025

Menu kegemaran suami hakak. Pantang ada durian. Harus kena ada pulut. Baru puas makan katanya. Jadi untuk bagi nampak cantik, hakak gunakan bunga telang sebagai pewarna. Pastu buat bentuk bunga2. Comel ler sikit dan ada ler kelainan.

Pulut durian ni, hakak masak di rumah dan dibawa ke rumah mak. Tu gambarnya asal ada jela😌. Hakak dulu tak pandai makan pulut durian ni. Sekarang dah pandai sikit dah. Alhamdulillah 😘

Cookpad Magic Cart ( Week 16) :
🛒 Durian
🛒 Beras Pulut
🛒 Santan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
10 -12 orang
  1. 1 kgberas pulut
  2. 1 literair (untuk merendam pulut)
  3. 12 kuntumbunga telang
  4. 1 litersantan + sedikit air
  5. Sedikitgaram
  6. Secukupnyadurian

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Bahan Utama : beras pulut dan durian

  2. 2

    Santan juga antara bahan utama. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama sedikit garam dan air. Didihkan seketika. Tutup api.

  3. 3

    Beras pulut dibasuh dan direndam selama 20minit. Untuk bahagian pulut warna putih ni hakak guna anggaran 700gm.

  4. 4

    Untuk bahagian warna biru ni anggaran beras pulut yang digunakan 300gm. Bunga telang direndam dengan air panas. Kemudian dimasukkan dalam bekas berisi beras pulut. Rendamkan selama 20minit juga.

  5. 5

    Setelah 20minit direndam. Beras pulut dimasukkan ke dalam loyang / acuan kukus. Sukatan air hanya sedikit sahaja lebih daripada beras pulut (jangan terlebih, nanti pulut lembik).

  6. 6

    Sama juga dengan beras pulut yang direndam air bunga telang. Masukkan ke dalam loyang / acuan kukus. Sukatan air hanya sedikit sahaja lebih daripada beras pulut (jangan terlebih, nanti pulut lembik).

  7. 7

    Kukus selama 30minit atau sehingga pulut kembang / masak sepenuhnya.

  8. 8

    Pulut disejukkan terlebih dahulu sebelum dibentuk menggunakan acuan. Ni pilihan je.

  9. 9

    Jika tak nak bersusah payah, hidangkan je terus seperti ini 🤭

  10. 10

    Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya