Ikan Kerisi Masak Singgang

Resepi ikan masak singgang ni saya belajar dari Mak saya. Menu ni pun antara masakan yang sangat ringkas tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Untuk waktu berpantang ataupun sesiapa yang mahu berdiet untuk jaga berat badan, boleh cuba resepi mudah ini.
Masak singgang ni boleh juga diganti dengan ikan lain, contohnya ikan selar.
Jom, lihat resepi ringkas untuk menyediakan Ikan Kerisi Masak Singgang.
“Dimulakan dengan Bismillah.
Disudahi dengan Alhamdulillah.”
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
#goldenapron
#1post1hopev2
Ikan Kerisi Masak Singgang
Resepi ikan masak singgang ni saya belajar dari Mak saya. Menu ni pun antara masakan yang sangat ringkas tapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Untuk waktu berpantang ataupun sesiapa yang mahu berdiet untuk jaga berat badan, boleh cuba resepi mudah ini.
Masak singgang ni boleh juga diganti dengan ikan lain, contohnya ikan selar.
Jom, lihat resepi ringkas untuk menyediakan Ikan Kerisi Masak Singgang.
“Dimulakan dengan Bismillah.
Disudahi dengan Alhamdulillah.”
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
#goldenapron
#1post1hopev2
Cara Memasak
- 1
Tumbukkan kunyit, bawang besar, bawang putih dan halia bersama.
- 2
Di dalam periuk, masukkan air dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dan didihkan. Masukkan juga cili padi jika mahu pedas.
- 3
Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kerisi, daun kunyit yang dikoyak-koyak serta asam keping. Biarkan mendidih kira-kira 5 minit (atau sehingga ikan sudah masak).
- 4
Masukkan sesudu kecil garam. Dan cuba rasa. Jika belum cukup rasa, boleh tambahkan garam lagi secubit demi secubit hingga cukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. Siap untuk dihidang!
Resipi Sepertinya
-
Cekodok Nasi Cekodok Nasi
Saya selalu rasa bersalah apabila terpaksa membuang nasi yang berlebihan ke tong sampah. Lebih ralat lagi kalau nasinya masih elok dan belum basi. Kalau di kampung, boleh bagi makan pada ayam belaan.Suatu hari, saya berbual dengan kawan lama sama universiti. Entah macamana saya bercerita kepadanya tentang rasa sedih saya membuang nasi tu. Lalu, beliau yang memang suka memasak dan cekap di dapur sejak zaman universiti pun berkongsilah sesuatu.“Kau buatlah nasi goreng. Kalau tak pun cekodok,” jawab beliau.“Nasi goreng aku pernahlah buat. Tapi cekodok tak pernah pulak aku tahu. Boleh eh?”“Mestilah boleh! Kau cari je resepi di internet, mesti ada punya.”Lalu, saya pun carilah resepi cekodok nasi seperti yang disarankan olehnya.Tak sangka saya, rupanya cekodok nasi rasa lebih sedap dan lembut berbanding cekodok tepung gandum sepenuhnya seperti yang saya selalu buat sebelum ni.Cekodok nasi sangat sedap dimakan panas-panas dengan dicicah sambal tumis. Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minum petang.Ikuti resepinya seperti berikut. Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#sarapan#goldenapron Nuraliyah Mn -
Kerisi Singgang Sihat Kerisi Singgang Sihat
Saya banyak belajar masak dengan emak.Resepi ikan kerisi singgang ini pun resepi emak saya.Senang disediakan dan bahan-bahannya pun mudah diperolehi.Hidangan ini tidak menggunakan minyak pun.Sebab itu saya namakan sajian ini sebagai Kerisi Singgang Sihat..Jom cuba resepi ini sahabat2.. Afidah Januri -
Kerisi Masak Asam Rebus Putih Kerisi Masak Asam Rebus Putih
#GoldenApron23Kerisi + LemonCuaca sekejap panas sekejap hujan membuatkan ramai yang kurang sihat sejak kebelakangan ni termasuk lah suami saya, selsema, demam dan batuk. Selera makan pun kurang. Saya harus masak menu yang tak menggunakan minyak untuk elak batuk nya semakin menjadi-jadi. Masak yang berebus jer, kalau masak yang harus menggunakan minyak masak juga, kena bijak untuk menggunakan kuantiti minyak nya, seboleh-boleh nya kalau dapat dikurangkan, memang saya kurangkan.Alhamdulillah ikan kerisi masak asam rebus putih ni menambah selera suami saya makan, berpeluh-peluh dia menghirup kuah nya, nasib baik buat kuah lebih. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Ikan Siakap Masam Manis Ringkas Ikan Siakap Masam Manis Ringkas
Beberapa hari lepas, suami membeli beberapa ekor ikan siakap. Masih ada dua ekor lagi yang terdampar di peti ais, menanti untuk dimasak.Tempoh hari seekor saya sudah masakkan Siakap Stim. Hari ini, saya pilih untuk masak Masam Manis versi ringkas sebab yang ada di dapur cuma bahan-bahan asas je.Semestinya mudah untuk anda yang baru nak biasakan diri dengan kuali dan sudip. Nah, ini dia resepi Ikan Siakap Masam Manis Ringkas.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron #minggu14#1post1hopev2 #kunyit Nuraliyah Mn -
Ikan kerisi masak putih Ikan kerisi masak putih
Kalau ada ikan kerisi ini adalah salah satu resepi akn dibuat simple tpi sedap selamat mencuba ❤️ #goldenapron2020 KAM -
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap
Sejak kecil, ayam masak kicap merupakan antara menu yang saya gemari. Begitu juga kini bagi anak-anak saya.Menu ini memang mudah disediakan dan sesuai dihidang bersama nasi panas.Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#minggu17 Nuraliyah Mn -
Ikan Kerisi Belah Belakang Ikan Kerisi Belah Belakang
Kalau malas sangat nak buat lauk, goreng jer ikan kerisi yang berisi sambal. Makan dengan nasi oanas dan ulam. Settle!#goldenapron2020 Izzah Ab Aziz -
👩🍳Ikan Kerisi Masak Asam 👩🍳Ikan Kerisi Masak Asam
Cookpad Apron 2025 Week 5COOKPAD MAGIC CART WEEK 5🛒Ikan kerisi🛒HaliaLauk mudah disediakan. Mirip lauk diletak cuka. Tetapi kali ini masam kuah datangnya dari asam jawa bukan dari cuka. Ikan kerisi digoreng garing dahulu sebelum dimasukkan kedalam kuah. Sedap makan dengan nasi panas-panas.#CookpadApron2025#CA20252452/3K76/2025 Mahadiah -
Tumis Asam Ikan Kerisi Bersama Labu Air Tumis Asam Ikan Kerisi Bersama Labu Air
#51/681/2025#CookpadApron2025#CA2025#20#Week5:Ikan Kerisi selain digoreng garing,boleh juga dipelbagaikan cara masaknya.Isinya yang manis memang memikat selera.Tumis Asam Kerisi memang favourite Encik Suami,siap hirup kuah sekali,campur pula Labu Air lagilah laju makannya.Alhamdulillah.:Magic Cart (Lengkap):9) Ikan Kerisi10) Labu Air ha.lim39 -
Singgang Ikan Tudung Periuk Singgang Ikan Tudung Periuk
Ikan Tudung Periuk/Ikan Buna/Ikan Telinga Gajah. Macam-macam gelaran nya, tak tau la kenapa dipanggil dengan nama-nama sebegitu. Ikan ni jiran yang sedekahkan sebab dia memborong dengan nelayan di Kampung Buntal semalam. Terima kasih Sue, semoga murah lagi rezeki Sue sekeluarga 🤲🏻 Ikan segar macam ni memang sedap kalau dibuat masakan singgang. Tambah-tambah pula, hujan lebat, memang syok pekena sup panas-panas, gu pulak dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Memang ke laut la diet 😂 Dapur Yusfarisyia -
Ikan Tenggiri Masak Tauchu Ikan Tenggiri Masak Tauchu
Menu ini mengingatkan pada arwah Opah. Apabila musim cuti sekolah, kami akan bercuti di rumahnya. Ikan tenggiri merupakan salah satu menu yang biasanya Opah akan masak.Selain ikan tenggiri sambal, menu Ikan Tenggiri Masak Tauchu adalah masakannya sangat saya sukai. Namun, tak sempat belajar memasak menu ini terus daripadanya, beliau sudah dipanggil kembali menghadap Ilahi.Suatu hari, ketika baru berumahtangga, suami belikan ikan untuk saya masak. Teringat saya pada lauk tauchu Arwah Opah, saya terus angkat telefon tanya resepi Arwah Opah pada Acu (Mak Usu).Tak sangka, mudah rupanya untuk sediakan lauk Ikan Tenggiri Masak Tauchu. Dari hanya ikan goreng, buatkan saja kuahnya dengan bahan yang mudah, terus siap!Jom, kita lihat macamana nak masak Ikan Tenggiri Masak Tauchu...“Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah”#goldenapron#1post1hopev2 Nuraliyah Mn -
Singgang Pedas Kerisi Tempoyak Singgang Pedas Kerisi Tempoyak
Dah lama tak masak singgang pedas kerisi tempoyak resepi mak saya ni.. Beberapa hari lepas, mak saya pos tempoyak dari Terengganu, jadi apalagi.. terus la masak lauk febret saya ni..cicah dgn budu campur tempoyak..perghh bertambah-tambah nasi saya makan 😋 tak payah lauk lain dah.. Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen