Nasi Goreng Kari Mama

Nur Aziqah
Nur Aziqah @aziq
Sabah, Malaysia

Assalamualaikum & hi

Bangun bangun pagi ni rasa teringin nak makan nasi goreng kari. Masa kecil dulu, mama saya suka masak nasi goreng kari atau nasi goreng kunyit untuk sarapan. Kalau tiada kunyit atau kari, mama akan masak nasi goreng kosong letak bawang sahaja. Tetapi entah kenapa walaupun cuma nasi goreng kosong dan bawang tapi rasanya sungguh sedap. Rindunya masa tu walaupun hidup kami serba kekurangan.

Zaman kanak-kanak yang pastinya takkan kembali lagi dan akan selalu dirindui.

Nasi Goreng Kari Mama

8 orang bercadang membuatnya

Assalamualaikum & hi

Bangun bangun pagi ni rasa teringin nak makan nasi goreng kari. Masa kecil dulu, mama saya suka masak nasi goreng kari atau nasi goreng kunyit untuk sarapan. Kalau tiada kunyit atau kari, mama akan masak nasi goreng kosong letak bawang sahaja. Tetapi entah kenapa walaupun cuma nasi goreng kosong dan bawang tapi rasanya sungguh sedap. Rindunya masa tu walaupun hidup kami serba kekurangan.

Zaman kanak-kanak yang pastinya takkan kembali lagi dan akan selalu dirindui.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 2 mangkuknasi sejuk
  2. 1 1/2 sudu besarserbuk kari (kalau suka pedas boleh tambah)
  3. 2 ulasbawang putih
  4. 2 ulasbawang merah
  5. 2 kuntumbunga lawang
  6. 2 bijicengkih
  7. Sedikitsayur kobis
  8. secukupnyaGaram dan perasa
  9. boleh tambahkan ayam, daging, telur atau bilis

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan kuali, tumiskan bawang putih dan merah bersama bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau sehingga pecah minyak kemudian masukkan kobis dan bahan lain seperti ayam/daging/telur/bilis pilihan korang.

  2. 2

    Setelah semua bahan sebati dan hampir masak barulah masukkan nasi. Gaul sehingga masak dan tambahkan garam perasa mengikut citarasa masing masing.

  3. 3

    Dah siapp. Simple tapi sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Aziqah
pada
Sabah, Malaysia
A good recipe can create a miracle
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya