Kek Lapis Cranberries

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Resepi asal guna cream cheese kita olah sedikit ganti dengan yogurt. Alhamdulillah, sedap jer.

Kek Lapis Cranberries

Resepi asal guna cream cheese kita olah sedikit ganti dengan yogurt. Alhamdulillah, sedap jer.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 grammentega / marjerin
  2. 50 gramgula halus
  3. 30 gramovalett
  4. 350 gramsusu pekat
  5. 1 sudu tehesen vanila
  6. 10 bijitelur gred A
  7. 100 gramcreamer
  8. 370 gramyogurt
  9. 200 gramdried cranberries (saya kisar)
  10. 350 gramtepung pau/gandum/hongkong/superfine
  11. 150 mlsusu full cream
  12. Secukupnyapewarna merah
  13. Secukupnyapewarna pink
  14. Secukupnyapewarna putih

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan mentega, gula halus, ovalett, susu pekat dan esen vanila. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan bertukar putih krim.

  2. 2

    Masukkan telur 1 persatu hingga habis dan sebati, perlahankan mixer, masukkan creamer (saya guna indo creamer) dan yogurt. Putar hingga sebati.

  3. 3

    Masukkan buah cranberries kering yang telah dikisar. Putar lagi sebati kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu full cream hingga habis.

  4. 4

    Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak.

  5. 5

    Letakkan pewarna. (Nak tukar warna lain pun boleh).
    Saya timbang180gram setiap lapisan.
    Panaskan oven selama 10 minit suhu 180°©.
    Lapisan pertama guna api atas bawah selama 8 minit. Letak loyang kek dirak paling bawah.

  6. 6

    Saya bakar, 2 lapisan merah, 2 lapisan pink terang dan 2 lapisan pink lembut. Ulang lagi hingga habis.
    **Pastikan tekan-tekan kek sebelum melapis lapisan yang seterusnya.

  7. 7

    Untuk lapisan ke 2 dan hingga lapisan terakhir.
    Bakar selama 8 minit suhu 150°© menggunakan api atas sahaja.
    **Akhir sekali ada lebihan setiap warna saya marble kan jer.

  8. 8

    Setelah masak, keluarkan dari oven dan sisip tepi-tepi kek dan biar sejuk sedikit baru keluarkan dari loyang. Bila kek dah sejuk, wrapkan dan simpan dalam peti sejuk.

  9. 9

    Saya simpan semalaman dalam peti sejuk baru potong.

  10. 10

    Lepas potong bungkus kecil-kecil macam ni, senang bila nak makan.

  11. 11

    Hasil kejadian.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Resipi Sepertinya