Pisang Masak Lemak Cili Api

Kelmarin hujan lebat dari pagi ke petang menyebabkan pokok pisang berangan tumbang. Pokok tu pula berbuah lebat setandan.
Kalau buahnya sudah masak, bolehlah kita makan, buat kek ke, ini buahnya muda belia lagi.
Hendak buat kerepek, malas pula hendak berdiri lama di dapur, jadi saya buat masak lemak sahaja. Lagipun sudah lama saya tidak buat masak lemak pisang.

Cara Memasak
- 1
Basuh bersih pisang.
Siat kulitnya kemudian potong ikut saiz disukai.
Basuh semula pisang dan rendam di dalam air bersih sementara tunggu kuahnya mendidih.
Saya tidak makan kulit pisang, jadi saya tidak masukkan di dalam kuah. - 2
Dalam periuk masukkan bahan kisar, serai dan asam keping.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pisang. Gaul dan tutup periuk.
Masak sehingga pisang lembut. - 3
Bila pisang sudah lembut, masukkan daun kunyit.
Kemudian masukkan santan dan garam.
Masa ini bolehlah adjust kepekatan kuah. Jika cair tambah santan dan jika pekat tambah secukupnya air.
Biarkan mendidih sekali lagi dan bolehlah tutup api.
siap. - 4
Sedia dinikmati.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen