Bihun Cangkuk Manis / Manicai Bihun

Cangkuk manis (nama panggilan Sarawak) atau Pucuk manis (Semenanjung) sangat popular di Sarawak. Kalau di Semenanjung ianya popular dengan masakan masak lemak atau bersantan, di Sarawak, cangkuk manis sering dikaitkan dengan bihun goreng dan juga goreng dengan telur (saya akan post resipi lain). Bihun cangkuk manis juga popular di kopitiam cina atau restoran seafood di Sarawak.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Hanya gunakan pucuk muda dari daun cangkuk manis. Ramaskan didalam bakul di bawah air paip.
- 2
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan ayam. Masukkan garam, lada putih dan kicap cair. Gorengkan sampai separuh masak.
- 3
Masukkan daun cangkuk manis. Gorengkan sekejap sahaja dengan cepat.
- 4
Masukkan bihun yang telah dicelur. perisakan secukupnya.
- 5
Buatkan lubang di tengah bihun dan pecahkan 2 telur. Goreng dan aduk sekata. Dah siap untuk dihidangkan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen