Mi Goreng Mamak Cara Ku

Cookpad Apron Challenge 2026 : Mee Bihun Kuey Teow Semua Boleh
Mi goreng mamak cara ku guna bahan yang ada jer. Takde sayur sawi, saya ganti daun kucai. Takde cili boh, saya ganti sambal tumis. Kita yang buat dia kan? Ikut kita lah nak bereksperimen di dapur. Tekak kita sendiri yang merasa apa yang kurang kita tambah, adjust mengikut citarasa kita sendiri.
Tengah selak dalam freezer nampak ada seketul chicken wing dalam plastik, terus ambik keluar untuk dicampur ke dalam mi goreng nanti. Oleh kerana sambal goreng hitam yang saya guna tu sudah ada cukup rasa, jadi saya tak letak bahan perasa yang lain. Jika menggunakan cili boh memang perlu tambah bahan perasa lain seperti gula dan garam.
Dua hari berturut² makan mi gara² tak nak membazir sayur²an terpaksa jugak masak dan makan 😅

Cara Memasak
- 1
Sediakan kesemua bahan. Mi dicuci sekejap sahaja dan ditoskan. Sediakan sambal tumis dan serbuk kari.
- 2
Panaskan minyak masak dan goreng ayam dan udang hingga udang bertukar warna dan ayam masak. Angkat dan ketepikan. Guna minyak yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau rata.
- 3
Masukkan sambal tumis, sos tiram, kicap manis dan sos tomato, kacau rata. Masukkan mi, kacau sebati.
- 4
Masukkan udang dan ayam goreng tadi, kacau rata. Masukkan daun kucai, kacau sebati seketika dan pecahkan telur.
- 5
Masukkan taugeh dan gaul rata bersama telur tadi. Adjust rasa mengikut sesuai selera dan tutupkan api.
- 6
Boleh lah diangkat dan dihidangkan ketika masih panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen