Mee Kari Ala Nyonya / Penang Curry Noodle

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Pernah cuba penang mee kari atau mee kari nyonya? Kaya dengan tekstur kari yang ringan dan dipenuhi seafood. Topping pula dengan kerang pasti meleleh air liur.
Terdapat bahan rahsia yang saya ingin kongsikan. Jom cuba!

Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan yang disediakan.
- 2
Step pertama, tumis ikan masin, serai dan daun kari terlebih dahulu. Tumis hingga naik bau.
- 3
Kemudian masukkan bahan kisar (bawang putih, bawang besar dan halia).. tumis hingga garing.
- 4
Setelah garing dan naik bau, masukkan cili kisar.. tumis hingga pecah minyak.
- 5
Setelah tumisan pecah minyak, masukkan bahan rempah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan kari. Tumis seketika.
- 6
Masukkan 1½ cawan air. Didih seketika.
- 7
Masukkan perasa seperti garam, ajinamoto, gula.. adjust ikut kehendak dan selera sendiri.
- 8
Kemudian tapiskan. Ambil kuahnya sahaja.. sisa serai, daun kari dan ikan kering hendaklah ditapis.
- 9
Pindahkan kuah ke periuk agak lebih mudah untuk dimasak.
- 10
Masukkan bahan seafood dan sayur. Didih seketika.
- 11
Kemudian masukkan sedikit susu sejat dan sedikit santan.
- 12
Celur mee kuning sebelum dihidang.
- 13
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)