Kuah Kacang Special

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Kuah kacang ini saya buat pada beberapa hari yang lepas iaitu ketita raya korban. Maklumlah tak dapat balik kampung jadi masak juadah raya untuk makan berdua. Baki lebih, saya frozenkan agar tahan lebih lama.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan ya antara kuah kacang untuk nasi impit dan kuah kacang rojak. Jadi jangan salah.
Kali ini saya ingin share resepi kuah kacang untuk nasi impit. Sangat sedap dicicah bersama satay. Jom!

Cara Memasak
- 1
Pertama kali, kacang hendaklah disangai dan dibuang kulit terlebih dahulu. Kemudian, bahagikan kepada 2 mangkuk. 1 mangkuk dikisar bersama 1 cawan air. 1 mangkuk lagi kisar kering.
- 2
Ini adalah bahan sukatan yang lain..
- 3
Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia & lengkuas) hingga garing.
- 4
Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sekata.
- 5
Selepas itu, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili kisar pecah minyak.
- 6
Apabila tumisan sudah pecah minyak, masukkan kedua-dua mangkuk kacang kisar basah dan kisar kering ke dalam tumisan. Kacau hingga sebati.
- 7
Tambah 1 cawan air.. kemudian masukkan serai yang dititik bersama gula melaka. Kacau hingga gula melaka larut dan tidak berketul.
- 8
Masukkan bahan perasa garam, asam keping dan gula. Kacau sekata.
- 9
Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
- 10
Sedia untuk dihidang bersama juadah kegemaran anda!
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (6)