Inti kelapa moist

Persediaan untuk menyambut ramadhan. Buat inti kelapa dulu nanti boleh la pelbagai juadah. Kali ni che zie nk share resepi mudah dan sihat. Orang ada penyakit pun boleh makan tanpa rasa bersalah. Tapi kalau org sihat gantikan je bahan asas. Mudah kan???
Inti kelapa moist
Persediaan untuk menyambut ramadhan. Buat inti kelapa dulu nanti boleh la pelbagai juadah. Kali ni che zie nk share resepi mudah dan sihat. Orang ada penyakit pun boleh makan tanpa rasa bersalah. Tapi kalau org sihat gantikan je bahan asas. Mudah kan???
Cara Memasak
- 1
Pertama sekali masakkan dulu buah monk fruits tu keluarkan jus. Masukkan dua biji monk fruits dan air 800ml. Masakkan sampai air betukar warna coklat gelap.
- 2
Selepas buah monk fruits keluarkan jus. Masukkan dalam bekas lain.
- 3
Untuk jadikan inti, masukkan kelapa, air dan jus monk fruits tadi ikut kepekatan warna nak terang atau gelap. Masakkan bagi sebati warnanya.
- 4
Selepas warna sebati masukkan garam, daun pandan dan gula. Gula ni boleh letak ikut kemanisan sendiri. Saya agak2 je... Dalam 1 senduk rata.
- 5
Setelah rata dan sedikit kering airnya masukkan sedikit minyak kelapa untuk jadikan kilat. Masakkan lagi sehingga airnya kering. Kalau nak moist sikit tak perlu sampai kering airnya.
- 6
Ok siap!! Dah boleh guna untuk inti ketayap, pulut kelapa dll. Selamat mencuba. Oh ya.. Kalau yang tak nak guna bahan sihat ni boleh je gantikan gula pasir, gula melaka dan minyak masak. Bahan ni lebih kepada menu sihat atau utk yg ada penyakit nak makan tapi risau penyakit akan bertambah kronik boleh la guna bahan dan cara ni.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi







Komen (7)
#love