Kerabu Pucuk Paku

Resepi Kerabu Pucuk Paku sempena Program " Air Tanganku" Versi Ramadhan 2023.
Menu ni, merupakan menu wajib setiap kali bulan Ramadhan menjelang tiba. Mak adalah peminat utama menu Kerabu Pucuk Paku.
Ulam-ulam/sayur ataupun kerang boleh ditukar dengan bahan-bahan lain. Contohnya kerang boleh ditukar dengan pelbagai siput, isi ikan, hirisan perut lembu ataupun isi udang.
Manakala ulam-ulam/sayur boleh ditukarkan dengan daun pucuk ubi kayu pucuk paku rawan, kacang botor, mangga muda, jantung pisang dan daun pucuk kaduk.
Selamat Mencuba!

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Bawang besar dan halia dihiris halus/dimayang
- 2
Panaskan air dan celur taugeh serta pucuk paku. Kemudian toskan.
- 3
Sambal : Kisar cili merah, cili padi, belacan, garam, gula, dan air asam jawa. Masukkan ke dalam mangkuk kecil.
- 4
Masukkan serbuk beras, kerisik dan santan ke dalam sambal dan kacau rata.
- 5
Masukkan pucuk paku, taugeh dan kerang ke dalam bekas yang lebih besar.
- 6
Tuang sambal dan masukkan hirisan bawang besar serta halia.
- 7
Kacau semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen