Masak Lemak Ayam dengan Labu Kuning

Masak lemak ayam dan labu kuning.
Rezeki pokok ubi chaya yang saya tanam dan baru naik subur dengan pucuknya yang merimbun.
Daunnya seakan daun betik dan rasanya lebih lemak.
Pokok ini dikenali juga dengan nama pokok ajinomoto, mungkin disebabkan rasa umami semulajadinya, ia digelar begitu.
Saya campurkan sekali sebagai tambahan sayur di dalamnya.
Bahan-bahan magic pantry:
ayam, cili padi, halia, labu kuning, santan, serai.

Cara Memasak
- 1
Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
Cuci bersih dan potong mengikut kesesuaian. - 2
Pucuk ubi chaya dicelur terlebih dahulu. Didihkan air dan sedikit garam, celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan potong-potong untuk mudah dimakan.
Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan kisar bersama serai, serbuk lada hitam sehingga wangi. - 3
Masukkan ayam dan labu kuning. Kacau rata dan masukkan sedikit air separas ayam sahaja.
Tunggu mendidih. - 4
Perlahankan api dan masukkan pucuk chaya tadi dan santan pekat.
Kacau perlahan2, biarkan mendidih lagi sehingga ayam dan labu lembut empuk. Cukup rasakan dengan garam dan serbuk perasa.Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen