Terung Bakar Berinti Sardin

Challenge 40 : Tanpa Air, Tanpa Lektrik #GlobalApron2024
Minggu ini bahan yang Yani pilih ialah = Terung, Sardin dalam tin, Chilli Flakes.
Tak perlu guna air dan tak perlu guna elektrik, jadi Yani guna cara bakar. Jom lihat cara-caranya untuk menyediakan menu ini.
Terung Bakar Berinti Sardin
Challenge 40 : Tanpa Air, Tanpa Lektrik #GlobalApron2024
Minggu ini bahan yang Yani pilih ialah = Terung, Sardin dalam tin, Chilli Flakes.
Tak perlu guna air dan tak perlu guna elektrik, jadi Yani guna cara bakar. Jom lihat cara-caranya untuk menyediakan menu ini.
Cara Memasak
- 1
Terung panjang yang sudah bersih dihiris menyerong anggaran ketebalan 1 cm. Taburkan chilli flakes, lada hitam, garam dan tuang sedikit minyak masak. Gaul rata semua permukaan terung.
- 2
Cucuk sedikit permukaan terung dengan garfu (dikedua2 belah) supaya cepat masak. Bakar di atas jaring kedua-dua belah terung sehingga lembut. Kemudian angkat dan segera letakkan kepingan cheesedale yang dibelah 2 di atas terung yang masih panas tadi supaya cheesedale mencair.
- 3
Sediakan bawang-bawang dan perahkan jus limau nipis. Kemudian ikan sardin dibelah bahagian tengah untuk asingkan tulangnya. Kemudian campurkan ikan sardin bersama sos tomatonya di dalam mangkuk yang ada bawang-bawang. Hancurkan dan gaul rata semua bahan. Panaskan kuali, masakkan seketika. Yani tak tambahkan minyak mahupun air kerana tidak perlu dan hendak inti sardin ini sedikit kering. Kacau sehingga pecah minyak dan siap intinya.
- 4
Boleh sudukan inti di atas terung tadi semasa inti masih panas. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba resipi mudah ini. Jika suka, boleh taburkan lagi chilli flakes di atasnya.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi














Komen