🇹🇭 SALAD TERUNG BULAT HIJAU THAI

Selalu tengok orang Thai & Indo makan terung ni buat ulam. Tak sangka rupanya manis terung ni dimakan mentah. Buat salad/kerabu macam ni pun sedap. Hepi meneraiiii 😉
🇹🇭 SALAD TERUNG BULAT HIJAU THAI
Selalu tengok orang Thai & Indo makan terung ni buat ulam. Tak sangka rupanya manis terung ni dimakan mentah. Buat salad/kerabu macam ni pun sedap. Hepi meneraiiii 😉
Cara Memasak
- 1
Belah dua terung dan hiris nipis. Rendam terung didalam air garam agar terung tidak berubah warna lebam
- 2
Hiris nipis bawang kecil, bawang putih, cili padi, serai (ambil bahagian putih sahaja) dan daun ketumbar. Boleh juga guna daun pudina tetapi tidak perlu dihiris. Satukan kesemuanya didalam mangkuk
- 3
Toskan terung dan perah air rendaman garam. Tak perlu dibilas air. Jangan risau terung tak akan masin. Satukan bersama bahan bahan lain didalam mangkuk
- 4
Masukkan sos ikan, jus limau nipis & sos maepranom/gula/gula nisan. Gaul sebati kesemuanya dan balancekan rasa ikut selera
- 5
Akhir sekali taburkan bijan sangai dan ikan bilis goreng semasa menghidang. Hepi meneraiiii 😉
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen