Loh Mai Gai (Pulut Ayam Kukus)

Ada satu lagi masakan Cina yang saya suka selain bakchang.
Loh mai gai ni lebih senang kalau nak bandingkan dengan bakchang sebab kukus dalam mangkuk.
Loh mai - pulut
Gai - ayam
Disebabkan kalau beli kat Bungkus Kaw-Kaw tu tak cukup, kita buat sendirilah.
Boleh makan lebih hehehehe.
Tak ada pengukus?
Ada saya sertakan cara steam dalam microwave 🫰🏼
Loh Mai Gai (Pulut Ayam Kukus)
Ada satu lagi masakan Cina yang saya suka selain bakchang.
Loh mai gai ni lebih senang kalau nak bandingkan dengan bakchang sebab kukus dalam mangkuk.
Loh mai - pulut
Gai - ayam
Disebabkan kalau beli kat Bungkus Kaw-Kaw tu tak cukup, kita buat sendirilah.
Boleh makan lebih hehehehe.
Tak ada pengukus?
Ada saya sertakan cara steam dalam microwave 🫰🏼
Cara Memasak
- 1
Perapkan ayam dengan bahan perapan selama 3 jam. Boleh sediakan sehari sebelum.
- 2
Rendam cendawan dan kekapis selama 1 jam. Toskan dan simpan air rendaman tersebut.
- 3
Untuk pulut, gaulkan semua bahan dan ketepikan.
- 4
Dalam kuali, panaskan minyak secukupnya untuk goreng bawang merah. Goreng sehingga keemasan, toskan. Ketepikan sedikit minyak bawang untuk pulut kemudian.
- 5
Gunakan minyak yang sama, goreng cendawan dan bawang putih, Bila dan wangi, masukkan 1/2 cawan air rendaman cendawan dan kekapis tadi. Masak sehingga air kering. Ketepikan cendawan.
- 6
Kuali yang dah kosong, gunakan minyak bawang yang telah diketepikan tadi, masukkan beras pulut yang dah diperap. Goreng sedikit supaya pulut sebati dengan minyak gorengan bawang. Ketepikan.
- 7
Susun bahan-bahan untuk siapkan loh mai gai. Panaskan kukusan.
- 8
Sediakan 4 mangkuk untuk dikukus.
Susunkan ayam, kemudian letak cendawan dan kekapis.
Letakkan beras pulut dan tuang 4 sudu besar air rendaman cendawan + kekepas dalam setiap mangkuk. - 9
Tekan pulut sehingga padat. Kukus 45 minit atau sehingga masak.
- 10
Cara microwave: tambah dalam 1/4 air panas ke dalam setiap mangkuk tadi, tutup dengan cling wrap dan cucuk beberapa lubang pada wrap. Masukkan ke dalam microwave oven dan tekan 3 minit. Tambah air sekiranya permukaan pulut nampak kering, dan tutup dengan cling wrap, masak lagi 2 minit. Ulang sekiranya air tak cukup kering,
- 11
Setelah masak, telangkupkan mangkuk berisi pulut tadi ke dalam pinggan. Sedia dimakan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen (3)