Nasi Lemak Rendang Ayam

049/Mei2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2399 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Rasa Macam Kedai (Week 5) #CookpadApron2026
Nasi Lemak Rendang Ayam ni kalau beli agak mahal yer 🤭. Kalau tempah untuk jamuan / makan2 pun dah berapa dah kena bayar. Jadi ada baiknya masak sendiri. Puas hati. Walaupun sedikit penat, tapi tengok orang makan tu. Happy sangat 🥰
Hakak masak nasi lemak sempena ultah hakak bulan Februari yang lalu. Lama naw simpan resipi kan 🤗
Anggaran resipi ni untuk 60-70pack. Hakak masak 3kuali rendang. Sebab takde kuali besar masa ni🤭. Tapi dalam video di langkah tu hanya tunjuk guna 2 kuali je.

Cara Memasak
- 1
Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas) sehingga naik bau dan pecah minyak.
- 2
Masukkan cili kisar. Jintan manis dan jintan putih. Masak sehingga pecah minyak lagi.
- 3
Masukkan kerisik, daun limau purut, asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati. Didihkan lagi.
- 4
Masukkan ayam. Diikuti santan. Kacau sebati.
- 5
Masak sehingga ayam empuk dan kuah sehingga kuah kering. Taburkan hirisan daun kunyit (tiada gambar atau video).
- 6
Beras dibasuh sehingga bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk nasi.
- 7
Santan dicampur dengan garam, air dan pewarna hijau. Masukkan daun pandan. Sukat paras air dan beras dengan betul. Kacau sebati. Masak nasi seperti biasa.
- 8
Bungkus nasi lemak dengan rendang ayam serta timun, telur dan ikan masin.
- 9
Selamat mencuba ☺️
Tip
1. Garam batu digunakan untuk beri rasa lebih lemak pada rendang dan mengimbangi rasa garam biasa (jika lebih letak, bukan sahaja masin malah akan sedikit pahit)
2. Santan kotak untuk jadikan rendang lebih pekat. Manakala santan segar untuk berikan hasil pecah minyak yang cantik pada rendang.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)