Mee Kari

145/Julai2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2495 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Mee, Bihun, Kuey Teow Semua Boleh (Week 18) #CookpadApron2026
Resipi ni hakak masak untuk cabaran tauhu minggu lepas 🤭. Tapi bila tengok minggu ni ada cabaran mee. Better keep for future jela resipi ni😌. At least ada modal untuk diguna pakai 😆
Mee kari kali ni hakak buat sikit je. Jadi lah makan dan bungkus sikit bagi pada mak, adik2 dan mak sedara. Alhamdulillah untuk rezeki ni🥰

Cara Memasak
- 1
Tumiskan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serbuk kari daging dan serbuk cili)
- 2
Masukkan serai dan daun kari. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- 3
Masukkan air dan santan.
- 4
Masukkan ayam.
- 5
Kacau sebati. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk.
- 6
Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan asam gelugur. Kacau sebati. Didihkan seketika. Tutup api.
- 7
Bahagian Pelengkap :
Tauhu digoreng sehingga garing. Angkat, toskan minyak dan hiris nipis. - 8
Sawi, taugeh dan tofu ikan dicelur. Angkat dan toskan air rebusan.
- 9
Celur mee kuning. Angkat dan toskan air rebusan.
- 10
Bahan tambahan : telur rebus, bawang goreng, daun bawang, cili dan limau kasturi.
- 11
Cadangan Hidangan : Mee Kuning diletakkan ke dalam mangkuk. Dituangkan kuah ke atasnya. Kemudian diletakkan tauhu, tofu ikan, sawi, taugeh, bawang goreng, cili, telur, limau kasturi, dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
- 12
Selamat mencuba 😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)