Laksa Utara

Cookpad Apron Challenge 2026 : Mee, Bihun, Kuey Teow Semua Boleh
Laksa utara antara favourite saya dan ahli keluarga saya tak kira adik beradik, anak², cucu dan cicit. Bagi saya sendiri memang tak cukup semangkuk kalau menghadap laksa utara ni, maaf cakap! Mesti nak ekstra 😅 Kalau anak² saya, bawang besar tu mereka tak suka, akan tolak ke tepi. Menantu saya pun suka makan laksa utara, yeyyy... Ada geng.
Inspirasi daripada adik cantik @limited_edition. Terima kasih resipi nya 🫰

Cara Memasak
- 1
Rendam laksa 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut anggaran 1-3 minit. Tuang ke dalam penapis, basuh supaya hilang kanji dan toskan airnya. Asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan sehingga hancur. Begitu juga tulang ikan, dikisar dan ditapis.
- 2
Kisar bawang besar, cili kering dan belacan. Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum, serai, lengkuas, asam gelugur, kisaran isi ikan dan air kisaran tulang ikan.
- 3
Tambahkan air untuk kuah. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan juga petis. Kacau rata dan biar mendidih.
- 4
Hiriskan bahan ulam. Letakkan laksa dan hirisan ulam. Tuangkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan.
Tip
Kalau nak kuah lebih sedap, selepas semua bahan dimasukkan, biarkan kuah mereneh perlahan 20–30 minit. Ini membantu rasa ikan, asam, daun kesum dan bunga kantan lebih sebati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen