Kuih Lompat Tikam Kelantan #MAHN

Nor Aniza Ahmad Pauzi
Nor Aniza Ahmad Pauzi @cook_16825373

Kuih lompat tikam ini ialah kuih tradisi negeri Kelantan. Ia dihidangkan dengan tepung hijau, kuah santan, air gula melaka dan pulut merah. Ia agak sedikit berbeza dengan lompat tikam negeri lain dari cara penyediaan dan cara hidangan. Kuih lompat tikam tradisi negeri lain tiada pulut merah.

Ada yang menggelarkan kuih lompat tikam ini sebagai kuih yang paling kejam dan kuih gangster dek kerana namanya yang unik dan agak pelik.

Apapun gelarannya, kuih tradisi ini sangat enak dengan rasa lemak manis dan masinnya serta lembut cair di mulut.

Edit recipe
See report
Share
Share

Ingredients

1 jam
8 orang makan
  1. Tepung Hijau:
  2. 2cawan tepung beras
  3. 4cawan air (air biasa/air pandan)
  4. 1sudu kecil air kapur
  5. Pewarna hijau
  6. Kuah Santan:
  7. 1/2cawan santan pekat
  8. 2sudu besar tepung beras
  9. 1cawan air
  10. 1helai daun pandan
  11. 1sudu kecil garam
  12. Air Gula Melaka:
  13. 1/2cawan gula merah
  14. 1ketul gula melaka
  15. 1cawan air
  16. 1helai daun pandan
  17. Pulut Merah:
  18. 1cawan beras pulut
  19. Pewarna merah
  20. Air

Cooking Instructions

1 jam
  1. 1

    Untuk bahagian tepung hijau. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan sehingga berkilat dan keluar wap. Sentiasa kacau agar tidak hangus. Dimasak 30 minit hingga 45 minit. Bila sudah masak, tuangkan adunan ke dalam bekas/loyang. Biarkan sejuk lebih kurang 5 jam. Kemudian dipotong.

  2. 2

    Untuk kuah santan. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih.

  3. 3

    Untuk air gula melaka. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga semua gula hancur dan sedikit pekat.

  4. 4

    Untuk pulut merah. Rendam beras pulut bersama air dan sedikit pewarna merah selama sejam. Kemudian pulut boleh ditanak atau boleh juga boleh dikukus.

  5. 5

    Cara hidang. Potong tepung hijau dan letakkan di dalam pinggan. Letak sedikit pulut merah. Masukkan kuah santan dan air gula melaka.

Edit recipe
See report
Share

Cooksnaps

Did you make this recipe? Share a picture of your creation!

Grey hand-drawn cartoon of a camera and a frying pan with stars rising from the pan
Cook Today
Nor Aniza Ahmad Pauzi
Nor Aniza Ahmad Pauzi @cook_16825373
on

Comments

Similar Recipes