Mee Kam Wan

fuzahid
fuzahid @cook_17440498

Mee Kam Wan ni merupakan mee goreng kambing cendawan. Idea asal mee ni merupakan inspirasi saya sendiri sebab saya suka makan Teppayaki tapi tak nak makan nasi. Saya olah mengikut cara saya sendiri.

Dan apabila di hidangkan suami sangat suka. Katanya gabungan kambing dan cendawan yang di masak secara ringkas ni amat sedap. Lain dari yang lain.

Mee Kam Wan masih mengekalkan mee segera yang ringkas tapi sedap. Penyediaan yang ringkas dan sekejap sahaja. Sesekali kita upgrade makanan segera jadi makanan premium la pulak kan. #goldenapron #kambu

Mee Kam Wan

6 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2bungkus mee segera perisa kari atau ayam
  2. 3 ulasbawang putih di tumbuk
  3. Setengah biji bawang besar holland
  4. 3biji cendawan butang di hiris nipis. Kalau tak ada tak jadi Kam Wan nanti
  5. 2 kepingdaging kambing di hiris nipis
  6. Setengah biji lada benggala
  7. 1tangkai daun bawang
  8. 1mangkuk kecil tauge
  9. 2sudu besar sos tiram
  10. 3sudu besar minyak zaiton
  11. Setengah sudu kecil garam (kalau tak letak pun tak mengapa kalau tak kuat masin.)

Cara Memasak

  1. 1

    Perapkan daging kambing dengan sos tiram, sedikit serbuk perasa kari mee maggi dan bawang putih selama 5-10minit. Lagi lama perap, lagi sedap.

  2. 2

    Sementara itu, rebuskan mee segera maggi sehingga lembut dan toskan.

  3. 3

    Panaskan kuali dengan minyak zaiton, dan masukkan daging kambing yang dah di perap sebentar tadi. Goreng sehingga air kambing tadi kering dan keperangan.

  4. 4

    Masukkan cendawan butang dan bawang holland, lada benggala. Masak sedikit layu.

  5. 5

    Masukkan mee yang dah di rebus tadi, goreng sampai rata. Boleh letak 2,3sudu air kalau rencah terlalu kering. Bagi memudahkan proses meratakan bahan dengan mee. Dah sebati mee tadi, masukkan tauge dan daun bawang. Saya suka tauge yang rangup. Sekiranya nak pedas, boleh tambah cili flakes atau potongan cili api. Cili flakes saya habis pulak. Guna cili api sahaja la.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
fuzahid
fuzahid @cook_17440498
pada

Komen

Resipi Sepertinya