Stew Daging sesedap rasaku

#goldenapron #kambu Resepi ni tercipta bila teringin nak makan stew daging macam yang dekat Dome tu tapi nak buat sendiri. Susah sangat so apalagi kita menderhaka lah sikit dari resepi asal yang banyak kat tenet tu. Janji rasa lebey kurang sama. Jom tengok kaedah kejadiannya.
Cara Memasak
- 1
Bersihkan daging, potong dadu dan perap dengan lada sulah. Ketepikan.
- 2
Panaskan 2 sudu minyak dalam periuk. Boleh guna minyak masak atau olive oil. Goreng daging sekadar matikan airnya (browning) keluarkan dari periuk
- 3
Tambahkan lagi minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih yang dicincang bersama bawang besar/Holland yang dipotong dadu tadi sampai layu.
- 4
Masukkan daging yang digoreng tadi.
- 5
Masukkan tomato, sos tiram, puri tomato/sos tomato, oregano dan daun bay. Gaulkan.
- 6
Hancurkan seketul kiub ayam dalam semangkuk air. Tuangkan satu pertiga (1/3) ke dalam periuk.
- 7
Gaulkan. Tutup periuk dan renehkan selama setengah jam dengan api yg kecil.
- 8
Selepas setengah jam, masukkan carrot, kentang, cendawan dan lebihan air kiub ayam tdi.
- 9
Tambahkan sedikit lada hitam/lada sulah perasakan dengan sedikit garam jika perlu.
- 10
Masak hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Kalau nak pekatkan kuah bolehlah tambah sesudu kecil tepung jagung yang sudah di bancuh dengan air. Family saya suka kuah banyak
- 11
Dah siap! Boleh digantikan daging dengan ayam atau kambing juga. Sila lah cuba. Walaupun nampak steps dia panjang tapi memang mudah saja nak buat sebenarnya.
- 12
Share lah dengan saya nanti apa rasanyer bila dah buat ye.. 💋
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
🇮🇪 Irish Lamb Stew @ Stew kambing 🇮🇪 Irish Lamb Stew @ Stew kambing
Masakan stew ni terhasil sebab kite nak cicah roti cheese yang kite buat tu..Yang penting stew ni mudah disediakan..memang ngam untuk dicicah dengan roti cheese ni ✌️banyak hidangan tradisional Ireland yang masih popular mempunyai ubi kentang sebagai ramuan utama.Ahli sejarah makanan, Alan Davidson juga menyatakan bahawa daging kambing sangat biasa digunakan untuk rebusan stew kerana kambing biri-biri biasanya disimpan dalam usia tua untuk mendapatkan bulunya dan susu mereka pada masa itu, yang bermaksud dagingnya sangat tua, keras sehingga memerlukan waktu yang lama sekiranya dimasak.Oleh itu, stewing adalah salah satu cara untuk menjadikannya boleh dimakan. Sebab daging kambing yang tua biasanya lebih liat kerana berotot. Secara umum, daging yang digunakan adalah tulang, dari leher atau shank, kerana ini dianggap menambah rasa yang lebih. Selain daging kambing, rebusan (stew) Irish pada awalnya dibuat dengan hanya dua bahan tambahan - iaitu bawang dan kentang. Keluarga yang lebih kaya dapat menggunakan kambing, yang kurang berkemampuan mereka akan menambah lebih banyak sayur-sayuran akar, seperti lobak merah, lobak atau parsnip.Itulah dia sedikit sebanyak tentang sejarah resepi ini..Baiklah, jom kita tengok resepi untuk membuat stew kambing 😄#sooyummy#cppassport Elley ana -
Stew Daging Stew Daging
Dalam petiais ada daging. Carrot dan kentang pun ada. Jadi lunch berlaukkan stew daging hari ini.Saya menggunakan Pressure Cooker, cepat sedikit. irar -
Stew Daging Stew Daging
Suami saya suka sangat makan stu daging. Saya juga suka tetapi atas faktor kesihatan saya kurangkan pengambilan daging merah. Stu sedap dimakan bersama roti baguette. Ada yang suka kuah yang sedikit cair dan ada yang suka sedikit pekat. Terpulang pada citarasa masing-masing. Kita yang buat dia kan? 😁 Tengah memasak kelmarin saya mendapat panggilan telefon daripada kakak ipar saya. Dia menjemput saya dan suami ke rumah nya tengahari itu bagi membincangkan majlis akad nikah anak nya nanti. Nasib baik juga la kakak ipar menelefon saya sebab nak mengingatkan saya dan suami. Rupa nya kakak ipar ada menghantar mesej kepada suami saya tetapi suami saya terlupa nak bagitahu saya. Agak kelam kabut juga lah saya memasak. Maaf lah sebab banyak langkah-langkah tak sempat nak snap gambar. Dapur Yusfarisyia -
Stew Kambing Stew Kambing
Hari ini Lailer 'upgrade' sikit skill memasaknya dgn memasak stew kambing pula. irar -
Stew Daging Simple Stew Daging Simple
Stew dan sup hampir sama cara penyediaan dan memasak. Perbezaannya adalah dari segi tekstur. Sup mempunyai tekstur yang lebih cair manakala stew mempunyai tekstur yang lebih pekat dan likat. Stew ialah sejenis masakan yang direnehkan dan terdiri daripada daging pejal yang dimasak bersama kentang, lobak merah, batang saderi yang dipotong dadu secara kasar. Kalau berdasarkan resepi asal, stew perlu dimasak selama 5 sehingga 6 jam lamanya. Tetapi, pada masa kini waktu yang diambil untuk memasak stew menjadi lebih singkat dengan adanya periuk tekanan. Masakan stew ini sangat enak dihidangkan bersama roti putih, pasta mahupun nasi putih panas. Cara penyediaannya juga amat mudah kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Nora Hj Talib -
Stew Daging Stew Daging
#phopxcookpad2020#CookpadMalaysiatask2#goldenapron2020#phopbyLiniMohdSebut saja stew dapat dibayangkan rasa daging yang lembut dan empuk bersama kuah yang pekat serta campuran lobak merah, kentang , kacang peas dan seleri. Stew enak dimakan bersama roti baguette. Kali ini saya memasak stew dengan cara yang paling mudah iaitu menggunakan periuk Noxxa dengan fungsi slow cook #cookingmadesimple.Sementara menunggu stew masak, bolehlah membuat aktiviti pilihan masing-masing. Rasalah kelembutan daging yang tidak dapat disangkal- sangkal. Suraini Boli -
-
Stew Sayur Stew Sayur
Biasa kita makan stew daging tapi untuk kali ini Kak Long kelainan sikit , kita buat stew sayur.#GoldenApron23 Nana Isya -
American Goulash American Goulash
Goulash adalah makanan masyarakat Eropah terutamanya dari negara Hungary. Biasanya mereka masak macam stew daging yang terdiri daripada campuran spices macam paprika. Makan dengan pasta atau roti. Banyak kaedah nak masak goulash ni. Tapi saya buat cara American style yang mana mereka campurkan makaroni sekali dalam masakan. Kebetulan ada makaroni sikit. Ada rasa macam makaroni campur bolognese sikit, walaupun rasanya dah letak serbuk paprika banyak. 😁 Mizzanem -
Liberian Cabbage Stew 🇱🇷 Liberian Cabbage Stew 🇱🇷
354/2021/RoadTo1k/1049❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassport❤️ Negara L = 1/9 : Liberia❤️Liberian cabbage stew, as the name suggests, is a traditional stew from Liberia. It's made with a combination of cabbage, chicken, Maggi cubes, meat tenderizer, beef, tomato paste, black pepper, chicken bouillon, onions, and vegetable oil. The meat is fried together in oil until golden brown. The remaining ingredients are then added to the pot and the stew is simmered until it thickens and the ingredients become tender. It's recommended to watch the stew carefully to prevent the ingredients from sticking to the bottom of the pot. (Source : tasteatlas.com).Recipe Source : cooks.com.Bagi hakak resipi ni sedap. Penggunaan bahan dalam resipi asal agak banyak jugak lah, nak ayam lah, daging lembu lah, serbuk daging lah 😅 Hakak tukar semua tu dengan daging lembu cincang sahaja 😬Pastu untuk bagi sedikit pedas, hakak tambah cili. Selebihnya iolls follow je resipinya 😌 Salina Jalaludin -
Spaghetti Bolognese Serba Ringkas Spaghetti Bolognese Serba Ringkas
Cuti hujung minggu biasanya waktu untuk memasak menu yang berbeza sikit dari hari-hari biasa. Almaklumlah, tiap-tiap hari makan nasi putih dengan lauk. Jadi, hujung minggu kita tukar selera sikit.Masak ringkas-ringkas kali ni, saya nak kongsi resepi dari salah satu menu kegemaran anak-anak saya iaitu Spaghetti Bolognese.Resepi ni versi ‘derhaka’ sikit sebab sepatutnya kena guna minyak zaitun, tapi saya guna minyak sawit; dan juga cheese yang sepatutnya dimasukkan pun saya tak letak sebab lupa nak beli.Takpa, kita belasah je guna apa yang ada. Biar ringkas tapi sedap (inshaALLAH)!Jom ikuti resepi yang mudah ini. Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#minggu16 Nuraliyah Mn -
Irish Stew Irish Stew
Asalnya Kak Long nak masak stew daging kambing tapi di sebabkan Tok Kak Long tak makan kambing kita ubah ke daging lembu. #BenderaOren1 Nana Isya
Komen