Spicy Aglio Olio#phopbylinimohd#batch18

4 orang bercadang membuatnya
Azlina Hashim
Azlina Hashim @cook_18548090
Kuala Lumpur

Resepi ni adalah olahan saya sendiri untuk kena kan dengan tekak orang Melayu/Malaysia yang suka kan sesuatu yang pedas. Kita sedia tahu yang Aglio Olio biasa kan dia plain & simple aje 😊🤭.

Satu lagi sebab adalah saya adalah penggemar tegar makanan berasaskan pasta, kalau nak beli di restoran-restoran selalunya harga agak boleh tahan. So belajar cara-cara membuatnya dan kemudian olah ikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba & terima kasih! 😘

#goldenapron

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

25 minit
  1. 150 gmSpaghetti
  2. 1.5 literair untuk merebus spaghetti
  3. 100 gmUdang sederhana besar
  4. 4jejari isi ketam / crab stick
  5. 3 ulasbawang Putih
  6. 3-5tangkai cili kering (ikut rasa)
  7. Beberapa tangkai daun Parsley (kalau tiada boleh gantikan dengan daun sup)
  8. 1ketul kuib pati ayam
  9. Sedikitgaram
  10. Sedikitlada sulah
  11. Sedikitdaun parsley kering (optional)
  12. Sedikitminyak masak untuk merebus spaghetti dan menumis bahan-bahan

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Mula-mula rebuskan 1.5 liter air, masukkan sedikit garam & minyak masak

  2. 2

    Bila air sudah menggelegak, masukkan spaghetti dan kacau sekali-sekala. Rebus dalam 11-13 minit sehingga ‘al-dente’. Kemudian toskan spaghetti, jangan lupa ambil dalam semangkuk air rebusan spaghetti tadi untuk tumisan nanti. Ketepikan seketika.

  3. 3

    Sementara tunggu spaghetti tadi siap direbus, kita boleh hiris bawang putih, daun parsley/sup dan juga cili kering. Udang dibersihkan dan juga boleh hiris jejari isi ketam siap-siap.

  4. 4

    Panaskan sedikit minyak masak. Bila dah panaskan tumiskan bawang putih. Bila dah naik bau, boleh masukkan udang. Masakkan udang sekejap dan kemudian angkat udang sahaja dan ketepikan.

  5. 5

    Bila sudah keluarkan udang, bila bawang putih sudah kekuningan/ sedikit garing, masukkan cili kering, tumiskan sebentar. Kemudian, masukkan semangkuk air rebusan tadi yang kita simpan ke dalam kuali. Masukkan juga 1/2 ketul atau seketul kuib pati ayam.

  6. 6

    Kemudian, masukkan spaghetti & jejari isi ketam. Kacau sebatikan. Kemudian, masukkan sedikit garam, lada sulah dan daun parsley kering (jika ada). Kacau sehingga sebati. Rasa secukup rasa dan dahh siapp!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Azlina Hashim
Azlina Hashim @cook_18548090
pada
Kuala Lumpur
Suka masak tapi ikut mood juga ☺️
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan