Spaghetti Aglio Olio

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Spaghetti Aglio Olio ini merupakan antara menu ringkas kesukaan kami.
Penggunaan daging menjadikan rasanya lebih istimewa bagi kami berbanding menggunakan isi ayam.

Bahan-bahan magic pantry:
Pasta, Udang, sayur bayam, mentega, ikan bilis, daging.

#GlobalApron2024

Spaghetti Aglio Olio

25 orang bercadang membuatnya

Spaghetti Aglio Olio ini merupakan antara menu ringkas kesukaan kami.
Penggunaan daging menjadikan rasanya lebih istimewa bagi kami berbanding menggunakan isi ayam.

Bahan-bahan magic pantry:
Pasta, Udang, sayur bayam, mentega, ikan bilis, daging.

#GlobalApron2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3-4 orang
  1. 250 grampasta - spaghetti
  2. 1-2 suduminyak zaitun
  3. 50 grammentega
  4. 1 bijibawang holland
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 2 sudu besarchilli flakes
  7. 1 sudu tehserbuk lada hitam
  8. 1 genggamikan bilis - kisar
  9. 20 ekorudang - buang kepala dan kulit
  10. 100 gramdaging - saya gunakan bahagian daging batang pinang
  11. 1 mangkuksayur bayam
  12. 1/4 bijicapsicum / sweet chili
  13. 10 bijitomato ceri
  14. 1 sudu besarmixed herbs atau apa-apa english herbs (oregano/parsley)
  15. 1/2 sudu tehgaram halus
  16. 2 literair - untuk merebus spaghetti

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
    Cuci bersih dan potong mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Rebus pasta spagetthi mengikut masa yang disarankan tertulis pada packaging plastik. Angkat dan toskan.
    Renjiskan sedikit minyak zaitun dan gaul rata. Ketepikan.

  3. 3

    Panaskan sedikit mentega, saute udang terlebih dahulu. Angkat dan ketepikan. Menggunakan pan yang sama, masukkan cendawan dan tomato, saute sebentar.
    Angkat dan ketepikan.

  4. 4

    Masih menggunakan pan yang sama lagi, tambah mentega, tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau. Masukkan daging bersama sedikit air rebusan spagetthi.
    Biarkan sebentar sehingga daging masak.

  5. 5

    Masukkan pasta spagetthi bersama sayur bayam, capsicum, cendawan, tomato ceri.
    Masukan juga udang tadi, chilli flakes, serbuk ikan bilis, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Gaul rata.
    Sedia dihidangkan.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya