Asam pedas ikan cencaru

Bila masak asam pedas ni teringat arwah mak mertua. Saya pandai masak asam pedas ni belajar dari arwah mak mertua. Dia suka sangat-sangat masak asam pedas. Makan tiap-tiap hari pun tak apa. Bila kuah asam pedas x habis nanti dia panaskan dan buat cecah makan dengan lempeng, jemput-jemput dan roti.
Rindu arwah mak mertua. Semoga mak di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
*selain ikan boleh juga menggunakan ayam*
Asam pedas ikan cencaru
Bila masak asam pedas ni teringat arwah mak mertua. Saya pandai masak asam pedas ni belajar dari arwah mak mertua. Dia suka sangat-sangat masak asam pedas. Makan tiap-tiap hari pun tak apa. Bila kuah asam pedas x habis nanti dia panaskan dan buat cecah makan dengan lempeng, jemput-jemput dan roti.
Rindu arwah mak mertua. Semoga mak di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
*selain ikan boleh juga menggunakan ayam*
Cara Memasak
- 1
Kisar lada, bawang putih,bawang besar dan halia.
- 2
Kemudian panaskan minyak dalam periuk dan tumis lada yang dah kisar tadi sehingga pecah minyak.
- 3
Bila lada dah pecah minyak masukkan air. Kemudian masukkan bendi dan terung. Masak sehingga sayur bendi dan terung separuh empuk kemudian masukkan ikan.
- 4
Bila dah masukkan ikan biarkan mendidih selama 10minit kemudian masukkan air asam, garam, ajinamoto dan biarkan sehingga mendidih. Terakhir masukkan daun kesum dan matikan api. Tara dah siap masak.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Asam pedas ikan Mudok Asam pedas ikan Mudok
Asam Pedas Ikan mudok#jekferlailer4eva#goldenapron2020#minggu24#cookpadmalaysiaBila dapat tau sahaja kena tolong Lailer untuk masak asam pedas teringat pulak cerita "Asam pedas untuk dia". Sejak tengok cerita tu la keluarga saya jadi minat makan asam pedas. Asam pedas yang saya buat ni sangat simple tapi sedap sebab ikut tips mak saya bagi.So boleh la kita tolong Lailer sebab bakal mak mertua dia minta Lailer masak sebagai syarat untuk dia kawin dengan Jekfer.Jom tengok resepi mudah dan pantas ni. Sesuai la untuk Lailer dan kawan-kawan yang baru belajar nak masak. Selamat mencuba semua😋 Aziela Amin -
Asam pedas telur ikan mayong/duri Asam pedas telur ikan mayong/duri
Ternampak ade orang jual telur ikan duri teringin pula nak makan,dah berkurun tak merasa telur ikan duri ni,kalau tak silap dah 30 tahun lebih rasanya.Pernah makan dulu arwah Mak yang masakkan & diri sendiri belum pernah masak😅Kali ni kita cuba masak sendiri,alhamdulillah sedap & asam pedas menjadi pilihan😋#roadto500recipe☺️ ZuitaAisyah -
Asam pedas ikan merah mummy style Asam pedas ikan merah mummy style
Asam pedas cara saya. Bila letak biji halba, bau n rasa jadi lbh sedap. Korang kne cuba tau!! Olahan resepi idea sendiri + resepi mak + resepi arwah wan ☺️suhana
-
Singgang ikan tongkol Singgang ikan tongkol
#goldenapron#cookpadmalaysiaMakanan yang paling saya suka. Kalau datang malas saya nak memasak gini lah gaya masakan paling mudah. Campak² dah siap🤣🤣. Lurve Manja -
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI - Style beta 😎 ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI - Style beta 😎
Asam pedas nih ada macam² jenis resepi...Lain orang lain cara...So nih cara saya belajar masak asam pedas dari arwah mak 🤗 Cik Puan Asz -
Asam pedas ikan kembung Asam pedas ikan kembung
#jekferlailer4eva#goldenapron2020Mak pernah pesan kat anak mak yang tinggal berjauhan dari mak.kalau tak tau nak masak tengok saja resipi yang mak post di cookpad.belajr masak sampai pandai.ikut jer resipi mak tu ,gerenti jadi.yang awak makan sedap2 tu,macam tu la mak masak.Haa jangan nak manja sangat,anak dara kena pandai masak.esuk esuk dah kawen kena masak untuk suami.pikat hati suami dan keluarga mertua dengan masakan pula.Harap resipi mak ni lailer pun boleh cuba masak untuk mak Jekfer.bahan2 serta cara memasaknya sangat mudah.dah senang macam ni tak kan tak pandai lagi.kesian Jekfer nanti nak makan asam pedas.dah pandai nanti mesti jadi menantu kesayangan.ok Lailer cuba yer masak untuk baby boo Jekfer nanti yer😀 Lily Suryani Mohd Ali -
Asam pedas ikan Asam pedas ikan
#periuknasi#goldenapronGuna periuk nasi pun boleh masak sedap². Macam x percaya kan tp tu la hakikatnya.Seumur hidup ni tak pernah pun masak asam pedas guna periuk nasi tapi sebab ada challenge dari cookpad saya cuba guna periuk nasi masak asam pedas ikan.Menjadi eh malah lebih sedap oii 🤭. Ok jom kita intai bahan- bahan dan langkah Lurve Manja -
Asam pedas telur ikan jenahak Asam pedas telur ikan jenahak
Sebelum kahwin sebenarnya saya tak suka makan asam pedas.Tapi bila berkahwin rupanya suami pecinta asam pedas😄Terpaksa la saya belajar dengan mak mertua cara2 nak memasak asam pedas.Dan yang penting bila mak mertua makan asam pedas saya dia puji cakap sedap dan sampai tanya resepi dan cara saya masak plak 🤭😁Saya tak berapa suka asam pedas yg ‘sebuk’😅maksud nya yg penuh dengan sayur.HeheheOk laaa..resepi saya ni ringkas dan sesuai utk membantu Lailer yg baru nak mencuba memasak asam pedas.Haaa..saya percaya Lailerr juga boleh masak asam pedas ni dengan senang je..sebab ada 4,5langkah sahaja cara memasak.😅kemon Lailerr..u ken duit..💪Mesti bakal Mertua u akan suka terjatuh hati dengan asam pedas u🥰#jekferlailer4eva Zieta Ali -
Ikan Mayong Asam Pedas Merecik Ikan Mayong Asam Pedas Merecik
Asam pedas memang menjadi kegemaran saya dan seisi keluarga termasuklah keluarga mertua.. Asam pedas ikan mayong ini juga telah menjadi pemikat selera suami dan ibu ayah mertua. Ibarat tak kenal maka tak cinta. Terus jatuh cinta dgn asam pedas ikan mayong sejak mereka merasainya..dan menjadi menu yang mesti di masak bila balik kampung mertua atau bertandang ke rumah..moga Lailer juga boleh memikat Jekfer dan mertuanya dengan asam pedas mengikut resepi ini..selamat mencuba ye.#jekferlailer4eva#goldenapron2020 🅰️sm@h👩🍳👨🍳 Has🅱️ullah -
Asam Pedas Ikan Mambung Ibuku Asam Pedas Ikan Mambung Ibuku
#goldenapron2020 29Asam pedas arwah ibuku ini lain dari yang lain walaupun zahirnya nampak sama dengan asam pedas orang lain tapi bab rasanya tersangatlah unit.Sesiapa yang makan pasti menyukainya. Dunia Hanya Sementara Fy -
Asam Pedas Terung Asam Pedas Terung
Tak tau la asam pedas stail negeri mana. Yang penting ada rasa asam, ada rasa pedas maka itulah asam pedas! Boleh juga letak kacang bendi atau ikan yang digemari. Kali ini saya letak terung, campak-campak je apa yang ada kat dapur. Hayati Hamdan -
Asam Pedas Ikan Pari #chefzam Asam Pedas Ikan Pari #chefzam
Di sini,kita sudah terbiasa dengan cara masakan yang menggunakan cili.Tanpa cili terasa hidangan tidak sempurna.Dari dahulu hingga sekarang,kita tak pernah jemu dengan lauk Asam Pedas.Tidak kiralah apa jua jenis ikan kalau dimasak asam pedas memang sedap.Mungkin di setiap negeri atau daerah mempunyai cara penyediaan yang berbeza mengikut citarasa masing-masing tapi pokoknya,bahan utama adalah cili yang telah dikisar.Hari ini saya kongsikan resipi dan cara saya menyediakannya.Jangan lupa mencuba 😘 Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi
Komen