Tauhu Mendoan

Ahad kelamarin,saya pulang ke kampung mertua.Seperti biasa saya akan membeli tauhu/tofu dari Yong Peng untuk dibawa pulang ke Subang Jaya.Bagi saya,tauhu/tofu disana sangat sedap dan lembut.Terasa kepekatan soya didalamnya.Biasanya tauhu/tofu yang saya beli tu masih panas ketika dijual.Boleh dimakan begitu saja ketika panas.
Tapi bila sudah dibawa pulang ke Subang,perjalanan pun memakan masa 3 jam.Mestilah tauhu/tofu sudah sejuk.Saya gemar menggoreng tauhu/tofu.
Teringat akan jiran saya (Indonesian) yang mengajar saya cara untuk menyediakannya.Teringat akan cara dia bersungguh-sungguh mengajar saya.😊
Sebenarnya dia ada mengajar saya satu resipi tauhu/tofu untuk direndam bersama bumbu.Tetapi tauhu/tofu itu hanya boleh didapati dikedai Aceh atau peniaga Indonesia.Lain kali saja saya ajar resipi itu.
Hari ni saya kongsi dahulu resipi Tauhu Mendoan ya.
Tauhu Mendoan
Ahad kelamarin,saya pulang ke kampung mertua.Seperti biasa saya akan membeli tauhu/tofu dari Yong Peng untuk dibawa pulang ke Subang Jaya.Bagi saya,tauhu/tofu disana sangat sedap dan lembut.Terasa kepekatan soya didalamnya.Biasanya tauhu/tofu yang saya beli tu masih panas ketika dijual.Boleh dimakan begitu saja ketika panas.
Tapi bila sudah dibawa pulang ke Subang,perjalanan pun memakan masa 3 jam.Mestilah tauhu/tofu sudah sejuk.Saya gemar menggoreng tauhu/tofu.
Teringat akan jiran saya (Indonesian) yang mengajar saya cara untuk menyediakannya.Teringat akan cara dia bersungguh-sungguh mengajar saya.😊
Sebenarnya dia ada mengajar saya satu resipi tauhu/tofu untuk direndam bersama bumbu.Tetapi tauhu/tofu itu hanya boleh didapati dikedai Aceh atau peniaga Indonesia.Lain kali saja saya ajar resipi itu.
Hari ni saya kongsi dahulu resipi Tauhu Mendoan ya.
Cara Memasak
- 1
Dalam satu cawan,campurkan air suam dan kiub ayam.Lenyek hancur agar sebati bersama air.Kemudian tuang dalam mangkuk yang berisi tepung beras dan tepung jagung.Masukkan bawang putih,ketumbar dan garam.Gaul sebati.Rendamkan tauhu dalam bancuhan.
- 2
Panaskan minyak.Pastikan minyak kena lebih untuk hasilkan kriuk-kriuk.Masukkan tauhu kemudian tuang 2-3 sudu bancuhan tepung.Terbalikkan tauhu yang sudah keperangan,tuang lagi 2-3 sudu bancuhan tepung diatas tauhu.
- 3
Angkat dan toskan.Selamat mencuba!!
Resipi Sepertinya
-
Tauhu Sumbat Tauhu Sumbat
#sarapanSaya penggemar tauhu.Kalau balik kampung suami di Yong Peng Johor,tak sah kalau tak beli tauhu yang segar dan masih panas lagi ketika saya membelinya untuk dibawa balik ke Subang Jaya.Tauhu di sana berbeza dengan di sini.Rasa kacang soya nya memikat anak tekak saya dan anak-anak.Resipi tauhu sumbat memang mudah.Bak kata teman saya,”ala ni boleh buat sebelah tangan je”.😂Saya turut sertakan sambal “bidan terjun” untuk tauhu sumbat.Saya ni pakar “bidang terjun”didapur.Manalah tahu kot-kot ada tetamu yang tiba-tiba datang.Bolehlah kita hidangkan untuk tetamu.Tak sedap rasanya kalau tetamu tak dihidangkan apa-apa juadah. Gyna Elenna -
Tempe Tauhu Mendoan Tempe Tauhu Mendoan
Menu viral dari seberang suatu ketika dulu,sedap crispy gu dengan sambal kicap.#GlobalApron2024#Challenge41#Indonesiafood#tauhu#tempe#kicapmanis#cili Nur Nadiah -
Stir Fry Tauhu Jepun Enoki Stir Fry Tauhu Jepun Enoki
055/Mac2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1855 #pejuang2kresipi❤️Global Apron 2024 Challenge 1: Kids' Stuff ❤️ #GlobalApron2024 #tauhujepun #cendawanenokiTauhu jepun / tauhu telur ni sedap dibuat stir fry begini ataupun sup. Biasanya stir fry begini hakak akan tambah sayur pak choy. Tapi disebabkan kanak-kanak tak suka sayur. Hidangan ni ditukar dengan menggantikan cendawan enoki. Nak bagi lagi sedap tambah tofu kering. Boleh dimakan dengan nasi putih mahupun bubur nasi. Sedap 🤭.Bahan yang digunakan :* Cendawan enoki (1)* Tauhu jepun (1)Total = 2 points 🎊 Salina Jalaludin -
Sambal Tauhu Sambal Tauhu
Sambal tauhu ni suami yg request. Saya masak untuk dia saja sebab saya & anak2 tak reti makan tauhu 🤭 Selalunya kalau saya beli tauhu memang saya masak untuk suami saja, jadi bahan2 & sukatan untuk sambal ni sikit saja sebab untuk seorang makan..Kalau dapat sambal tauhu ni suami saya tak akan makan lauk lain dah..ikan pun dia tak nak 😅 berselera dia makan sebab febret dia.. Nor Al Fatihah -
Sup Tauhu Sutera(Tofu) 🇯🇵 Sup Tauhu Sutera(Tofu) 🇯🇵
Menu kegemaran hero kecik saya.Kalau dapat makan sup tofu ni memang banyak dia makan.Dalam resepi tak ada cili sebab bos kecik nak makan..😁Tauhu Sutera(Tofu) juga dipanggil Tauhu telur atau tauhu jepun.Ia memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu biasa, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras.Tauhu telur sedap dimasak dengan pelbagai resepi, ada tauhu telur masak sambal, masak sos tiram atau masak sup seperti resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Biasanya sup tauhu telur dicampur dengan sawi. Justeru, masakan ini sesuai untuk orang yang ingin berdiet kerana ia tidak berlemak dan berkhasiat.Sup tauhu telur boleh dimakan bersama nasi. Sup tauhu telur juga dapat dijadikan makanan alternatif untuk individu yang tidak suka makan daging. Kanak-kanak pula sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas.#cppassport Q'leenalee's Kitchen -
Tauhu sumbat Tauhu sumbat
#bazaarramadan #week2Juadah yang ditunggu -tunggu nak makan bila berbuka. Memandangkan penyediakan pun senang jadi bila ada tauhu saja.. memang inilah menu yang akan dibuat untuk hidangan bersama keluarga. Mazwin -
Bakwan Jagung Bakwan Jagung
Alhamdullilah sudah masuk tahun 2020.Sudah berapa bulan saya join cookpad, banyak masakan yang saya belajar. Dari melihat sehingga mencuba. Kawan-kawan pun sangat membantu dan banyak memberi idea. Terutama sekali admin cookpad yang sangat ramah dan sangat baik hati. Ailopchu min2 cookpad.Kembali kepada resipi saya kali ini,Bakwan jagung. Apa jua masakan dari seberang, semestinya jiran saya yang mengajar segala resipi. Terima kasih Tiz.Banyak sebenarnya saya ingin kongsikan tapi kekangan masa dan saya sudah mula berkerja, hanya hujung minggu saja dapat saya kongsikan resipi dan hasil masakan.Salam sayang dari saya buat semua 😘 Gyna Elenna -
Tauhu Telur Brokoli Tauhu Telur Brokoli
90/2022/RoadtoWorldRecipes/1208Seminggu sudah kita sambut hari raya. Hakak masih ada di kampung 😅🤣. Ajer lama beraya. Hari ni pagi2 lagi abang ipar dah request suruh masak tauhu telur dengan brokoli. Hakak pun haa jela. Idak ler pandai makan sangat tauhu telur tu. Tapi dah ada request, sebagai tukang masak yang aim nak tambah resipi Cookpad harus ambil cabaran ni sebagai sesuatu yang positif 😂😂😂. Tapi tula gambaq langkah penyediaan ada sikit2 jela yer. Alhamdulillah percubaan masak resipi ni menjadi dengan jayanya. Sedap jugak ehh🤭.Resipi ni hasil inspirasi daripada bapa saudara suami yang merupakan seorang chef. Pagi tadi masa tanya resipi, sambil2 dia iron baju je dia citer masuk itu masuk ini😆. Hakak yang tengah bekfes ni, laju je hafal n hadam 🤣🤣🤣. Ok gituu ler sejarah resipi ni. Boleh cuba memang sedap 😋 Salina Jalaludin -
Sup Campur Tauhu, Telur & Sayur Sup Campur Tauhu, Telur & Sayur
Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap SukahatiCHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI#Cooksnap daripada adik @puanyani tapi saya gantikan cendawan dengan tauhu, dan tauhu tu digoreng inspirasi daripada resipi di mana telur dadar. Mana kala telur tu pula saya tak goreng dadar tapi dileburkan sekali ke dalam sup. Ada lebihan lobak merah, saya campurkan sekali. Hujan-hujan ni memang best dapat hirup sup yang panas-panas.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Sawi (1) + tauhu (1) + telur (1) Dapur Yusfarisyia -
Goreng Tauhu Kisar Sempoi Goreng Tauhu Kisar Sempoi
Tauhu memang boleh dipelbagaikan cara memasak nya. Hari ni saya buat yang sempoi je. Kalau nak tambah isi ayam cincang atau udang cincang, daun ketumbar, daun bawang, bawang, cili juga boleh. Dapur Yusfarisyia -
Bihun Tomka #phopbylinimohd #batch18 Bihun Tomka #phopbylinimohd #batch18
#goldenapron#minggu 8Tomyam dimasak bersama santan. Rasa lemak dan enak. Resepi inilah yang boleh dikatakan menu paling famous sewaktu saya berkerja di Thai cafe semasa tinggal di Perth suatu ketika dahulu. Jika disana tomka ni memang hot selling, lebih2 lagi diwaktu winter.Sudah 3 tahun pulang ke tanahair, tapi kehangatan masakan di cafe itu masih terasa. Alhamdulillah sehingga kini resepinya masih segar di ingatan.Saya juga suka masak tomyam diwaktu hujan atau sejuk, sedap hirup kuah panas-panas.Masakan enak dan sedap elok dikongsi resepi nya bersama. Narimah Othman -
Kuih Lopes Pandan Kuih Lopes Pandan
#goldenresipi#semangatmerdeka#masakanselangor#masakannegeriSudah tiga minggu suami teringin kuih lopes,selama tiga minggu tu juga saya pekakkan telinga dengar dia memerli saya.Dua hari lepas mama beri sebungkus beras pulut kepada saya untuk dibawa pulang.Wahhhhh anak saya menjerit “pulut kuning!!pulut kuning”Tiba-tiba saya teringat permintaan suami.Tak apalah,separuh akan saya buat lopes yang dia idamkan dan separuh lagi akan saya buat pulut kuning.Tapi entah bila agaknya mood tu akan hadir.Berbalik kepada cerita kuih lopes,saya percaya kita semua pernah makan kuih lopes tak kira dinegeri atau daerah mana anda berada.Mungkin nama atau cara memasak berbeza.Saya lebih gemarkan cara tradisional dimana nikmatnya rasa pandan dan keharuman daun pisang membuatkan saya menelan air liur terdahulu sebelum lopes sampai kedalam mulut.Kebiasaannya orang lain tidak menggunakan santan,tetapi di daerah saya,orang lama(orang tua-tua) akan campurkan sedikit santan untuk menaikan rasa lemak pada beras pulut.Yang penting penggunaan utamanya iaitu daun pandan segar akan memberi keenakkan rasa sebenar kuih lopes.Tentang bentuknya pula,ada yang berbentuk segitiga,petak dan bulat itu bergantung kepada anda sendiri.Bagi saya asalkan rasanya sedap itu lebih penting dari bentuknya.(Sebenarnya saya tak pandai buat bentuk segitiga) 🤦♀️Saya kongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya supaya anda semua mudah memahami dan bersemangat untuk memasak. Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi
Komen