Bihun goreng manja

Oryeos Hanna
Oryeos Hanna @cook_18655806

Asal nama bihun ini adalah bihun goreng bodoh, tapi oleh kerana nama itu agak tak sopan bila nak masak untuk anak-anak jadi saya gelarkan bihun goreng manja.

Bezanya dengan bahan bihun goreng yg biasa adalah kesemua bahan tumisan saya terpaksa rebus dahulu kerana anak-anak sangat cerewet dengan rasa pedas dan rempah. Cili kering juga saya tukar kepada cili besar agar bihun tidak pedas.

Untuk saya yg dulunya gemarkan bihun pedas berapi, resepi ini terasa ‘bosan’ dan biasa.Tapi bilamana saya mengandung dan mengalami alahan yang teruk sehingga ‘bencikan’ rasa bawang dan rempah, resepi bosan ini la yang terasa sedap sangat di tekak dan perut.

Jadi kepada rakan-rakan yang mengalami situasi yang sama, mari cuba ‘ bihun manja’ yang sempoi versi saya 😘

#goldenapron
#warmingup1streceipe
#resepianakcerewetmakan
#resepisempoi
#makyeos

Bihun goreng manja

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2bungkus bihun
  2. Sedikitdaging lembu/ayam
  3. Udang
  4. 2sudu besar kicap
  5. 1sudu besar sos tiram
  6. 1sudu besar gula (lebih sihat jika guna gula organik)
  7. I sudu kecil garam (saya guna garam himalaya)
  8. Bahan tumis dan kisar
  9. 1biji bawang besar dipotong 4
  10. 6biji bawang putih
  11. 1biji lada besar

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan untuk ditumis biasanya saya akan rebus dahulu sehingga masak untuk hilangkan rasa pedas kemudian kisar hingga halus, sebelum dimasukkan ke kuali untuk ditumis.

  2. 2

    Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Untuk membuat kuah jadi pekat dan umph, ulang proses menumis 2-3 kali (bila pecah minyak tambah sikit air dan ulang proses ini, sesuai juga untuk mereka yang mengalami gastrik kerana rempah lebih lembut dan tak menyengat)

  3. 3

    Masukkan bahan tambahan seperti daging, udang dan sayur, bila air dari daging sudah kering masukkan bihun, gaulkan bersama garam+gula+kicap+sos tiram. Kacau semuanya sehingga masak dan sebati 🥢

  4. 4

    Bihun siap dan boleh dihidang ❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Oryeos Hanna
Oryeos Hanna @cook_18655806
pada

Komen

Resipi Sepertinya