Rendang ayam tua tanpa kerisik

4 orang bercadang membuatnya
Lurve Manja
Lurve Manja @cook_18552979

#goldenapron
#cookpadmalaysia

Teringin makan ayam tp saya tak boleh makan ayam daging so saya tukar ke ayam tua.

Faham² lah kalau ayam tua kena masak lebih lama 2jam30minit sebab nak bagi daging ayam lembut. Kalau awak nak guna ayam daging pun boleh utk masak rendang ni. Masa memasak pun lebih cepat.

Ok jom kita intai bahan² dan cara memasak😊.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

2jam30minit
20 sajian
  1. 2ekor - ayam tua(1ekor potong10-12)
  2. 1 1/2genggam - lada kering
  3. 2biji - bawang besar
  4. 7biji - bawang putih
  5. 3 batang- serai(dihiris halus)
  6. 1paket - rempah rendang baba's(125g)
  7. 1 kotak- santan(200ml)
  8. 5 helai- daun kunyit(dihiris halus)
  9. 2 batang- kulit kayu manis
  10. 2kuntum - bunga lawang
  11. 3tangkai - cengkih
  12. 2biji - buah pelaga
  13. 2ketul - gula melaka(jenis bulat)
  14. 3sudukecil - garam(ikut citarasa masing²)
  15. 1sudukecil - ajinamoto(optional)
  16. 3senduk bulat besar - minyak masak
  17. Air - 10-12liter(bila air kurang kena tambah lagi)

Cara Memasak

2jam30minit
  1. 1

    Mula-mula kisar lada kering, bawang besar, bawang putih dan serai. Kemudian panaskan api dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan bahan yang di kisar. Masak sehingga pecah minyak(20minit)

  2. 2

    Setelah pecah minyak masukkan rempah rendang baba's gaul sebati selama 10minit. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati selama 5minit. Selepas tu masukkan air sehingga penuh kuali.

  3. 3

    Masak selama 2 jam. Selepas 1jam air akan kurang jadi tambah air lagi sehingga penuh kuali. Biarkan masak lagi selama 1jam atau kuah menjadi pekat. Kemudian masukkan santan biarkan mendidih baru lah masukkan daun kunyit. Gaul sebati selama 15minit dan boleh tutup api. Lupa nak snap rendang ayam tua yg dah siap masak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Lurve Manja
Lurve Manja @cook_18552979
pada

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan