Lontong

Hamidah Mokhtar
Hamidah Mokhtar @suriemas_2021

#lontong
Sejak2 duduk di utara ni jarang saya masak lontong sebab kurang sambutan. Mereka xsuka pada nasi impit sampai menggelarkan nasi impit ni nasi sejuk. Tapi encik suami memang suka lontong ni. Dia request buat raya baru ni tapi saya tak buat sebab banyak sangat jenis makanan yg terhidang atas meja. Saya ni xsuka membazir. Kalau buat lontong karang hanya aku dan dia sahaja yg makan. Orang lain pandang sepi aje. Jadinya bukanlah masa untuk aku menghidangkannya sekarang. Nasib baik dia faham. Gambar lontong dan cara buat lontong memang dah sedia ada dalam directory saya sebab ramai kengkawan yg mintak resepinya. Jadi tak perlulah saya menaip semula.
Saya selalu masak lontong kalau ada keramaian. Contoh bila ada kawan2 datang ke rumah. Alhamdulillah mereka terpesona dengannya. Ada yg selama ini xmakan lontong, bila dah cuba makan, rasa sedap keraplah pulak mereka request suruh masak lontong ni. Tetiba pulak Admin buat contest lontong. Sukalah saya. Mudah2an yg xmakan lontong, lepas ni boleh terima masakan ini. Kuah lodeh ni kalau dimakan dgn nasi biasapun sedap.... Nak pulak kalau ada sambal tumis atau serunding daging. Xsedar je perut dah berat. 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gramisi ayam
  2. 300 gramudang size sederhana
  3. 2biji tahu putih
  4. 5 jalurkacang panjang
  5. 2peket sayur fucuk campur
  6. 1 batangcarrot
  7. 1 cawansantan segar
  8. 1 kotaksantan kotak
  9. 1sudu kecil serbuk kunyit
  10. garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas kulit udang dan bersihkan.

  2. 2

    Potong isi ayam nipis2 dan rebus seketika.

  3. 3

    Sementara itu rendam sayur fucuk hingga lembut.

  4. 4

    Potong kacang panjang, carrot dan tahu.

  5. 5

    Satukan semua bahan dalam 1 periuk.

  6. 6

    Masukkan serbuk kunyit.

  7. 7

    Masukkan santan.

  8. 8

    Buka api sederhana.

  9. 9

    Kacau selalu supaya kuah tidak meruap.

  10. 10

    Masak sehingga semua bahan masak sempurna.

  11. 11

    Siap.... potong nasi impit, masukkan kuah lodeh tadi.

  12. 12

    Untuk menambah perisa, hidanglah bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis kerang ataupun serunding daging. Yummy.....

  13. 13

    SELAMAT MENCUBA....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Hamidah Mokhtar
Hamidah Mokhtar @suriemas_2021
pada

Komen

Resipi Sepertinya