Kuah Lodeh Lontong

#MealPlan #1408recipe #Pejuang2KResepi
Memang rasa macam nak raya dah ni. Selain dari kuah kacang, masakkan jugak Kuah Lodeh Lontong semalam. kalau Lontong memang kesukaan cik abang la. Selalu Aznie buat kuah lontong stail banjar, kali ni buat stail sayur-sayur pulak. Resepi dari @azielaamin79 , alahaiiii seyes sedap. Ikut cara dia jugak makan ngan sambal sotong. Mabelesss sangat. Boleh buat ni nanti tie hari raya. Terima kasih tau share resepi❤️
Kuah Lodeh Lontong
#MealPlan #1408recipe #Pejuang2KResepi
Memang rasa macam nak raya dah ni. Selain dari kuah kacang, masakkan jugak Kuah Lodeh Lontong semalam. kalau Lontong memang kesukaan cik abang la. Selalu Aznie buat kuah lontong stail banjar, kali ni buat stail sayur-sayur pulak. Resepi dari @azielaamin79 , alahaiiii seyes sedap. Ikut cara dia jugak makan ngan sambal sotong. Mabelesss sangat. Boleh buat ni nanti tie hari raya. Terima kasih tau share resepi❤️
Cara Memasak
- 1
Rebus nasi himpit sehingga masak
- 2
Sambil tunggu bahan kisar masak, boleh goreng tauhu dan tempe dahulu dan letak tepi
- 3
Kisar bawang merah, kunyit hidup dan udang kering bersama 1/2 cawan air. Masak bahan kisar atas dapur sehingga masak. Kemudian tambah air 1-2 cawan
- 4
Bila dah nampak bahan kisar masak, boleh masukkan sayur yang keras dahulu sehingga yang lembut
- 5
Masukkan santankacau rata.
- 6
Tempe dan tauhu yang telah digoreng, gula serta garam. Saya letak kiub ikan bilis sebab kebetulan stok udang segar habis.
- 7
Letak serbuk kunyit sedikit untuk menaikkan warna kuah lodeh. Kacau perlahan agar tidak berketul.
- 8
Tumis cili kisar sehingga masak dan naik minyak. Letak gula, serai dan tumis sekejap. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
- 9
Bila nampak betul-betul masak, masukkan sotong, garam dan asam keping, kacau sebati.
- 10
Siap
- 11
Potong nasi himpit yang telah sejuk, kemudian curahkan kuah lodeh atas dan letakkan sedikit sambal sotong. Terasa macam hari raya
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Lontong kuah lodeh Lontong kuah lodeh
#lontongNi kali pertama CheTa masak lontong tau..nak buat lontong stail orang jawa memang tak mampu sebab tiada acuan lontong tu..jadi CheTa guna nasi impit sahaja sebagai ganti..kuah lodeh dia insyaaAllah mmg kena dengan selera kami..CheTa buat sedikit sambal bilis mmg terangkat habis😋😋😋 ZuitaAisyah -
Lontong & Kuah Lodeh Lontong & Kuah Lodeh
#lontong#goldenapron2020#phopxcookpad2020#myfirstrecipe2020Hari Isnin tu suami cuti. Makanya ummi pun minta belikan bahan-bahan untuk buat Lontong & Kuah Lodeh. Tak sangka pula suami sanggup berbaris panjang untuk beli bahan-bahan tu. Ye lah tahu ummi nak masak menu istimewa ni.☺️Kali ni ummi masak guna Noxxa pressure cooker. Memang pantas! Jimat masa tak sampai sejam dah siap. Ummi kalau boleh nak cepat siap masak. Dapat luangkan masa bersama-sama keluarga tersayang.🥰Masak dengan penuh rasa kasih sayang kunci resipi bertambah sedap. Meh lah cuba resepi mudah ni. Fatthanah Amran -
Lontong dan Sambal Sotong Lontong dan Sambal Sotong
Bila dapat tajuk menu lontong, termenung kejap sebab dah lama tak masak lontong, kuah lodeh dan sambal. Biasanya kombinasi yang saya panggil lontong ini popular di hari lebaran. Tapi lebaran kali nie masak menu lain. Nak kena ingat semula dan asyik terlupa jea nak masak sebab kesibukan tugasan harian. Pastu tetiba teringat ku belum masak lagi. Apa lagi kalut la nak kena masak. Kali nie lontong bersama lodeh dan sambal sotong sebab sambal sotong nie feberet anak-anak. Jom cuba menu ini 😘#lontong#goldenapron2020 #minggu8 Noor Hassan -
👩🍳Lontong Masak Lodeh 👩🍳Lontong Masak Lodeh
Global Apron 2024 Challenge 7: Open HouseLontong asalnya ialah blok nasi yang dibalut dengan “daun pisang”; berbeza dengan “ketupat nasi” yang dibalut dengan daun kelapa. Tetapi disini,asalkan ketupat nasi ataupun nasi impit, terus dipanggil lontong. (Walaupun dibalut plastik)Lontong adalah hidangan dari Indonesia, walaupun begitu ia sangat popular di Malaysia dan Singapura.Dihidang panas atau suhu bilik. Lontong selalunya dipadankan dengan kuah kacang dan sayur lodeh.Sayur lodeh atau masak lodeh juga berasal dari Indonesia (Jawa) ialah sejenis hidangan sup sayur yang ditambah santan kelapa.Lontong masak lodeh selalu dihidangkan semasa open house hari raya.. memang sedap!Terung (1 p)Tauhu (1 p)Santan(1 )Total= 3 p✅#GlobalApron2024#Challenge7#OpenHouse#TerungTauhuSantan◼️Nota:Semua bahan Pantry (20) berjaya digunakan minggu ke-7.Total of 8 recipes accomplished!✅𝓂𝒶𝒽𝒶𝒹𝒾𝒶𝒽 2024💕2045/3K189/2024 Mahadiah -
Lontong nasi impit dan kuah lodeh pucuk ubi Lontong nasi impit dan kuah lodeh pucuk ubi
#lontong#goldenapron2020Week8Lontong bersama kuah lodeh mmg sangat popular apabila menjelang hari raya, tetapi lain pula bagi keluarga ziana. Lontong sering dijadikan dan dimakan diwaktu pagi sebagai menu sarapan. Kuah lodeh pula dimasak dengan pelbagai variasi. Lontong dimakan bersama Kuah lodeh pucuk ubi adalah salah satu menu kegemaran ziana. Dicampur bersama udang dan kerang adalah pilihan utama.Jom tgk cara cara penyediaannya. Ziana Chesaad -
Lontong Bersama Sambal Kacang Lontong Bersama Sambal Kacang
#Lontong#goldenapron2020 #minggu8Nak cerita pasal menu lontong ni, kami orang banjar nak buat lontong kalau kat kampung mudah sangat, ada sahaja nangka muda dah boleh buat sayur lodeh untuk lontong. Bukan tu saje, betik muda pun boleh juga untuk buat bahan sayur lodeh lontong. Mudah je kan. Tapi kat bandar ni macam-macam sayur moden boleh bubuh. Yang paling istimewanya kami orang banjar makan bersama dengan sambal kacang. Rasanya lebih lemak, pedas dan lebih kick. Cubalah merasainya😋😋 Aziela Amin -
Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku
Seumur hidup ini pertama kali aku masak #lontong kuah lodeh ni. Aku orang Pantai Timur memang ini bukan makanan tradisi kami. Kalau hari raya tu memang takkan jumpa la menu ni.Selepas kawin dengan orang N9 selalu la jumpa menu ni masa hari raya. Aku boleh makan tapi tak suka sangat. Tapi demi Cookpad aku gigih google resepi dan masak. Kononnya buat tak banyak sebab dah tau anak anak tak makan. Banyak sayur kan.Sekali lepas masak semua berebut nak makan sampai tak cukup pulak. Alahai siannya. Anak siap suruh masak lagi malam ni banyak banyak. Sedap katanya. So lepas ni boleh la melontong selalu. 😍#lontong#goldenapron2020#minggu8#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Lontong Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh
#cookpadapron2025#week3COOKPAD MAGIC CART:AYAMTAUHUTEMPEKACANG PANJANGSANTANKUNYITSebab teringin, masak laa lontong kuah lodeh. Adik faa masak sambal tumis bilis. Kebetulan ada yang nak beraya dan melawat Ummi yang baru keluar dari hospital. Rezeki ramai. Alhamdulillah Kakak Faa -
Lontong Kubis Bunga Sayur Lodeh Lontong Kubis Bunga Sayur Lodeh
#lontongLontong kubis bunga juga sedap dimakan bersama sayur lodeh. Versi mamaell ikotlah apa bahan yang ada dalam peti ais, kita masak. Kita masak dia kan, bukan die masak kita.....??? Hmmmm🤔🤔😂😂😂. Apa apa lah yer janji hasil dia memang kebabom , makan pon boleh bertambah😊. Lontong kering sudah, sekarang lontong berkuah pula. Jom kita lihat resepi campak campak mamaell jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Kuah Lodeh Kuah Lodeh
Menu yang biasa jumpa waktu raya.. Kuah Lodeh makan dengan lontong atau ketupat nasi..#SyawalMonthChallenge#RiangRiaRaya Anur Musa -
Lontong Mudah Dan Sedap Lontong Mudah Dan Sedap
#Lontong#goldenapron2020'Lontong' antara makanan yang sering dihidangkan dimusim perayaan. Saya suka makan lontong, tapi biasanya beli aja ataupun makan yang dihidangkan ketika berkunjung ke rumah orang lain.Ini kali pertama saya masak sendiri makanan ni. Rupanya tak lah sesukar yang saya bayangkan. Selama ni saya fikir macam renyah sangat nak membuatnya 🤭Mujur Cookpad anjurkan contest #Lontong 😉. Jadi saya berpeluang menyediakannya sendiri. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, rasanya saya akan lebih kerap memasak lontong selepas ini ☺️.Saya menggunakan resepi yang diolah daripada blog Azie Kitchen. Menurutnya ada macam2 bahan yang boleh dimasukkan kedalam kuah lontong. Apapun kita boleh ubahsuai ikut bahan-bahan yang ada didapur kita. Norashikin Rahmat -
Lontong Kuah Lodeh Merecik Lontong Kuah Lodeh Merecik
#lontongMenu terangkat, bila masih lagi dalam mood raya dapat makan lontong macam ni nikmat sangat. Nak jadikan cerita, dulu saya tak suka makan lontong kuah lodeh ni sebab tak pernah kenal pun, maklumlah saya lebih kepada makanan tradisi orang Perak. Sejak seorang kakak tu buat dan jemput datang beraya ke rumah dia, hidang pula lontong kuah lodeh nak tak nak kenalah jamahkan hormat tuan rumah. Alhamdulillah sekali rasa terus kena dengan lidah dan selera. Semenjak dari hari tu, tiap kali raya mesti saya buat teringin nak makan. Tak hari raya tak rasa nak makan pula hihi.. mungkin nak aura raya tu agaknya.. Tapi kali ini kita raya kita di rumah sendiri sahaja. Seronok dapat makan bersama-sama dengan keluarga. Jom saya kongsikan kuah lodeh yang sangat sedap, buat meniaga pun boleh. Julia ALeen Aireish
Lebih Banyak Resipi
Komen