Lontong Kuah Lodeh Putih

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Malaysia🇲🇾

#lontong #goldenapron2020
Lontong selalu menjadi hidangan sarapan pagi atau dijadikan juadah istimewa pagi Syawal,kebiasaanya lontong dihidangkan dengan kuah lodeh berwarna kuning serta sambal kacang atau sambal bilis...untuk resepi kali ini akk mencuba kelainan...akk masak lodeh kuah putih resepi asal dari sahabat cookpaders Eka Zahra...tapi akk durhaka resepi kerana menambah sedikit isi kencur atau cekur Alhamdulillah bertambah mantap rasa kuahnya,akk masak lontong segera mengunakan ketupat nasi😍😘 serius nk cakap,
berulang kali kami seisi keluarga makan bertambah2...memang padu lontong kuah lodeh putih...ank2 semua request buat lagi tunggu habis puasa sunat enam Syawal insya Allah akk buat lagi...Yang pasti resepi ini tidak mengecewakan mesti kawan2 mesti cuba ya...👍👍❤️

Lontong Kuah Lodeh Putih

4 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

12 orang makan
  1. 1kilo ayam dibersih Dan potong kecil
  2. 200 gisi udang cuci bersih
  3. 2 Kotakkecil santan
  4. 1300 mlair
  5. 3 batangserai diketuk
  6. 5 helaidaun limau purut
  7. 2 helaidaun kunyit disiat2
  8. 1 Kepingtempe digoreng
  9. 1 Kepingfucuk direndam air
  10. 50 gsohoon direndam air
  11. Sayur2an (carrot,kacang panjang,terung,bunga kobis,cili merah)
  12. Lotong segera/ketupat nasi satu peket 30 biji size kecil
  13. 2sdt garam halus
  14. 1sdm gula
  15. 1/2sdt serbuk perasa
  16. BAHAN TUMIS/KISAR
  17. 7 ulasbawang merah
  18. 3 ulasbawang putih
  19. 3inci lengkuah
  20. 2inci isi cekur
  21. 25biji cili padi (akk suka pedas) boleh dikurang
  22. 5sdm minyak masak
  23. BAHAN SAMPINGAN (Pilihan)
  24. Telur Rebus, Sambal Kacang serta Sambal Bilis

Cara Memasak

  1. 1

    Sedia kan bahan seperti berikut...rebuskan lontong segera hingga masak,kemudian sejukkan.

  2. 2

    1-Kisar lumat kesemua bahan tumis,2-kemudian tumis dengan minyak hingga wangi,3-dalam periuk lain didihkan air serta masukan serai,serta campurkan bahan tumis tadi, 4-tambahkan santan kemudian masukan daun limau purut dan daun kunyit,5-masukan isi ayam dan udang,6-7..masukan sayur2an kesemuanya.

  3. 3

    Biarkan kesemuanya mendidih seketika, masukan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa.,biar semuanya sebati padamkan api dapur siap.Lotong/ketupat nasi segera dah siap disejukan...boleh dipotong ikut kesesuaian dan hidang dalam bekas bersesuaian.

  4. 4

    Lontong Kuah Lodeh Putih...#StyleAzaAaj is done...Cadangan hidangan: Hidangkan lotong bersama kuah lodeh berserta sambal kacang dan telur rebus satu hidangan yang pasti memikat selera semua.Selamat mencuba❤️👍👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
pada
Malaysia🇲🇾
Cooking with ❤️ #StyleAzaAaj
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya