Pau Kacang Merah Lembut dan Gebu

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#bonuskekacang Assalamualaikum. Hai musim ramai orang kena duduk di rumah ni mesti macam-macam idea muncul untuk mengisi perut ahli keluarga tersayang. Sama juga dengan Yani, asik fikir nak masak apa untuk suami dan anak. Kali ini Yani kongsikan resipi buat Pau Kacang Merah yang gebu dan lembut.

Pau Kacang Merah Lembut dan Gebu

#bonuskekacang Assalamualaikum. Hai musim ramai orang kena duduk di rumah ni mesti macam-macam idea muncul untuk mengisi perut ahli keluarga tersayang. Sama juga dengan Yani, asik fikir nak masak apa untuk suami dan anak. Kali ini Yani kongsikan resipi buat Pau Kacang Merah yang gebu dan lembut.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20-30 biji
  1. Bahagian A
  2. 1 kgtepung pau
  3. 1sudu kecil baking powder
  4. Bahagian B
  5. 1sudu kecil garam
  6. 1/2 cawanminyak masak
  7. 2 1/4 cawanair
  8. 11 gyis
  9. 1 sudu makangula
  10. 2 sudu makansusu pekat manis
  11. 1biji telur
  12. C Bahagian
  13. Inti kacang merah yang telah disediakan lebih awal

Cara Memasak

  1. 1

    Ayakkan bahan A bersama di dalam mangkuk atau bekas yang besar.

  2. 2

    Satukan kesemua bahan B di dalam bekas lain, kacau rata. Tuangkan secara sedikit-sedikit ke dalam bekas yang ada bahan A kemudian uli sebati.

  3. 3

    Tutupkan tepung yang telah diuli tadi dengan plastik wrapping makanan. Rehatkan doh selama 5 minit. Rehatkan sehingga doh tadi naik sekali ganda sahaja.

  4. 4

    Selepas 5 minit berlalu, ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pingpong (anggaran berat 35gram). Leperkan tidak perlu terlalu nipis, masukkan satu sudu makan inti kacang merah yang telah di sediakan lebih awal (boleh rujuk resipi Yani sebelum ini). Kemudian tutup dan kemaskan. Lapikkan bawahnya dengan daun pisang atau daun pandan atau kertas yang bersih dan dipotong kecil sesuai saiz tepung yang dibulatkan tadi.

  5. 5

    Susunkan di dalam periuk kukus secara jarak.

  6. 6

    Kukuskan selama 7-10minit. Tips 1: Ikatkan kain tuala / napkin yang bersih di penutup periuk kukus supaya wap air kukusan tidak minitis di atas pau dan menjadikan rupa pau tidak cantik nanti. Tips 2: Pastikan periuk kukus telah dipanaskan lebih awal sebelum masukkan tepung yang telah diletak inti tadi.

  7. 7

    Selepas 7-10 minit, tutup api memasak dan buka penutup periuk kukus berhati-hati dan elakkan wap air kukusan menitik di atas pau. Siap!

  8. 8

    Pau kacang merah lembut dan gebu siap untuk dimakan bersama keluarga. Tips 3: Jika nak buat adunan separuh dari adunan di atas, kurangkan 1/2 jumlah: tepung, air, gula, susu pekat dan yis. Telur tetap guna 1 biji. Tips 4: Pau ini juga boleh difrozenkan. Simpan di dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais, bila mahu makan, kukuskan semula selama 1-2 minit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen (6)

Syuhada
Syuhada @mamahadda25
Alhamdulillah saya dah cuba resepi ini.. Mmg menjadi. Cuma pada resepi memang tak letak air ke? Saya tambah air sukatan sendiri je.. 😁😁Tq atas resepinya

Resipi Sepertinya