Pau Kacang Merah Lembut dan Gebu

#bonuskekacang Assalamualaikum. Hai musim ramai orang kena duduk di rumah ni mesti macam-macam idea muncul untuk mengisi perut ahli keluarga tersayang. Sama juga dengan Yani, asik fikir nak masak apa untuk suami dan anak. Kali ini Yani kongsikan resipi buat Pau Kacang Merah yang gebu dan lembut.
Pau Kacang Merah Lembut dan Gebu
#bonuskekacang Assalamualaikum. Hai musim ramai orang kena duduk di rumah ni mesti macam-macam idea muncul untuk mengisi perut ahli keluarga tersayang. Sama juga dengan Yani, asik fikir nak masak apa untuk suami dan anak. Kali ini Yani kongsikan resipi buat Pau Kacang Merah yang gebu dan lembut.
Cara Memasak
- 1
Ayakkan bahan A bersama di dalam mangkuk atau bekas yang besar.
- 2
Satukan kesemua bahan B di dalam bekas lain, kacau rata. Tuangkan secara sedikit-sedikit ke dalam bekas yang ada bahan A kemudian uli sebati.
- 3
Tutupkan tepung yang telah diuli tadi dengan plastik wrapping makanan. Rehatkan doh selama 5 minit. Rehatkan sehingga doh tadi naik sekali ganda sahaja.
- 4
Selepas 5 minit berlalu, ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pingpong (anggaran berat 35gram). Leperkan tidak perlu terlalu nipis, masukkan satu sudu makan inti kacang merah yang telah di sediakan lebih awal (boleh rujuk resipi Yani sebelum ini). Kemudian tutup dan kemaskan. Lapikkan bawahnya dengan daun pisang atau daun pandan atau kertas yang bersih dan dipotong kecil sesuai saiz tepung yang dibulatkan tadi.
- 5
Susunkan di dalam periuk kukus secara jarak.
- 6
Kukuskan selama 7-10minit. Tips 1: Ikatkan kain tuala / napkin yang bersih di penutup periuk kukus supaya wap air kukusan tidak minitis di atas pau dan menjadikan rupa pau tidak cantik nanti. Tips 2: Pastikan periuk kukus telah dipanaskan lebih awal sebelum masukkan tepung yang telah diletak inti tadi.
- 7
Selepas 7-10 minit, tutup api memasak dan buka penutup periuk kukus berhati-hati dan elakkan wap air kukusan menitik di atas pau. Siap!
- 8
Pau kacang merah lembut dan gebu siap untuk dimakan bersama keluarga. Tips 3: Jika nak buat adunan separuh dari adunan di atas, kurangkan 1/2 jumlah: tepung, air, gula, susu pekat dan yis. Telur tetap guna 1 biji. Tips 4: Pau ini juga boleh difrozenkan. Simpan di dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais, bila mahu makan, kukuskan semula selama 1-2 minit.
Resipi Sepertinya
-
Pau Sambal Pau Sambal
#bazaarramadan #minggupertama'Burger Malaysia' nama jolokan di kampung Yani. Kenangan dengan kuih ni ialah setiap kali Ramadhan, Yani akan mintak Encik Suami belikan sebab masa tu tak pandai buat lagi. Nak makan pun tak banyak, sekadar beberapa biji. Tapi tu la bila beli di bazar Ramadhan, kadangkala menepati citarasa tapi kadangkala menghampakan. Jadi Yani belajar buat sendiri. Puas hati dengan hasilnya. Nur Azliani Amer -
Puteri Pau Puteri Pau
Awal pagi sang puteri ini bangkit tidur, dia toleh kanan dan kiri."Mana Ayah?"Ayahnya sedang sibuk bersiap untuk pergi kerja.Sang puteri bangun awal sebab nak menuntut janji. Betullah, dengan anak kecil sekali kita janji, dia akan ingat sampailah kita tunaikan. Janji bila tidur awal dapat upah pusing satu taman naiki motor. Bukan main seronok dia.Di rumah ada kaya dan tepung. Yani terus teringat nak buat pau. Pertama kali dulu Yani buat pau ialah ketika PKP 1.0 tahun 2020. Masa tu tepung dan yis adalah antara barangan keperluan yang laris 🤣🤣.Nanti bila habis pusing taman, boleh makan sama-sama. Untuk lagi menarik, Yani letak gambar kartun puteri. Nampak sangat comel. Sedap pau ini makan masa suam dengan air Teh O' panas.Jom lihat cara-caranya. Nur Azliani Amer -
Pau Goreng Cookpad Pau Goreng Cookpad
#Selangor#Goldenticket#cookpadmy1stbdayAmbil cabaran untuk buat pau goreng dengan acuan cookpad atas pau.Lepas tu letak roll pin cookpad sebagai logo. Alhamdulillah walaupun tidak berapa nak nampak cookpad atas pau sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Umi Minarni -
Pau Rose Kacang Merah Pau Rose Kacang Merah
💚1140💚🌿540/2022🌿Ingat tu nak buat pau biasa2 je..tapi fikir asyik bolat je pau..try nila plak... yellow roses 🐥💛 mamy_kitchen89 -
Pau Kacang Merah Pau Kacang Merah
Masa kecik kecik dulu suka makan pau kaya. Bila dah besar ni tersuka pulak inti kacang merah. Suka makan tapi tak pernah buat.Bila cookpad kata ada pertandingan masak guna breadmaker maka terpikir nak cuba buat pau. Kebetulan memang ada beli tepung pau dan inti kacang merah.Maka dengan gigihnya aku mengepau petang tadi. Uli guna breadmaker je. Terkial kial jugak sebab tak reti guna BM. Tekan sana tekan sini akhirnya siap jugak dohnya. Happy oiii. 😂Teruja anak anak tengok maknya buat pau arini. Semua tak sabar tunggu nak makan. Anak anak kata sedap dan lembut pau ni. Esok dorang mintak buat lagi. 😁SELAMAT MENCUBA! 😋#GGB_Cookpad#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Baozi @ Pau Kacang Merah (China 🇨🇳) Baozi @ Pau Kacang Merah (China 🇨🇳)
Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.👆Copy n paste dari WkipediaHari ni buat lagi pau berintikan kacang merah. Suka sangat, mula2 buat terus menjadi. Lembut gebu je, sebiji dua sudah pasti tak cukup😋😋😋Mak akak tak percaya akak yang buat, dua tiga kali dia tanya😂 LATIPAH NAWAWI -
Inti Kacang Merah Inti Kacang Merah
#bonuskekacang Hai, Assalamualaikum. Hari ni sempena sahut cabaran Cookpad, Yani kongsikan resipi inti kacang merah. Ia sesuai dijadikan inti untuk kuih pau, makan bersama roti atau apa-apa mengikut kesesuaian selera. Masa dalam tempoh PKP ni je, sudah 2 kali Yani buat pau inti kacang merah untuk dimakan bersama keluarga. Janji #stayathome dan #staysafe kan.😊 Nur Azliani Amer -
Pau gebu gebas Pau gebu gebas
Musim PKPB ni better masak sendiri kat rumah, kebersihan pon terjamin. Jom kita intai² resepi pau yg sy baru je buat, yg pastinya gebu yg amatt.. Noor Habilah -
Pau Kukus Gebu Pau Kukus Gebu
Saya suka makan pau kukus. Banyak juga resepi saya dah cuba dan menjadi. Antaranya resepi ini.Mmg ada org trauma sbb bila pau kadang² pau menggerutu atau sbb pau tak masak dll. Saya pun tak selalu menjadi tp bila kita ikut langkah demi langkah & petua dari org lain,inshaaAllah cantiklah kejadiannya.Oh ya resepi ni dpt banyak ya! Saja khabar awal² sbb 1kg tepung diguna kan...kalau nak simpan lama,frozenkan pau. Nak buat separuh,kurangkan air,gula dan susu pekat. Yis tetap sama.Kredit resepi : Rosaslinda Md Nor (FB) Nor Azlina -
Kue pau inti kacang merah #Umie Kue pau inti kacang merah #Umie
Teringin untuk menikmati kue pau yang segar. Inti kacang merah telah disediakan terlebih awal, boleh digunakan pada bila-bila masa. Alhamdulillah sangat enak dan gebu. Inspirasi dari beberapa resipi pilihan dari rasa.com dan rakan cookpaders. Dr. Zie Azizah -
Pau Kacang Merah Pau Kacang Merah
#goldenapron2020#cookpad.comKuih pau ini mudah membuatnya tetapi apabila sudah masak jangan didedahkan sebab pau akan menjadi keras. Jadi lebih baik disimpan dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutannya. Pau ini enak dimakan ketika panas-panas..... cubalah! Zahrah Buang
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)