Pau Sambal

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#bazaarramadan #minggupertama

'Burger Malaysia' nama jolokan di kampung Yani. Kenangan dengan kuih ni ialah setiap kali Ramadhan, Yani akan mintak Encik Suami belikan sebab masa tu tak pandai buat lagi. Nak makan pun tak banyak, sekadar beberapa biji. Tapi tu la bila beli di bazar Ramadhan, kadangkala menepati citarasa tapi kadangkala menghampakan. Jadi Yani belajar buat sendiri. Puas hati dengan hasilnya.

Pau Sambal

#bazaarramadan #minggupertama

'Burger Malaysia' nama jolokan di kampung Yani. Kenangan dengan kuih ni ialah setiap kali Ramadhan, Yani akan mintak Encik Suami belikan sebab masa tu tak pandai buat lagi. Nak makan pun tak banyak, sekadar beberapa biji. Tapi tu la bila beli di bazar Ramadhan, kadangkala menepati citarasa tapi kadangkala menghampakan. Jadi Yani belajar buat sendiri. Puas hati dengan hasilnya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
15-20biji
  1. 500 gmtepung pau / tepung gandum
  2. 1/2sudu kecil baking powder
  3. 1/2sudu kecil garam
  4. 1/4 cawanminyak masak
  5. 1 sudu makanYis
  6. 1/2 sudu makangula
  7. 1 sudu makansusu pekat manis
  8. 1biji telur
  9. Sambal tumis (yang telah dimasak lebih awal)
  10. Timun (dihiris nipis)

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Ayakkan tepung pau/tepung gandum bersama dengan baking powder dan masukkan garam.

  2. 2

    Di dalam bekas yang lain, bancuhkan Yis, minyak masak, gula, susu pekat manis dan telur. Kacau sebati.

  3. 3

    Tuangkan bancuhan basah tadi di bekas tepung secara sedikit-sedikit. Uli rata. **Jika terlalu lembut atau tepung masih melekat di tangan, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga ia tidak melekat di tangan. Tetapi jangan sampai doh terlalu keras.

  4. 4

    Uli bancuhan sehingga menjadi doh. Tidak lagi melekat di tangan. Kemudian tutupkan dengan plastik wrapping makanan. Rehatkan selama 5-15 minit (biarkan doh naik 1 kali ganda).

  5. 5

    Selepas doh dah naik, tumbuk doh tersebut untuk keluarkan angin dan kemudian bulatkan mengikut saiz yang diingini. Anggaran 25gm (tidak terlalu besar kerana bila di goreng, ia akan kembang). Panaskan minyak, kemudian goreng sehingga sedikit kekuningan warnanya. Tip menggoreng: api memasak tidak perlu terlalu besar/kuat. Cuma pastikan masukkan tepung yang telah dibentukkan dalam minyak yang betul-betul panas. Masakkan sebelah bahagian dahulu kemudian baru balikkan bahagian sebelahnya.

  6. 6

    Selepas selesai goreng, toskan minyak. Kemudian potongkan pau tadi dibahagian tengah tetapi tidak potong sehingga terputus.

  7. 7

    Masukkan sambal tumis & timun. Kemudian siap untuk dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya